Advertorial
Home » Diet Sihat » minyak zaitun sebagai penahan sakit

minyak zaitun sebagai penahan sakit

MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENAHAN SAKIT

Saya mengunjungi imam masjid di salah satu taman perumahan di Johor Bahru. Isteri beliau melefon saya mahu memesan satu botol minyak zaitun OLIVIE POWER UP. Jadi saya terus hantarkan ke rumah sebab saya teringin berbual dengan orang tua itu. Imam Wak Ali.

 

Beliau berusia 70an, badannya memang kurus dan tinggi. Beliau tersenyum saja bila melihat saya memberi salam.

 

“Walaikumusalam. Sila masuk doctor”

 

Saya duduk dan bertanya khabar.

 

“Wak sihat ke?” Saya memang memanggilnya Wak. Panggilan hormat pada orang yang berumur dan rapat dengan kita.

 

“Wak sihat. Cuma pagi tadi Wak lambat ke masjid sebab badan Wak ini sakit-sakit. Wak cuba tahan. Dah sebulan. Tapi pagi tadi sakit sangat badan Wak ni”

 

“Jadi Wak tak jadi imam pagi ini. Wak sempat jadi makmum saja”

 

“Wak pergi jumpa doctor?” tanya saya.

 

“Sudah. Doktor cakap tak ada apa-apa. Biasalah orang tua katanya. Dia berikan vitamin dan ubat tahan sakit”

 

“Habis Wak tak makan ubat ke?”

 

“Wak tak boleh makan ubat tahan sakit. Minggu lepas Wak cuba makan, pedih perut Wak ni. Walaupun pun Wak makan selepas sarapan”

 

Panjang saya berbual dengan beliau. Bercerita tentang peristiwa beliau menjadi guru di sebuah sekolah di Johor Bahru. Saya seronok mendengar cerita beliau. Nampak sangat beliau bersemangat dan ikhlas.

 

Akhirnya saya serahkan OLIVIE POWER UP.

 

“Semoga Allah permudah urusan Wak”. Doa saya dalam hati.

 

Ramai di kalangan wargamas menghadapi masalah yang sama. Rasa sakit-sakit badan seperti ini boleh disebabkan oleh masalah penyakit kronik terutama diabetes, atau masalah saraf. Rasa sakit badan juga mungkin disebabkan kurang minum air.

 

Ia mungkin tanda-tanda proses penuaan. Biasalah bila usia semakin meningkat banyak fungsi tubuh sudah tidak seperti dulu masa muda. Sebab itu kadang kala apabila buat pemeriksaan di pusat kesihatan, doctor tidak dapat mengesan sebarang penyakit berbahaya. Jadi doctor akan berikan ubat penahan sakit dan vitamin untuk melegakan rasa sakit seluruh badan.

 

Malangnya wargamas seperti Wak Ali juga tidak boleh mengambil sebarang ubat sintetik sebarangan. Beliau sendiri sudah mengalami masalah pedih perut yang berkemungkinan berkaitan dengan masalah ‘gastritis’ yang mana ia akan menjadi parah bila mengambil ubat penahan sakit.

 

Ini yang menyebabkan mereka terpaksa menahan sakit terutama pada pagi selepas bangun tidur atau pada waktu malam sebelum tidur. Ramai antara mereka yang mengambil rawatan secara berurut bagi melegakan rasa sakit tetapi ia mungkin berulang.

 

Bagi yang ada masalah seperti ini, saya cadangkan buat pemeriksaan doctor dan jangan ambil sebarang ubat atau suplemen yang ditakuti tidak sesuai bagi wargamas seperti Wak Ali. Berbincang dengan doctor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.

 

Bagi sakit badan yang kronik (sering merasa sakit walaupun telah membuat pemeriksaan doctor dan diberikan ubat penahan sakit),jangan mengambil ubat tahan sakit dalam kadar terlalu kerap.

 

Walaupun ubat penahan sakit ini selamat pada dos yang dicadangkan, tetapi pengambilannya yang terlalu lama akan merosakkan fungsi ginjal dan hati.

 

Pengambilan ubat tahan sakit hanya elok diambil sesekali apabila rasa sakit terlalu kuat sehingga mengganggu rutin seharian kita. Ambil untuk sehari dua atau apabila perlu saja. Minum air yang mencukupi dapat membantu kita mengurangkan rasa sakit badan.

 

Apa lagi pilihan yang kita ada?

 

Saya mencadangkan pengambilan makanan yang bersifat anti-keradangan seperti minyak zaitun, alvokado dan sayur-sayuran hijau dan tomato. Banyak lagi makanan yang berkhasiat yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan rasa sakit pada tubuh.

 

Dalam kajian yang diterbitkan dalam satu journal, pengambilan minyak zaitun setiap hari boleh bertindak sebagai penahan sakit yang natural.

 

Saintis mendapati bahawa terdapat sebatian yang dinamakan oleochantal yang terhasil bersama minyak zaitun yang diperah (kaedah perahan ini dinamakan extra virgin olive oils atau EVOO) bertindak sebagai anti-radang seperti ubat tahan sakit nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) yang lain seperti  aspirin atau ibuprofen.

 

Sebatian oleocanthal mempunyai sifat anti-radang dan memberikan kesan positif terhadap kesihatan yang mana boleh didapati dari minyak zaitun yang menjadi sebahagian dari Mediterranean Diet” jelas Prof Paul Breslin, dari Monell Chemical Senses Center, Amerika Syarikat.

 

Dalam kajian mereka mendapati sebatian ini menghalang aktiviti keradangan Cox-1 dan Cox-2 seperti mana yang dilakukan oleh ubat penahan sakit yang lain. Ini menyebabkan tiada tindakbalas mengeluarkan sebatian-sebatian yang menyebabkan rasa sakit dan bengkakan pada sendi.

 

Kajian ini diterbitkan dalam journal Nature pada Sept 2005 menunjukkan pengambilan pengambilan 50 gram (4 sudu) setiap hari minyak zaitun bersamaan dengan 10% kesan ubat penahan sakit ibuprofen dengan dos yang biasa dicadangkan.

Sumber: Beauchamp, G. Nature, Sept. 1, 2005; vol 437: pp 45-46. News release, Monell Chemical Senses Center.

 

Walaupun dos itu agak kecil berbanding dengan sebiji pil penahan sakit, tetapi banyak kajian juga yang menunjukkan ubat penahahn sakit yang berdos rendah seperti aspirin juga mampu menegurangkan keradangan dalam tubuh dan akhirnya memberikan manfaat kesihatan jika diambil berterusan secara konsisten.

 

Saintis mendapati kajian ini sangat penting kerana keradangan yang kronik (berpanjangan) adalah punca bagi pelbagai penyakit yang semakin meningkat di kalangan masyarakat di seluruh dunia seperti penyakit jantung dan kanser.

 

Saya mencadangkan pengambilan minyak zaitun. Kebaikan minyak zaitun OLIVIE 30X dan OLIVIE POWER UP mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi dari minyak zaitun yang biasa. Sebab itu pengambilan satu atau dua sudu setiap hari, sudah mencukupi.

 

 

Semoga bermanfaat.

 

 

Boleh dapatkan OLIVIE dan OLIVIE POWER UP dari rakan niaga kami.

 

RM130 sebotol termasuk pos

 

RM395  sebotol termasuk pos

 

Boleh hubungi saya 019 7712391 atau wakil-wakil kami  di seluruh negara.

Klik bendera negeri masing-masing http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: