Advertorial
Home » Doktor Menjawab » KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROLE

KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROLE

KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROLE

 

STATIN

 

“Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya mempunyai tahap kolestrole yang tinggi dan doktor telah memberikan ubat Simvastatin 40mg sehari sebiji. Masalah saya ialah, selepas sebulan saya mengambil ubat itu saya mengalami rasa sakit badan dan lemah otot. Otot-otot saya terasa sakit ketika bangun pagi dan ketika mahu menaiki tangga. dakah ini disebabkan oleh kesan ubat atau tahap kolestrole saya yang tinggi ?. Terima kasih atas pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Doktor sering memberikan ubat statin (antaranya simvastatin) untuk pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Apabila kandungan kolesterol dapat dikurangkan dalam darah, ini akan mengurangkan serangan jantung atau strok. Kebanyakan pesakit terpaksa mengambil ubat sepanjang hidup mereka.

 

Mereka harus berusaha untuk mencapai tahap kolesterol yang normal melalui diet, senaman, mengurangkan berat badan dan mengambil pemakanan tambahan yang sesuai. Ramai pesakit yang mengeluh kerana ubat statin memberikan kesan sampingan.

 

Antara kesan sampingan yang biasa berlaku apabila mengambil ubat statin adalah sakit otot. Pesakit mengeluh kerana merasa sakit, rasa keletihan atau lemah otot. Kesakitan pada otot boleh jadi hanya sebagai rsa tidakselesa yang ringan. Kadang kala ia boleh menjadi teruk sehingga mengalami rasa sukar untuk membuat aktiviti seharian. Sebagai contoh, pesakit mungkin mengalami rasa sakit ketika menaiki tangga atau berjalan.

 

Jarang berlaku di mana  ubat statin boleh menyebabkan mengancam nyawa akibat kerosakan otot dipanggil rhabdomyolysis. Rhabdomyolysis boleh menyebabkan kesakitan otot yang teruk, kerosakan hati, kegagalan buah pinggang dan kematian.

 

Rhabdomyolysis boleh berlaku apabila pesakit mengambil statin dalam kombinasi dengan ubat-ubatan tertentu atau jika peskit mengambil ubat statin dengan dos yang tinggi.

 

Saya mencadangkan agar tuan berjumpa doktor untuk menukar ubat yang lebih sesuai.

Sya juga mencdangkan beberapa suplemen yang mungkin sesuai untuk pesakit kolestrole seperti:

1. Grapeseed oil adalah suplemen yang baik untuk mengurangkan kolestrole jahat (LDL) dan meninggikan kolestrole baik (HDL).

2. Q10 untuk mengurangkan rasa sakit badan, kerana ubat statin akan penghalang penghasilan Q10 dalam badan.

 

wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: