Advertorial
Home » Doktor, Adakah Saya Hamil? » ‘Hanya nampak kantung’ saja…

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”

 

empty sac

 

“Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak.

Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’.

Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti doktor lain sebelum ini. Dr kerajaan meminta saya datang lagi untuk pemeriksaan scan pada 07.12.2012.

Persoalan saya ialah mengapa ianya terjadi? Adakah saya masih di kira hamil walaupun hanya kantung sahaja yang ada. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada puan kerana puan telah hamil. Kehamilan puan telah disahkan melalui pemeriksaan ultrasound.

Oleh kerana mungkin pemeriksaan ultrasound puan menggunakan teknik transabdominal, iaitu meletakkan probe ke atas perut, maka imej janin yang kelihatan tidak jelas dan ia menyebabkan selisih julat yang tinggi.

Sebab itu doctor memberikan bacaan usia puan agak berbeza-beza. Puan jangan risau kerana masih telalu awal untuk dikira usia kehamilan.

“Hanya nampak kantung saja” adalah ayat yang terlalu am dan menimbulkan kekeliruan pada wanita hamil.

Di awal kehamilan sukar untuk menentukan sama ada kehamilan ini berjaya atau tidak kerana doctor gagal melihat dengan jelas imej di dalam kantung itu. Perkara utama yang hendak dilihat ialah degupan janin dalam kantung kehamilan itu.

 

Dalam kes di mana berlakunya ‘blighted ovum’, persenyawaan antara ovum dan sperma telah berlaku, sayangnya embryo yang terbentuk gagal berkembang menjadi janin. Embryo yang terbentuk hanya membentuk kantung kehamilan (gestational sac), uri dan cairan tuban di dalam kantung ini, tetapi tidak membentuk janin. Dalam kes begini, hormone b-hCG tetap dikeluarkan, ujian UPT menjadi positif, tetapi kehamilan akan berakhir dengan keguguran.

 

Oleh itu, doctor memberikan masa untuk bayi mengikut takdir yang telah ditetapkan. Jika ia ‘blighted ovum’, kehamilan akan berakhir dengan keguguran dan tiada apa yang dapat menyekat hal ini berlaku.

 

Sementara jika hal ini hanya disebabkan janin di dalam kantung itu tidak dapat dilihat dengan jelas ketika pemeriksaan ultrasound pertama, apabila janin semakin membesar, ia dapat dilihat dengan lebih jelas.

 

Apabila janin telah menjadi lebih besar dan mempunyai sifat fizikal yang lengkap, ia dinamakan fetus atau bayi dalam rahem.

 

Pemeriksaan ultrasound seterusnya, memudahkan doctor akan  mengukur kepala, abdomen bayi dalam rahem dan tulang pehanya, bagi mendapatkan usia kehamilan yang lebih tepat.

 

Bagi awal kehamilan, untuk mengira usia kehamilan selalunya berdasarkan kepada tarikh hari pertama haids pada bulan terakhir atau dikenali sebagai LMP. Itu sudah memadai.

 

Jika puan masih terujua untuk mengetahui usia kehamilan pada waktu ini saya mencadangkan puan menjalani pemeriksaan ultrasound menggunakan teknik transvaginal, iaitu memasukkan probe ke dalam faraj. Teknik ini memberikan bacaan usia kehamilan yang lebih tepat.

Wallahu a’lam.

 

IKLAN 

 

1.Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, selain dari vitamin C dan E.

EKF 1

 

Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

2.Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed PlusPROXEED PLUS

 

Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

 

3. Bagi meningkatkan tenaga dalaman lelaki, saya mencadangkan suplemen Ezerex.

ezerex

 

Info lanjut di https://www.facebook.com/ezerexmalaysia

 

4.Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.

labicea

Info lanjut di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490

 

 

7 comments

  1. assalamualaikum… dan ini terjadi kpd saya… saya keguguran dan hanya kantung sahaja dengan uri…
    saya redha dengan ketentuanNya

  2. Saya pernah mengalami perkara yang sama sebanyak tiga. Saya di kurniakan anak pertama saya pada 2007, selepas 4 tahun berkahwin dan alhamdulillah anak kedua pada tahun ini. Tetapi di antara pregnancy anak pertama dan kedua saya saya mengalami 3 keguguran . Dalam keriga-tiga kandungan ini janin tidak kelihatan, doc menyatakan ianya adalah blightened ovum. Yang pertama doc suggestkan buat D&C, dan yg kedua dan ketiga kandungan gugur pada minggu keenam dan kelapan. Semasa mengandung anak kedua saya, ada terdapat juga tanda2 pendarahan yg sama seperti kandungan yg ug gugur tapi alhamdulillah saya bertemu seorang pakar secara kebetulan dan beliau membuat pemeriksaan dan meyatakan bahawa ketidakseimbangan hormon saya menyebabkan bertindak utk menyahkan kandungan. Saya diberi ubat sepanjang pregnancy anak kedua saya dan alhamdulliah baby selamat dilahirkan pada bulan ogos lepas.

    • Saya pernah mengalami perkara yang sama sebanyak tiga. Saya di kurniakan anak pertama saya pada 2007, selepas 4 tahun berkahwin dan alhamdulillah anak kedua pada tahun ini. Tetapi di antara pregnancy anak pertama dan kedua saya saya mengalami 3 keguguran . Dalam keriga-tiga kandungan ini janin tidak kelihatan, doc menyatakan ianya adalah blightened ovum. Yang pertama doc suggestkan buat D&C, dan yg kedua dan ketiga kandungan gugur pada minggu keenam dan kelapan. Semasa mengandung anak kedua saya, ada terdapat juga tanda2 pendarahan yg sama seperti kandungan yg ug gugur tapi alhamdulillah saya bertemu seorang pakar secara kebetulan dan beliau membuat pemeriksaan dan meyatakan bahawa ketidakseimbangan hormon saya menyebabkan bertindak utk menyahkan kandungan. Saya diberi ubat sepanjang pregnancy anak kedua saya dan alhamdulliah baby selamat dilahirkan pada bulan ogos lepas.

      DrZubaidi: semoga ALLAH berikan rahmatNYA atas kesabaran puan.

  3. Assalamualaikum doktor…saya nak tahu..ketika usia kandungan saya 4 bulan saya ke hospital kerana sakit perut yang amat sgt..dn berlaku pendarahan yg banyak sebelum keluarnya air putih….lalu ultrasaund di bilik kecemasan menunjukkan degupan jantung janin masih ada..lalu saya di bawa ke bahagian bilik sakit puan.di tingkat 5.tanpa ap2..doktor terus mengeluarkn sesuatu dalam kemaluan saya…saya tak tahu ap yg doktor buat…terus doktor tu bagi tahu….anak saya dah tkde….persoalannya….mengapa tak scan dulu….. dn bagi tahu apa masalahnya…..

    • Assalamualaikum doktor…saya nak tahu..ketika usia kandungan saya 4 bulan saya ke hospital kerana sakit perut yang amat sgt..dn berlaku pendarahan yg banyak sebelum keluarnya air putih….lalu ultrasaund di bilik kecemasan menunjukkan degupan jantung janin masih ada..lalu saya di bawa ke bahagian bilik sakit puan.di tingkat 5.tanpa ap2..doktor terus mengeluarkn sesuatu dalam kemaluan saya…saya tak tahu ap yg doktor buat…terus doktor tu bagi tahu….anak saya dah tkde….persoalannya….mengapa tak scan dulu….. dn bagi tahu apa masalahnya…..

      Dr Zubaidi: Maaf saya tidak dapat memberi komen kerana banyak maklumat dalam fail pesakit tidak dapat saya teliti. Jika saya memberi komen tanpa merujuk fail itu, dikhuatiri akan menimbulkan banyak kekeliruan.

  4. assalamualaikum doktor,saya nak bertanya,untuk mengetahui usia kandungan adakah tarikh last period sebelum nikah di ambil kira?last period 7.3.13-13.3.13,saya nikah 16.3.13,sampai sekarang 28.4.13 period tak datang lagi dan jika dikira dari tarikh 7.3.13 bermaksud usia kandungan sudah 7-8minggu..adakah tarikh seminggu sebelum nikah itu juga dikira bagi mengetahui usia kandungan?

    • “”assalamualaikum doktor,saya nak bertanya,untuk mengetahui usia kandungan adakah tarikh last period sebelum nikah di ambil kira?last period 7.3.13-13.3.13,saya nikah 16.3.13,sampai sekarang 28.4.13 period tak datang lagi dan jika dikira dari tarikh 7.3.13 bermaksud usia kandungan sudah 7-8minggu..adakah tarikh seminggu sebelum nikah itu juga dikira bagi mengetahui usia kandungan?”"

      Dr Zubaidi : Saya puan melakukan pemeriksaan dulu, bagi menentukan puan hamil atau tidak. Pengiraan usia kehamilan dari tarikh LMP adalah bagi meumudahkannya, sedangkan tarikh sebenar ialah date of conception iaitu dua minggu dari tarikh LMP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top