Doktor, Adakah Saya Hamil?

TANDA SEORANG WANITA ITU SUBUR

Kesuburan seorang wanita dan lelaki apabila seorang lelaki (suami) dapat menghamilkan seorang wanita (isteri) tanpa mendapat bantuan perubatan. Ada wanita yang sekali saja melakukan hubungan intim dengan suami, terus hamil. Ada yang berkali-kali (dan bertahun-tahun) tetapi masih belum dapat menghamilkan isteri. Ada yang pula yang berjaya hamil, tetapi tidak berjaya meneruskan kehamilan akibat kekguguran. Untuk menentukan seorang lelaki itu subur atau tidak, pemeriksaan air mani harus dilakukan. Jika bilangan sperma, bentuk sperma, pergerakan sperma dan tiada kecacatan DNA sperma, seorang lelaki itu dikatakan lelaki yang subur. Bagi wanita, agak sukar untuk menentukan tahap kesuburan mereka. Pemeriksaan hormone, pemeriksaan struktur anatomi …

Read More »

BOLEHKAH MAKAN FOLIC ACID KETIKA HAID?

“Doktor, adakah folic acid boleh diambil ketika haid? Pil folic acid sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi folic acid juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil. Folic acid adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil Bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahem. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempeunyai zuriat. Folic acid boleh didapati dari pelbagai sumber makanan …

Read More »

Melakukan Hubungan Seks ketika Haid Boleh Hamil

MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM (SEKS) KETIKA HAID BOLEH MENYEBABKAN KEHAMILAN Selamat sejahtera, Dr Zubaidi. Saya mahu pencerahan sedikit dari doctor dan saya harap doktor boleh membantu saya. Bolehkah seorang wanita itu hamil selepas melakukan hubungan seks ketika datang haid kerana suami saya terpancut dalam ketika saya dalam haid. Mohon pencerahan doktor. Saya bimbang. Terima kasih. SELAMAT SEJAHTERA Sama ada sepasang suami isteri sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata atau cuba untuk menjarakkan kehamilan, apa yang penting ialah dengan mengetahui hari subur seorang wanita. Hari subur ini dapat dikenalpasti dengan melakukan catatan berkaitan dengan kitaran haid. Tandakan atau lorekkan pada kaledar pada …

Read More »

upt tidak jelas

UPT TIDAK JELAS   Salam Dr. Zubaidi. Maaf mengganggu. Boleh ke saya nak kepastian. (Rujuk gambar). Kalau line mcm ni.. adakah maksud saya hamil? Sbb dia agak samar tak jelas dan tak terang. Terima kasih.   WALAIKUMSALAM .   Antara punca keputusan UPT tidak terang ialah:   1. Alat UPT yang digunakan tidak sensitif pada kepekatan hCGH yang rendah.   2. Terlalu awal melakukan ujian UPT. Saya cadangkan 6 minggu dari tarikh haid sebelumnya atau 2 minggu dari tarikh sepatutnya haid.   3. Tidak hamil.   Jadi saya cadangkan:   1. Gunakan alat UPT yang lebih sensitif dan lebih baik …

Read More »

Hamil Selepas Terlanjur dan Guna Postinor

HAMIL SELEPAS TERLANJUR DAN GUNA POSTINOR   Assalamualaikum dr, maaf jika mengganggu besar harapan saya sekiranya dr, dapat tolong saya. Saya berumur 29thn. Bakal berkahwin. Saya mengalami haid (pada jumlah yang sedikit memadai dengan mengenakan pantiliners) selama 1 bulan lebih sekitar Mac tahun ini. Saya telah mendapatkan rawatan doktor. Dan doktor memberi medroxyprogestrone acetate 5mg. Di ambil 2biji sehari 1kali makan untuk 3 kali kitaran haid. Kitaran pertama selama 21hari dengan ubat yang diberi penderahan berhenti dan saya haid pada 11/6 – 17/6. Pada 23/6 saya telah terlanjur (Mohon jasa baik doktor untuk tidak menilai dan menghukum, saya sedar kesalahan …

Read More »

Soalan mengenai Kesuburan dan PCOS

Pemeriksaan ultrasound ovari seorang pesakit PCOS “Assalamu alaikum , doktor saya saya ingin tahu pengiraan waktu subur saya…buat pengetahuan doktor telah mengesahkan saya PCOS, period saya tidak teratur setiap bln, jika saya mkn ubat baru ada period.   Ini senarai tarikh2 period saya : Jun (23.06.2012 – 28.06.2012), Disember (19.12.2012 – 24.12.2012) pada bln Dis ini saya mkn ubat clomid (50mg – 2 bj sehari) pd hari ke 2 period, metformin (850mg – 1 bj sehari), pada bln Januari (mulai 17.01.2013) pada bln ini saya tidak mkn ubat dr klinik, saya cm mkn suplement produk XXX . Berat badan saya 83 kg, tinggi 165 cm, umur 31 thn.. Adakah pengambilan ubat …

Read More »

Tunggu sejam UPT ada jalur halus

UPT MENGELIRUKAN TUNGGU SEJAM ADA JALUR HALUS   “”Assalamualaikum. Doktor, saya ada buat ujian UPT. Bersama ini saya tunjukkan gambar ujian UPT saya. Kalau macam ini adakah saya hamil? Saya menjadi keliru kerana saya telah menunggu hampir sejam, jalur halus itu tidak hilang. Mulanya jalur itu tidak ada. Selepas setengah jam, baru timbul jalur haus itu. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ujian UPT seharusnya dibaca dalam masa 5 min selepas contoh air kencing telah dititiskan. Jika UPT positif, bermakna ada dua jalur. Jika UPT negatif hanya ada satu jalur di bahagian C sahaja.   UPT tidak harus …

Read More »

Jumlah Kafein Untuk Wanita Hamil

JUMLAH KAFEIN YANG DIBENARKAN UNTUK WANITA HAMIL   “Salam doktor. Saya penggemar kafein. Benarkah pengambilan kafeine boleh menyebabkan keguguran. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya benar, pakar perubatan menasihatkan agar mengurangkan, jika tidak mampu menghentikan pengambilan kafein semasa hamil. Setakat ini tiada ada panduan khas yang menghadkan pengambilan kafein untuk wanita yang ingin hamil.   Cuma saya cadangkan agar pengambilan kafein tidak melebihi 200mg sehari. Pengambilan kafein melebihi 200mg sehari meningkatkan risiko untuk keguguran.   Jika puan seorang penagih kafein, cuba kurangkan kafein, jika tidak dapat menghentikan pengambilannya.   Wallahu a’lam.   IKLAN   Bagi wanita …

Read More »

BOLEHKAH KAFEIN MENGGANGGU KESUBURAN?

” Salam. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun, berumur 35 tahun. Saya penggemar kafein. Adakah kafein mengganggu kesuburan saya? Mohon pencerahan. Terima kasih ”    Setakat ini tidak ada bukti yang sahih menunjukkan kafein boleh seorang wanita tidak boleh hamil. Namun beberapa kajian telah mencadangkan bahawa tahap kafein boleh membuat ia lebih sukar untuk hamil berbanding dengan wanita yang tidak mengambil kafein dalam minuman. Pakar-pakar mengatakan mungkin ada kesan kafein ke atas masa ovulasi dan tahap keseimbangan hormon atau mungkin menyebabkan saliran fallopian menjadi tersumbat apabila otot-otot pada saluran itu mengecut akibat kesan kafein. Saluran fallopio yang membawa telur ovum …

Read More »

Haid lewat, tetapi tidak hamil. Adakah ia berbahaya?

HAID LEWAT, TETAPI TIDAK HAMIL. ADAKAH IA BERBAHAYA? “Salam Doktor.  Saya ingin bertanya pada doktor.  Saya sudah berkahwin selama setahun dan sekarang sudah lewat haid selama 16hari. Saya pernah cuba buat UPT, tp keputusannya negative.  Dan pagi ni, saya didatangi darah seperti period (warna hitam kemerahan). Adakah saya perlu dapatkan rawatan di klinik atau ini adalah darah period yang delay tue. Cycle period saya adalah 30 hari.  Mohon pencerahan dari doktor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya faham keadaan puan. Apabila seorang wanita yang sudah berkahwin cuba untuk hamil, kelewatan haid adalah suatu yang mendebarkan. Namun apabila ujian UPT adalah negatif, …

Read More »

Kitaran Haid Tidak Normal, Perlukah Pemeriksaan Doktor

KITARAN HAID TIDAK NORMAL, PERLUKAH PEMERIKSAAN DOKTOR? “Assalamualaikum doktor,  Saya ingin bertanye tentang pertukaran kitar haid.sebelum bernikah saya mengalami kitar haid yang normal selama 28 hari..tetapi selepas 2 bulan bernikah kitar haid saya berubah kepada 35 hari.adakah saya patut berjumpa dengan doktor ataupun tidak. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Purata kitaran haid yang biasa ialah 28 hari. Jadi jika kitaran haid sesekali menjadi panjang dan pendek, dan  ia berlaku sesekali, ia masih dianggap normal. Kitaran haid melambang kesuburan seorang wanita. Jadi hal yang utama, walau berapa panjang atau pendek kitaran haid …

Read More »

Benarkah saya hamil sebelum nikah?

  “Assalamualaikum doctor, saya berumur 32 thn. Saya baru sahaja bernikah pada bulan November 2013. Masalah saya, kitaran haid saya pada setiap bulan akan lewat 7 ke 8 hari setiap bulan. Pada bulan oktober hari pertama haid saya pada 23 haribulan dan saya jangkakan saya akan datang haid pada 30 november atau 1 disember tetapi saya tak datang haid.   Saya telah buat pemeriksaan doktor dan saya telah di sahkan mengandung. Masalahnya doktor tersebut tidak dapat mengagak berapa minggu kandungan saya dan mengatakan saya mengandung sebelum nikah walhal sebelum saya bernikah saya tidak pernah melakukan persetubuhan.   Boleh doktor jelaskan …

Read More »

Pilih waktu subur

  Soalan: “Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga sebulan yang lepas. Kami sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata. Tetapi setiap kali bersama saya mendapati air mani suami saya meleleh keluar walaupun saya tidak bergerak. Apabila saya bangun tidur keesokan harinya, saya dapati kain saya terdapat tompokan air mani. Apabila saya membuang air kecil juga, air mani akan meleleh keluar. Saya juga telah meletakkan bantal di bawah punggung ketika bersama. Peluang untuk saya hamil akan tipis sekiranya air mani suami selalu tumpah. Adakah keadaan ini menganggu usaha kami untuk mendapatkan zuriat?”     Tahniah kepada puan dan Selamat Pengantin Baru! Insya …

Read More »

Bacaan hormon hCG ketika hamil

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada sikit pertanyaan..saya ada endometrosis stage 4 dan saya sedang buat treatment ivf utk kali 4. Semlm merupakan hari ke 10 ivf..saya ambil hgc..resultnya 11.3. Saya diminta utk ambil sekali hgc pd hari isnin. Soalan saya apakah bacaan yg sepatutnya utk mengesahkan sesorg itu hamil bagi kami yg buat ivf. Harap doc sudi menjawab. Trima kasih. Perkataan hCG adalah singkatan bagi “Human Chorionic Gonadotropin” dan merupakan hormone yang menandakan seorang wanita itu hamil. Ia dikeluarkan oleh placenta (uri) setelah seminggu setelah janin ditanam ke dalam lapisan endometrium setelah seminggu berlaku proses persenyawaan. Tahap hormone hCG akan …

Read More »

Hamilkah saya bila ‘Ultrasound Kosong’ ?

Assalam mu alaikum Dr Zubaidi Ahmad, saya ingin bertanya mengenai masalah saya. Saya mengalami rasa sakit di  bahagian ari-ari seperti kedatangan haid, pada hal haid saya lambat lagi. Ini menyebabkan saya tidak selesa untuk meneruskan kerja untuk beberapa hari.   Saya telah berkahwin pada pertengahan tahun lepas dan mengalami keguguran dua bulan selepas itu. Kitaran haid saya normal. Buat masa ini sayamengamalkan acid folic dan habatuus saud.   Untuk pengetahuan doktor, saya setiap kali kedatangan haid, saya akan mengalami masalah senggut yang agak teruk. Doktor pakar yang memeriksa saya mengatakan saya normal.     Pada akhir tahun lepas saya mengalami …

Read More »

Kehamilan Blighted Ovum..

Saya sangat simpati dengan kesedihan yang menimpa para wanita yang keguguran di awal kehamilan. Namun percayalah bahawa ini adalah ujian dari ALLAH untuk menguji kekuatan iman kita dan saya percaya ALLAH mahu berikan yang terbaik untuk kita. Maka eloklah kita jangan terlalu bersedih, malah berdoa agar ALLAH menggantikan kehilangan kita itu dengan sesuatu yang lebih baik. Kebanyakan punca keguguran di awal kehamilan disebabkan oleh keadaan yang dinamakan ‘blighted ovum’. Ia  berlaku apabila ovum yang disenyawakan dengan sperma, membentuk embryo,yang kemudiannya melekat pada dinding rahem, tetapi gagal berkembang menjadi janin. Embryo ini atau lebih sesuai dipanggil ‘tisu’ ini hanya membentuk kantung …

Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti …

Read More »

Kehamilan anggur

Assalamu alaikum, doktor. Saya telah berkahwin pada akhir tahun lepas. Pada awal tahun Januari 2012, isteri saya disahkan hamil tetapi isteri saya perlu membuat prosedur D&C kerana pakar sakit puan berkenaan memberitahu isteri saya hamil tetapi janin dalam rahem telah hancur. Keputusan makmal mengesahkan bahawa isteri saya telah mengalami ‘kehamilan anggur’. Apakah faktor-faktor perkara ini terjadi doktor? Terima kasih.       Wa alaikum mus salam. Saya sangat bersimpati dengan takdir yang menimpa sudara dan isteri. Ini semua ujian ALLAH bagi menguji keimanan kita dan bagi mereka yang bersabar akan dibalas dengan kebaikan di akhirat sana. Saya juga  mengucapkan tahniah …

Read More »

Dusphaton dan Keguguran

  “As salamu alaikum doktor. Saya baru keguguran 19 hari lepas Saya ingin bertanya adakah pil dupasthon boleh menyebabkan keguguran. Untuk makluman doktor, ketika kehamilan saya berusia 5 minggu, saya disahkan dan dirawat sebagai ”threatened abortion” dan semasa hamil kali ke dua, saya masih menyusukan anak pertama. Adakah rahim saya tidak kuat ? Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati terhadap takdir yang dialami oleh puan, dan saya berdoa agar ALLAH memberikan yang terbaik untuk puan.     Saya ada menulis mengenai keguguran ini dan mengharapkan puan dapat membacanya di https://drzubaidi.com/blog/?p=1083.     …

Read More »

Rahem terbalik dan kesuburan

Assalamualaikum doktor. Saya telah berkahwin pada Jun 2007, namun sehingga sekarang sy masih lagi belum dikurniakan zuriat. Pada tahun 2010 saya telah berjumpa dengan pakar O&G dan diberikan ubat clomid. Semasa saya menggunakan ubat clomid saya mengalami kesakitan perut yg kuat sepanjang tempuh keluar darah haids. Doktor pernah mengesyaki saya mengalami endometriosis. Oleh kerana sakitnya keterlaluan, maka saya menghentikan menggunakan ubat clomid. Selepas berhenti, kesakitan saya juga berhenti namun untuk beberapa bulan sahaja. Saya mengalami senggugut yang kuat semula. Saya pernah melakukan pemeriksaan HSG dan keputusannya normal. Suami juga telah melakukan pemeriksaan air mani dan keputusannya normal juga. Saya pernah …

Read More »

UPT Kabur: Adakah saya hamil?

  “Assalam mualaikum doktor, saya telah menjalankan ujian UPT sendiri di rumah, dan menunjukkan tanda positif iaitu ada 2 jalur yang muncul dalam masa 3 minit. Apabila saya pergi ke klinik, saya menjalani pemeriksaan UPT semula dan doktor mengatakan bahawa keputusannya samar, lalu meminta saya dating semula selepas dua minggu. Mengikut pengiraan saya, saya telah hamil enam minggu dan sepatutnya doctor sudah dapat mengesan kehamilan saya menggunakan ultrasound. Saya juga mengalami rasa loya dan pening. Biasanya kalau hamil, saya juga mengalami perasan yang serupa. Adakah saya hamil?”   Wa alaikum mus salam.   Saya percaya berkemungkinan besar puan hamil kerana …

Read More »
error: Content is protected !!