Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Hamil disyaki diabetes kena buat BSP

Hamil disyaki diabetes kena buat BSP

HAMIL DISYAKI DIABETES KENA BUAT BSP

 

gm

 

“Salam doktor. Saya sekarang hamil anak ketiga tapi baru-baru ini saya terpaksa buat ujian BSP kerana doktor kata saya ada kencing manis. Saya sangat risau. Macam mana hendak turunkan gula dalam darah? Bagaimana pula dgn kesihatan anak saya dalam rahem. Terima kasih doktor saya dahulukan atas kesudian menjawab soalan.”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya percaya puan belum lagi disahkan mengalami penyakit diabetes mellitus (kencing manis). Jika puan telah disahkan mengalami diabetes mellitus, sudah tentu doctor telah memberikan rawatan, dan tidak perlu lagi pemeriksaan BSP. Pemeriksaan BSP adalah sebahagian cara (prosedur) pemeriksaan gula bagi mendiagnosa pesakit diabetes. Ia bukan pemeriksaan saringan.

 

 

Jadi saya puan hanya disyaki mengalami diabetes mellitus saja.

 

 

Pemeriksaan gula dalam darah dilakukan kepada wanita yang hamil, jika didapati bahawa peningkatan gula dalam darah melebihi bacaan berikut:

 

A. Ketika berpuasa melebihi 5.6 mmol/L dan melebihi 7.8 selepas 2 jam mengambil makanan berat. Pemeriksaan BSP boleh dilakukan pada bila-bila masa.

B. Wanita yang hamil mempunyai risiko seperti:

  1. Mengalami diabetes pada kehmailan yang lepas
  2. Obesiti (BMI >30)
  3. Umur > 35
  4. Mengalami gula dalam air kencing (glycosuria) dalam dua kali pemeriksaan
  5. Keluarga terdekat mempunyai penyakit diabetes mellitus
  6. Pernah melahirkan bayi yang lebih besar dari 4.0 kg
  7. Pernah mengalami keguguran berulang atau kematian bayi dalam rahem tanpa diketahui punca yang sebenar
  8. Pernah melahirkan bayi yang cacat pada kehamilan lepas
  9. Pernah mengalami air tuban yang banyak dalam rahem (polyhydramnios)

 

 

Pemeriksaan BSP boleh dilakukan pada usia kelahiran 12-14 minggu apabila seorang wanita hamil itu ada risiko di atas.

 

Atau boleh dilulang pada wanita yang berisiko ini pada usia kehamilan 24-28 minggu, apabila pemeriksaan gula sebelum ini didapati normal. Jika ia masih normal, ia boleh diulang semula pada minggu ke 32-34 kehamilan.

 

Waktu pemeriksaan dan mengapa dilakukan, berbeza-beza mengikut keutamaan, bergantung kepada pusat kesihatan yang merwat ibu yang hamil.

 

Jadi pemeriksaan gula tidak semestinya dilakukan menggunakan BSP, tetapi boleh menggunakan kaeadah MOGTT yang lebih ringkas.

 

Pemeriksaan gula yang lebih lengkap boleh dilakukan boleh dilakukan dengan dua cara:

1. Prosedur MOGTT iaitu dikenali sebagai minum air gula.

Wanita yang hamil ini diambil darah pada waktu pagi selepas berpuasa 12 jam semenjak malam semalam. Kemudian diberikan minuman air gula yang mengandungi 75g glucose yang dicampur dengan 250ml air kosong, di minum dalam masa 10-15min. Selepas dua jam pemeriksaan darah untuk menguji kandungan gula dalam darah dilakukan semula.

 

2. Pemeriksaan BSP

Wanita yang hamil ini akan diambil darah melalui ujian dari bacaan glucometer, untuk mendapatkan beberapa bacaan, iaitu:

  1. Bacaan waktu pagi setelah berpuasa 12 jam
  2. Bacaan dua jam selepas makan tengahari
  3. Bacaan sebelum makan malam
  4. Bacaan dua jam selepas makan malam
  5. Bacaan sebelum tidur (ada Pusat Kesihatan yang tidak mengambil bacaan ini)

 

Jika bacaan gula melebihi dari bacaan di bawah, seorang wanita hamil itu harus berbincang dengan doctor bagi mendapatkan rawatan sewjarnya.

 

DIAGNOSIS DIABETES MELLITUS SEMASA HAMIL

Normal (mmol/L) Diabetes (mmol/L)
Puasa

< 5.6

>5.6

2 jam selepas makan

<7.8

>7.8

 

Untuk mengurangkan gula dalam darah, selain dari pengambilan ubat suntikan insulin, doctor merujukkan mereka kepada pakar pemakanan untuk dinasihatkan berkaitan dengan pemakanan dan pembahagian kalori setiap kali makan.

 

Secara amnya jika wanita itu tidak obese, pengambilan kalori adalah sebanyak 30-35kcal/kg per day, sementara wanita yang obese pula pengambilan kalori sebanyak 25kcal/kg per day.

Ini bertujuan untuk memastikan kandungan gula dalam 4-6mmol/L.

 

Selalunya doctor akan menasihat mengawal pemakanan, agar kandungan gula dalam tubuh terkawal. Jika setelah diberikan peluang selama dua minggu wanita itu tidak dapat mengawal pemakanannya, iaitu bacaan gula ketika puasa melebihi 5.8 mmol/L atau bacaan gula selepas makan melebihi 7 mmol/L  atau pemeriksaan ultrasound, mendapati bayi dalam rahem mempunyai saiz yang besar (walaupun gula dalam darah sangat baik), mereka akan diberikan ubat suntikan insulin.

 

Wanita hamil yang tidak mengawal gula dengan baik selalunya akan mengalami kecacatan pada anak dan masalah untuk melahirkan anak.

 

Wallahu a’lam

 

wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: