Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » CoQ10 Sebagai Usaha Mencegah Sakit Kepala dan Migraine

CoQ10 Sebagai Usaha Mencegah Sakit Kepala dan Migraine

Migraine adalah masalah sakit kepala yang berpanjangan dan berulang-ulang disertai dengan muntah. Punca migraine sangat banyak dan ia menyebabkan ketidakstabilan pada sistem neurovascular.

Sakit kepala yang disebabkan oleh migraine selalunya sebelah saja, rasa bergenyut-denyut dan berlangsung antara 2 hingga 72 jam.

Selain itu ia menyebabkan rasa loya, muntah, sangat sensitif pada cahaya (tidak boleh memandang pada cahaya yang terang), dan sensitif  pada bunyi (tidak boleh mendengar suara yang kuat).

Migraines amat berkaitan dengan masalah keturunan dan kebanyakan mereka mengatakan ibu atau bapa mereka pernah mengalami migraine.

Pesakit migraine ini kebanyakan wanita kerana sakit kepala disebabkan migraine berkaitan dengan ketidakseimbangan hormone dalam tubuh mereka. Tidak hairanlah remaja perempuan lebih ramai mendapat sakit kepala dari remaja lelaki.

Ramai pesakit migraine yang mengadu kepada saya bahawa mereka sudah bosan untuk menelan ubat penahan sakit, kerana ubat-ubatan ini akan memberikan kelegaan yang hanya sementara. Apatah lagi banyak ‘khabar-khabar angin’ tentang bahaya kesan sampingan ubat penahan sakit terhadap ginjal dan hati.

Ramai yang mula mencuba rawatan alternatif dan rawatan Islam. Ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya.

q10

Dalam satu jurnal, beberapa orang saintis dari Jabatan Neurology, Cincinnati Children’s Hospital Medical Center, Amerika Syarikat telah memberikan hipotesis  bahawa sakit kepala migraine boleh disebabkan oleh kekurangan elemen CoQ10 dalam tubuh.

Coenzyme Q10 adalah elemen cofactor yang penting dalam penghasilan tenaga dalam tubuh dan juga merupakan antioksidan yang baik. Ia juga penting bagi fungsi enzim dan hormone.

CoQ10 biasanya dibina dalam badan dan ia juga boleh didapati dalam makanan yang dimakan. Kekurangan CoQ10 dalam tubuh boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu ahli saintis di hospital itu mencadangkan pengambilan suplemen CoQ10 sebagai salah satu rawatan mencegah sakit kepala akibat migraine.

Dalam kajian mereka, CoQ10 diukur dalam darah 1550 pesakit dan mereka diberikan suplemen CoQ10 dengan dos   1 to 3 mg/kg sehari. Apabila darah mereka diukur semula, didapati tahap elemen CoQ10 dalam darah mereka meningkat dan sakit kepala mereka menjadi kurang.

(rujuk: Hershey AD, ‘Coenzyme Q10 deficiency and response to supplementation in pediatric and adolescent migraine’. Headache  2007 Jan;47(1):73-80)

Kajian yang sama mengenai manfaat CoQ10 juga telah dikaji oleh sekumpulan saintis di Clinical Biochemistry Unit, Canterbury Health Laboratories, Christchurch, New Zealand.

(rujuk: Molyneux SL, ‘Coenzyme Q10: is there a clinical role and a case for measurement?’ Biofactor. 2003;18(1-4):79-89)

Hal yang sama dipersetujui oleh sekumpulan saintis di Thomas Jefferson University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Mereka menggunakan coQ10 sebagai suplemen pencegahan migraine dengan dos sebanyak 150mg sehari, di mana kajian mereka mendapati bahawa CoQ10 amat berkesan.

(rujuk:Rozeb TD, ‘Open label trial of coenzyme Q10 as a migraine preventive’. Cephalgia. 2002 Mar;22(2):137-41)

Keberkesanan CoQ10 sebagai suplemen mencegah migraine juga ditulis dalam beberapa penerbitan:

  1. Bianchi, A; Salomone, S; Caraci, F; Pizza, V; Bernardini, R; Damato, C (2004). Role of Magnesium, Coenzyme Q10, Riboflavin, and Vitamin B12 in Migraine Prophylaxis. “Vitamins & Hormones Volume 69”. Vitamins and hormones. Vitamins & Hormones 69: 297–312.
  2. Sandor PS. J. Neurology 2005 Feb 22;64(4):713-5. “Efficacy of coenzyme Q10 in migraine prophylaxis: a randomized controlled trial”

Sebagai kesimpulannya bagi pesakit migraine yang jemu memakan ubat penahan sakit atau pesakit migraine yang bimbang kesan sampingan ubat yang dimakan dalam waktu yang panjang atau pesakit migraine yang tidak sembuh setelah mencuba beberapa kaeadah perubatan, saya mencadangkan agar mencuba mengalamalkan CoQ10 selama tiga bulan dengan dos yang dicadangkan 100 mg tiga kali sehari.

Oleh kerana CoQ10 adalah elemen yang dibina dalam tubuh, maka ia boleh dikatakan mesra tubuh apabila diamalkan sebagai suplemen. Ia boleh digunakan untuk mengelakkan sakit kepala untuk migraine untuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.

Boleh dapatkan CoQ10 di sini.

Wallahu a’lam.

One comment

  1. Salam doc, boleh tak kalau supplement CoQ10 ni diambil pada dos 150mg sebanyak 2 kali sehari?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!