BATUK BERDARAH

BATUK BERDARAH

Assalamualaikum Doktor.
Dua hari lepas isteri saya mengalami batuk berdarah. Pada masa itu beliau sedang tidur, tiba-tiba batuk berdarah darah segar dalam suku botol mineral yang kecil.

Saya buat pemeriksaan di hospital dan telah menjalani pemeriksaan darah dan xray. Doktor mrmberitahu keputusan kedua-dua ujian itu normal.

Dia tiada rasa sakit tekak atau sukar bernafas. Sekarang beliau batuk berdarah sikit-sikit sahaja. Tidak seperti tempuhari.
Mohon nasihat doktor. Terima kasih.

Waalaikumussalam

Batuk berdarah adalah sesuatu yang tidak normal, jika ia berlarutan beberapa hari. Apatah lagi jika jumlah darah yang keluar agak banyak (suku botol mineral kecil).

Batuk dengan darah yang banyak bermakna darah yang keluar sedikit tetapi berkumpul. Oleh itu isteri tuan masih batuk berdarah dengan kuantiti yang sedikit.

Sungguhpun pemeriksaan awal di hospital (xray dan darah) adalah normal, tetapi ia tidak bermakna isteri puan tiada alami masalah.

Saya cadangkan pemeriksaan yang lebih teliti iaitu pemeriksaan broncoscopy atau CTScan/MRI paru-paru.

Saya bimbang ada ketumbuhan saluran darah yang ‘pecah’ yang tidak dapat dikesan melalui xray dada.

Batuk berdarah juga boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit yang lain.

Pendapat saya batuk berdarah yang berterusan seharusnya menjalani pemeriksaan yang lebih mendalam sehingga tahu punca berlaku masalah tersebut. Tidak cukup dengan pemeriksaan xray dan darah.

Mungkin boleh dapat pandangan dari doktor pakar dari klinik dada berkaitan masalah ini. Jangan biarka sehingga keadaan bertambah teruk.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!