Bagaimana Melatih Bayi Tidur Sepanjang Malam

“Salam doktor. Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai anak saya. Usia anak saya baru memasuki enam bulan. Namun saya terpaksa bangun setiap empat jam kerana anak saya sering terjaga dan mahukan susu. Ada beberapa rakan saya pula dapat tidur sepanjang malam kerana anaknya tidur dengan lena. Bagaimanakah saya dapat melatih anak saya agar dia dapat tidur sepanjang malam? Mohon pencerahan”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya tidak menafikan bahawa sesetengah bayi mudah tidur dan akan tidur sepanjang malam seawal usia lapan minggu. Namun kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau mungkin lebih lewat dari itu.

Jadi puan banyaklah bersabar.

Jika puan mahu bayi puan tidur sepanjang malam, puan boleh membantu anak puan tabiat tidur yang baik seawal mungkin.

Antaranya ialah :

1. Belajar mengenal tanda-tanda yang menunjukkan bayi sudah letih dan memahami pola cara tidur anak.

Selalunya pada usia bayi enam hingga lapan minggu, bayi tidak boleh berjaga lebih daripada dua jam pada satu-satu masa. Jika puan lewat menidurkannya, bayi puan mungkin terlalu letih dan tidak dapat tidur dengan mudah.

Lihatlah tanda-tanda yang menunjukkan bayi puan sudah mengantuk, seperti menggosok matanya, atau menarik telinganya.

Jika anda mengesan tanda-tanda ini, berkemungkinan besar bayi puan telah mengantuk dan segera meletakkan dia ke atas tilam tempat tidurnya.

Secara perlahan-lahan puan akan belajar rentak masa bayi puan tidur dan tahu masa anak puan akan sedia untuk tidur.

2. Mengajar bayi puan tentang perbezaan di antara siang dan malam.

Bayi yang baru dilahirkan agar sukar membezakan antara waktu siang dan waktu malam. Maka bayi akan tidur dan bermain mengikut selera mereka. Jika mereka tidak diajar, ibu yang menjaga akan meresa keletihan kerana bayi mereka tidak mahu tidur di malam hari dan tidur sepanjang waktu siangnya.

Bayi yang sudah berusia berusia kira-kira empat minggu dan ke atas, dapat diajar membezakan waktu malam daripada waktu siang.

Apabila dia sedang berjaga dan bermain pada pada waktu siang, bermainlah dengannya sekerap mungkin. Pastikan rumah puan dan biliknya cerah dan terang, dan jangan risau mengenai kebisingan biasa seperti telefon, TV atau mesin basuh. Ini akan membantu dia akan tetap berjaga dan tidak menghabiskan waktu siangnya dengan tidur. Jika anak suka tidur semasa sedang menyusu di waktu siang, kejutkan dia.

Pada waktu malam, cuba jangan bermain dengan anak puan apabila puan memasukkan dia ke dalam bilik untuk menyusukannya. Pastikan cahaya dalam rumah suram dan bunyi-bunyi bising pada tahap minima, dan jangan terlalu banyak bercakap dengannya. Lama-lelamaan dia akan tahu bahawa waktu malam ialah waktu untuk tidur.

3. Berikan anak puan peluang untuk belajar tidur dengan sendiri.
Apabila dia berusia enam hingga lapan minggu, puan boleh cuba memberi peluang kepada bayi puan untuk tidur dengan sendiri. Cara terbaik melakukannya ialah dengan meletakkannya di katil semasa dia sedang mengantuk, walaupun masih lagi berjaga.

Mengajar bayi puan untuk tentang corak tidur adalah penting. Jika tidak puan puan akan bangun sepanjang malam kerana anak puan tidak mahu tidur dan mahu bermain.

Ada ibubapa yang mendodoikan anak mereka sebelum tidur. Jika puan dodoikan bayi puan untuk tidur setiap malam pada usianya lapan minggu berkemungkinan bayi puan akan mahu didodoi setiap kali mahu tidur.

Inilah sebabnya sesetengah pakar pakar kanak-kanak tidak menggalakkan para ibu mendodoikan atau menyusukan bayi mereka untuk tidur.

Untuk mendapat tabiat dan corak tidur yang sama setiap malam, puan harus menggunakan cara yang sama setiap malam.

Wallahu’alam.

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!