Apakah Punca Bibir Kering?

 

Bagaimana keadaan bibir yang kering?

Ramai orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir, malah mulut, bermula dari kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling).

Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian yang melibat bibir seperti senyuman, berciuman, makan malah ketika bercakap.

Saya cuba memaparkan kepelbagaian sebab terjadinya bibir kering. Perlu dibezakan antara bibir kering yang disebabkan oleh faktor non-infeksi dan faktor infeksi. Bezanya adalah kadar masa yang diambil untuk menjadikan bibir itu menjadi luka (atau bernanah).

Jika kekeringan bibir disebabkan oleh faktor non-infeksi (bukan jangkitan kuman), maka biasanya keadaan di mana bibirnya menjadi kering dan kemudiannya bertukar menjadi luka mengambil masa beberapa hari.

Namun jika ianya disebabkan infeksi, terutama virus herpes simplex, pesakit kadang kala tidak mengalami kekeringan bibir itu langsung. Apa yang disedari oleh pesakit adalah luka di bibir yang menyakitkan. Jangkitan herpes simplex ini juga menyebabkan luka selain di bahagian bibir, pada bahagian gusi dan juga kemaluan.

Sementara perleche adalah keadaan yang sering berlaku terutama pada warga tua dan pesakit diabetes mellitus, dimana ianya disebabkan oleh jangkitan kulat atau candida.

Selain merekah, bibir akan menyebabkan berkuping (scaling) di tepi bibir.  

Biasanya ianya muncul di sudut mulut, lembap berwarna agak kemerahan dan ada lepuhan putih yang pecah di situ. Akhirnya menyebabkan rekahan yang menyebabkan luka yang menyakitkan.

 

 Punca-punca kekeringan

Bibir akan menjadi kering apabila terdedah kepada suhu yang keterlaluan. Tidak kira sama ada ianya ianya suhu tinggi atau suhu yang terlalu rendah. Bibir boleh merekah dan menyebabkan ketidakselesaan. Bila keadaan ini berlaku, menggunakan pelembap bibir akan membantu mengurangkan kekeringan itu.

Kekurangan air (dehydration) yang sederhana juga akan menyebabkan bibir menjadi kering. Ramai yang menyangka dengan meminum air, seseorang itu boleh menyahidrasi. Namun berhati-hatilah dengan apa minuman yang kita minum. Meminum caffeine atau alcohol juga sebenarnya menyebabkan dehidrasi tanpa disedari.

Cara terbaik ialah dengan minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari.  Namun kita harus minum air jika keadaan lebih panas, ata melakukan aktiviti di luar rumah atau badan seseorang dikirakan obese.

Orang obese memerlukan air melebihi orang yang tidak obese kerana permukaan kulitnya yang lebih besar, menyebabkan lebih banyak air tersejat melalui kulit.

Kekeringan dan rekahan bibir turut dialami oleh orang yang cuba membasahkan bibir mereka dengan air liur sendiri. Mereka menyangka dengan ’menjilat’ bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir. Sebaliknya ianya menyebabkan bibir menjadi lebih lebih kering.

Masalah keradangan (irritation) juga menyebabkan kekeringan bibir berlaku. Selain dari air liur (saliva), lipstick dan makanan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.

Tanpa disedari makan yang dimakan mengandungi bahan yang seseorang alergik terhadapnya, lalu bibirnya secara tiba-tiba menjadi bengkak, kadang kala kering akibat alahan terhadap bahan itu. Ini menjadi isu serius bagi penghidap penyakit eczema.

Kehidupan di bandar kadang kala memerlukan seseorang itu bekerja dengan waktu yang panjang. Secara tidak langsung menyebabkan bibir seseorang itu kering.

Ini kerana stress dan kepenatan bekerja menyebabkan daya tahan tubuh (immune system) menjadi rendah. Maka senanglah berlaku jangkitan kuman di sekitar mulut dan bibir.

 

Bagaimana mengurangkan risiko?

Saya sering mencadangkan agar seseorang yang bibirnya mudah kekeringan agar memastikan air yang diminumnya setiap hari mencukupi. Selain ianya mengurangkan kekeringan pada bibir, air juga membantu bahan toksik (urea) dalam badan dibuang melalui air kencing. Jadi jangan risaukan kekerapan membuang air kecil. Kerana ianyanya membantu pembuangan toksik dalam badan.

Memakan makanan yang sihat (healthy diet) juga membantu memulihkan keadaan ini. Pastikan makanan yang dimakan mengandungi banyak zat  C, E dan B, serta elemen zinc, zat besi (iron) dan beta-carotene.

Rehat yang mencukupi dan senaman yang berterusan (regular exercise) akan menyebabkan tubuh mempunyai daya tahan yang kuat lalu menjauhkan serangan kuman.

Cuba elakkan memakan makanan yang mempunyai garam yang tinggi dan pedas. Bahan-bahan ini akan menyebabkan kulit bertambah kering.

Ada beberapa kajian menunjukkan ada sebahagian makanan menyebabkan phototoxicity, yang mana menyebabkan bibir akan menjadi terlalu sensitif kepada cahaya matahari. Apabila terdedah kepada cahaya matahari, ianya akan menyebabkan bibir menjadi mudah melepuh dan kering.

Buah-buahan jenis Citrus, beberapa jenis minyak masakan dan beberapa jenis ubatan kadang kala menyebabkan lepuhan (blister).

Begitu sesetengah ubat gigi yang mengandungi sodium lauryl sulfate, boleh menyebabkan kekeringan bibir.

 

Susunan : Dr Zubaidi b Hj Ahmad (26/06/2010)

http://www.facebook.com/drzubaidi

10 comments

  1. salam doc,

    adakah stress berlebihan boleh jd ‘added value’ masalah sebegini?

  2. salam doc,

    saya hamil trimester pertama pada bulan puasa. dan pernah satu hari tu, bibir saya kering sgt, dan pernah jgk saya mengalami pembuangan air kencing yg sedikit drpd biasa dan mengalami nyeri. adakah berbahaya? oleh kerana takut terjadi apa2 pd kandungan yg baru sebulan, menyebabkan saya membuka puasa dan mengambil air yg byk, dan kemudian keaadaan kembali spt biasa. adakah ini disebabkan dehidrasi?

    terima kasih.

    • Salam,
      dehydrasi jug boleh menyebabkan puan rasa lemah, mulut kering, dan membung air yang sedikit.
      selalunya jika diberikan air secukupnya, masalah itu akan hilang.

      wsalam.

  3. Salam Dr,

    Saya kerap mengalami masalah bibir kering.. Walaupun saya kerap minum air putih setiap hari, bibir saya tetaP kering… Jika memakai pelembap bibir, bibir saya tidak mengalami kekeringan, tetapi kuping tersebut tetap ada tetapi berkeadaan lembap..
    Kadang2 saya akan saya menarik kuping tersebut kerana rimas melekat2 dgn bibir atas.. Keadaan ini menyebabkan bibir saya menjadi luka dan berdarah..
    Saya tak tahu bagaimana lagi hendak mengatasinya…

  4. Nafhah Izzati Mohd Azam

    salam doktor,

    sy slalu mgalami msalah bibir kering yg keterlaluan sehinnga luka n kadang bibir sy bertukar menjadi warna hitam dan ade garisan di ats bibir..ddan ia pedih.mak sy bgtau ade fakta dlm buku mgatakn bhw bibir kering ade kaitan dgn panyakit lain?dn msalah utama sy ialah suke menjilat bibir dn k0pek kulit luar bibr apabila bbr kering..ade juga sy membeli ubat di farmasi bg mengelakkn kekeringan di bibir..pd pandangan d0kt0r..adakh bibir sy mghadapi faktor yg doktor nyatakn diatas? atau sebaliknya..
    terima kash..

  5. Salam n Good Day,

    Saya turut mengalami masalah bibir yang kronik hampir 10 tahun. Sehingga kini saya masih belum temui rawatan sesuai. Oleh kerana alergi di bibir menyebabkan bibir saya menjadi hitam, berkuping, berdarah dan adakalanya bernanah, saya telah mengambil steroid secara cucuk. Pengambilan steroid secara cucuk hanya bertahan selama 4 minggu dan saya perlu mengulanginya setiap bulan. Disebabkan kekrrapan mengambil streoid kini saya telah mengalami lebihan berat. Kini saya telah berusaha kurankan pengambilan steroid, namun muncul pula masalah lain iaitu kuku saya diserang gatal-gatal sama seperti bibir saya sehingga berdarah. Bantulah saya..Hampir 10 tahun saya menderita penyakit ini…Untuk pengetahuan doktor, saya wanita bekerjaya dan perlu menghadapi orang ramai setiap hari. bibir dan kuku yang buruk amat memalukan saya…………..

  6. Dr.Anak saya dah
    lebih 2 minggu menghidapi bibir kering sehinggakan sukar utk dia mkn.dahlah selera makan dia
    memang kurang.pelbagai cara dah sy cuba tuk tingkatkan selera mkn die.dr,adakah kerana dia kurang mkn menyebabkan bibir die kering atau ade punca lain?

  7. salam doc,
    saya mengalami penyakit bibir yang mana sebabkan pengeringan,pedih,putih disekitar bibir dan ada kalanya bengkak.sakit bibir ini sudah hampir 15thn saya hadapi.saya sentiasa perlu memakai pelembap bibir dan sekiranay terlalu lama menggunakan pelembap bibir yang sama , bibir saya akan merasa pedih dan sakit,.saya juga ada berjumpa doc dan menggunakan krim yang diberi tetapi hanya seketika shj.radang kemerahan , pedih , bengkak akan kembali semula.saya juga ada menggunakan vaseline dan hampir 10 lagi pelembap bibr yg terdapat dipasaran tetapi masih tiada perubahan.mohon bantuan..tq

  8. mukhlisah dila

    Assalam DrZubaidi,
    saya juga mengalami masalah bibir kering, pecah dan berdarah selama hampir 10tahun..selama itu jugalah saya menggunakan Vaseline tp ia tidak menyembuhkan, hanya mengelakkan bibir menjadi lebih teruk seperti infection. saya tidak pasti bahagian pakar yang mana perlu saya rujuk untuk masalah bibir ini. boleh doktor cadangkan? saya telah mencuba krim dari klinik biasa, krim kecantikan, ubat homeopathy tetapi semuanya masih belum berhasil. terima kasih

Leave a Reply

error: Content is protected !!