Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Apakah Kaitan Ovarian Cysts dengan Ketidaksuburan?

Apakah Kaitan Ovarian Cysts dengan Ketidaksuburan?

Saya banyak menerima pertanyaan mengenai ovarian cyst dan ketidaksuburan. Sebaiknya nasihat mengenainya diberikan oleh doktor yang memeriksa, kerana saya hanya dapat memberikan nasihat berbentuk panduan saja.

“ Assalamu alaikum Doktor. Saya telah berkahwin selama 2 tahun lebih tetapi masih belum hamil. Pada awal tahun lepas saya ada melakukan pemeriksaan kesuburan. Mengikut laporan doktor, saya mempunyai satu cyst di ovari sebelah kanan. Doktor tidak menyarankan saya untuk melakukan pembedahan membuang cyst namun katanya cyst itu akan membesar. Saya sangat risau memikirkan apabila cyst itu bertambah besar, tentu akan menyukarkan saya untuk hamil. Jadi apa nasihat doktor? Terima kasih..”

Saya bukan tidak mahu menjawab soalan yang diberikan, tetapi sekali lagi doktor yang memeriksa sebaiknya menjawab soalan ini. Namun untuk bersangka baik, saya percaya mungkin doctor yang memeriksa terlalu sibuk dengan pesakit yang menunggu temujanji beliau.

Jadi saya menjawab pertanyaan itu dengan memberikan panduan soalan untuk ditanyakan semula kepada doktor yang memeriksa pada temujanji yang berikutnya.

“Wa alaikum mus salam… semoga Allah memberikan puan pahala yang banyak atas kesabaran puan menghadapi ujian Allah. Saya ada menulis artikel mengenai masalah puan dalam blog saya, iaitu mengenai ovarian cyst dan kesuburan. Mengenai masalah cyst puan, ada ovarian cyst yang mengganggu kesuburan adan ada ovarian cyst yang tidak mengganggu. Berapa besar saiz cyst itu dan apa jenisnya dan bagaimana keputusan darah bagi hormon puan… itu semua penting untuk mengkaji masalah sebenar kesuburan. Saya harap puan tidak terbuka memberikan maklumat itu di sini dan bolehlah emailkan kepada saya.”

Ovarian cysts biasa dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka pula didiagnosa mengalami ovarian cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan.

Jadi apa yang selalu bermain di minda wanita-wanita ini ialah ‘adakah ovarian cyst mengganggu kesuburan mereka’. Tanpa penerangan yang jelas dari doktor yang memeriksa, mereka menjadi lebih keliru dan risau tentang masalah yang dihadapi.

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle.   Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar. Saya ada menulis mengenai ovarian cyst di http://drzubaidi.com/blog/?p=804.

Ada beberapa jenis ovarian cysts yang boleh mengganggu kesuburan.

Antaranya ialah:

  1. Endometriomas – cyst yang disebabkan oleh endometriosis.
  2. Polycystic Ovarian Cyst – terdapat beberapa cyst yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.

Beberapa jenis ovarian cyst yang tidak menggangu kesuburan, antaranya:

  1. Functional cysts – iaitu cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.
  2. Cystadenomas – cyst ini bukannya cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari. Jadi ia tidak mengganggu kesuburan.
  3. Dermoid cysts- cyst ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.

Jadi kepada wanita yang mengalami cyst, eloklah bertanyakan jenis dan saiz cyst yang dialami. Ini akan memudahkan doktor-doktor lain memberikan pandangan dan nasihat. Semoga nasihat saya berguna.

Wa allahu a’lam..

 

Rujukan:

  1. “Ovarian Cysts Causes, Symptoms, Diagnosis, and Treatment”.eMedicineHealth.com.
  2. “Ovarian cysts: Symptoms”MayoClinic.com.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (100911)

7 comments

  1. Assalamaualikum doc,saya baru je brkhwin selama 6bln saya ingin hamil..tetapi belum lagi ada tanda-tanda nak hamil..saya juga telah mengambil acid folic sekarang dari awal bulan 7 hari tu…jadi Apa langkah pertma jika saya ingin hamil..

  2. Salam Dr. saya nak tanya nie.. saya telah disahkan ada cyst 2cm boleh tak saya amalkan EPo wlpon ada cyst sbb setengah org cakap xelok kalu ada cyst makan epo? ada juga yg cakap EPO dapat kecutkan cyst? harap sgt dr. blh bg penjelasan…

  3. salam dr. saya ada endo-cyst dan telah mnjalani pembedahan pada 2009.HSG telah saya jalankn pd bulan mac 2011 dan didapati sebelah kiri blok n kanan normal.saya telah berkahwin lebih 3 thn dan sehingga kini masih lagi tiada kabar gembira.senggugut masih ada sehingga kini dan period 28-38 hari..apa yg perlu sya lakukan sekarang?bolehkan sy ambil clomid tanpa perlu berjumpa dr terlebih dahulu?

  4. salam…nk tanya…apekah pulak maksud untuk multicystic cyst?
    adakah cara lain untuk merawat selain operation?
    merbahayakah ianya?

  5. salam doktor.. saya nak tanya ..adakah tanda2 awal ovarian cysts keatas sesorang boleh dilihat dengan tidak teratur period? atau masalah ovarian cysts boleh belaku keatas sesorang period yang teratur? sekian

  6. salam……..

    saya nurul,saya berusia 28thn,sudah 4thn berkahwin,tetapi tidak punya zuriat lagi.akhir thn lepas doc mengesahkan saye punya cyst dikilang telur sebelah kiri 6×6,2 minggu lepas saye telah jalani pembedahan lesprocopy buang cyst.

    sedar dari operate doc ade beritahu kilang telur sebelah kiri tak dapat diselamatkan,dan telah dibuang.sekarang saye tertanya2 samaade saya boleh ke mengandung dengan satu kilang telur disebelah kanan..saya dihantui belenggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!