Advertorial
Home » Doktor Menjawab » apakah gejala jangkitan kuman pada pundi kencing ketika hamil

apakah gejala jangkitan kuman pada pundi kencing ketika hamil

APAKAH GELAJA JANGKITAN KUMAN PADA PUNDI KENCING PADA WANITA HAMIL?

urine test

 

“Salam doktor. Saya hamil 20 minggu. Saya mengalami kencing yang kerap. Ada rakan-rakan mengatakan saya mengalami kencing kotor, dan jurarawat di pusat kesihatan pula mengatakan ia adalah normal bagi wanita yang sedang hamil. Bagaimana saya hendak mengetahui sama ada ia disebabkan oleh kencing kotor atau disebabkan rahem saya yang sudah membesar? Mohon pencerahan. Terima kasih

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Kencing kotor adalah nama yang diberikan oleh orang awam untuk jangkitan kuman dalam air kencing. Ia boleh berasal dari pundi kencing atau dari ginjal.

Gejala jangkitan pada pundi kencing (cystitis) berbeza dari seorang wanita dengan wanita yang lain.

Tanda-tanda biasa termasuk:

1. Rasa sakit dan tidak selesa atau panas terbakar ketika membuang air kecil atau mungkin ketika melakukan hubungan seks

2. Ketidakselesaan bahagian bawah perut dan ari-ari (di atas tulang kemaluan)

3. Rasa mahu kencing yang kerap dan tidak dapat mengawal air kecil, walaupun hanya ada sedikit air kencing dalam pundi kencing

4. Air kencing berbau busuk atau kelihatan keruh. Mungki kelihatan ada darah di dalam air kencing.

5. Mengalami demam gred rendah, dan rasa tidak sihat.

Sukar juga untuk memastikan sama seorang wanita yang hamil itu sedang mengalami jangkitan pada pundi kencing kerana wanita yang hamil selalu rasa kerap untuk buang air kecil.

Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan air kencing.

 

wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: