Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Apa maknanya najis bermakna hijau?

Apa maknanya najis bermakna hijau?

APA MAKNANYA NAJIS BERWARNA HIJAU?

 

Toilet 2

“Assalamualaikum doctor , Saya ingin bertanya kan pada dr tentang masalah yang sedang hadapi sekarang. Bahaya ke najis berwarna hijau? Kerana 2 hari lepas selepas makan beberapa jam perut saya rasa memulas dan kemudian sy dapati najis berwarna hijau. Diawal tu najis berwarna coklat kemudian hijau bila diakhir2 najis bercampur hijau dan coklat.. selepas 2 hari sy buang pon keluar najis hijau selepas sarapan. Adakah kerana keracunan makanan? Sbb selama ni sy blm pernah lagi keluar najis hijau. Sblm keluar najis hijau ni sy ada memakan aym kfc yg tersimpan selama 3hari di dlm peti ais serta sejak ibu mertua sy dtg kerumah mak mertua suka panas kn dan mkn lauk yg semalam atau kemarin. Saya risau memikir kan masalah yg dihadapi. Mohon pencerahan doc?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Najis berwarna hijau biasanya berlakupada bayi yang masih menyusu. Najis berwarna hijau juga boleh disebabkan oleh pengambilan suplemen zat besi (iron) atau makan makanan tertentu seperti sayur-sayuran berdaun hijau.

 

Najis berwarna hijau juga boleh menandakan masalah penghadaman yang disebabkan oleh penyakit, gangguan atau proses pencernaan yang tidak normal yang lain.

 

Biasanya najis berwarna perang gelap.

 

Najis menjadi perang gelap apabila cecair kuning-hijau yang dihasilkan di dalam hati dan disimpan oleh hempedu, dikeluarkan dalam proses pencernaan. Dalam proses pencernaan ini, enzim penghadaman memecahkan cecair hempedu, menyebabkan najis berwarna perang gelap.

 

Apabila terdapat jangkitan kuman atau penyakit dalam usus sehingga menyebabkan cirit-birit, makanan yang diproses bergerak melalui saluran pencernaan dengan cepat, dan najis boleh menjadi hijau kerana enzim pencernaan tidak mempunyai masa untuk berubah menjadi perang gelap.

 

Saya mencadangkan agar puan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika puan mempunyai najis yang tidak normal, berwarna selain dari perang gelap atau gejala penghadaman yang lain, seperti cirit-birit yang berpanjangan melebihi dua hari.

 

Wallahu a’lam

 

Saya mencadangkan puan menggunakan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah bagi memberikan keseimbangan hormon dan membetulkan kitaran haid puan.  https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top