Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

 

Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku.

 

Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama.

 

“Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam”

 

Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar.

 

Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu.

 

Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema.

 

Sebenarnya menggunakan antibiotic bukanlah rawatan yang berkesan untuk merawat demam, selsema dan batuk akibat serangan virus. Ini kerana virus tidak dapat dikawal dan dibunuh dengan antibiotik. Antibodi yang ada dalam tubuh bayi dan kanak-kanak itu yang mengawal mengawal jangkitan virus.

 

Oleh kerana virus tidak tidak dapat dirawat dengan antibiotic, maka penggunaan antibiotic adalah sesuatu yang sia-sia malah mungkin berbahaya.

 

Penggunaan antibiotic secara sembarangan dan keterlaluan akan menyebabkan bakteria yang tidak dirawat dengan sempurna akan menjadi lali dan kebal terhadap antibiotik yang diberi.

 

Ini akan menyebabkan sesuatu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria itu menjadi semakin sukar untuk dirawat,

 

Bakteria yang lali dan kebal ini disebut sebagai ‘antibiotic-resistant bacteria’ akan mudah merebak di kalangan ahli keluarga, rakan-rakan sekolah atau kanak-kanak yang berada di pusat asuhan yang sama.

 

Oleh itu penggunaan ubat antibiotic harus mendapat preskripsi dan atas nasihat doctor yang berpengalaman.

 

Masalah kekebalan terhadap antibiotic atau ‘antibiotic resistance’ adalah masalah yang amat serius dalam dunia perubatan moden sekarang.

 

Antibiotics sepatutnya dianggap sebagai senjata yang paling berkesan untuk merawat jangkitan bakteria,  tetapi malangnya kehadiran bakteria yang lali dan kebal terhadap antibiotic ini menyebabkan ubat antibiotic yang digunakan tidak dapat berfungsi dengan berkesan.

 

Setakat ini tiada protokols atau peraturan tertentu untuk doctor menentukan sama ada seseorang pesakit memerlukan antibiotic atau tidak. Itu semua bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan doktor merawat pesakit mereka.

 

Masyarakat tidak mengetahui kesan buruk akibat jangkitan kuman yang telah mengalami kekebalan terhadap antibiotic. Kebanyak pesakit seperti ini terlantar di ICU dengan demam yang tinggi tidak dapat dirawat lagi oleh mana-mana antibiotic.

 

Sebagai kesimpulan, antibiotic bukanlah jawapan kepada semua jangkitan kuman yang menyebabkan demam, batuk dan selsema di kalangan bayi, kanak-kanak, malah orang dewasa.

 

Oleh itu saya mencadangkan agar, berhati-hatilah dalam penggunaan antibiotic.  Jangan bertelagah dengan doctor jika tidak diberikan antibiotik, kecuali mempunyai pengetahuan yang luas dalam perubatan moden.

 

Saya juga menegah mana-mana pesakit menggunakan baki antibiotik yang berada di peti ubat atau menggunakan antibiotik yang diberikan untuk orang lain. Antibiotik yang diberikan kepada orang lain mungkin tidak sesuai digunakan oleh orang lain.

 

Walau bagaimanapun jika doctor telah memberikan antibiotic, cuba sempurnakan pengambilan antibiotic itu mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan.

 

Jangan mengelat dengan tidak mengambil antibiotic yang telah dimulakan itu. Jangan menyimpan antibiotic yang tidak habis digunakan sebagai stok ubat di masa depan. Buang terus saki baki antibiotic itu terutama antibiotic berbentuk ceceair yang telah dibancuh dengan air.

Saya berpendapat bahawa jangkitan virus yang menyebabkan demam, batuk dan selsema tidak perlu diberikan ubat yang banyak.

 

Jika bayi atau kanak-kanak itu masih aktif dan masih boleh makan dan minum, maka boleh diberikan ubat paracetamol mengikut dose yang ditetapkan untuk mengurangkan demam yang tinggi.

 

Berikan kepada mereka air yang mencukupi. Pastikan mereka rehat yang cukup, dan tidak bermain dengan kanak-kanak lain. Untuk mengurangkan rasa sukar bernafas akibat sumbatan lendiran dalam hidung, boleh gunakan spray saline yang boleh disemburkan dalam hidung, atau menggunakan cool-mist vaporizer bagi mengekalkan kelembapan pada udara untuk melegakan rasa sumbat hidung.

 

Saya mendapati ramai bayi dan kanak-kanak lebih mendapat faedah dengan tidak diberikan antibiotic untuk demam, selsema dan batuk mereka.

 

wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, selain dari vitamin C dan E. Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed PlusInfo lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

 

Bagi meningkatkan tenaga dalaman lelaki, saya mencadangkan suplemen Ezerex. Info lanjut di https://www.facebook.com/ezerexmalaysia

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!