Mengambil Asid Folik ketika Haid

AMBIL ASID FOLIC SEMASA HAID

 

Assalammualaikum Dr Zubaidi. Bolehkah saya ambil asid folic semasa haid? Terima kasih”

WALAIKUMUSALAM

Tiada halangan untuk mengambil vitamin B kompleks atau asid folik semasa haid. Malah ia bermanfaat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization (WHO)) menganggarkan sebanyak 470 juta wanita seluruh dunia yang mengalami masalah kekurangan darah merah (anemia) akibat kehilangan darah selepas pendarahan haid yang banyak.

Pengambilan zat besi (iron) dan asid folik atau folate adalah penting sebagai vitamin yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk dan mengekalkan tahap sel darah merah dalam tubuh.

Oleh itu mengambil vitamin asid folik 5mg bersama zat besi 15 mg setiap ketika haid adalah digalakkan untuk mengelakkan kekurangan darah.

Asid folik boleh didapati dari makanan yang kita makan seperti satur-sayuran hijau, buah-buahan, dan kekacang. Selain itu boleh ambil suplemen yang dijual di klinik atau farmasi.

Saya juga mencadangkan agar meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C. Ini kerana sangat penting dalam penyerapan zat besi.

Vitamin E juga penting bagi mengurangkan rasa tidak selepas akibat premenstrual syndrome (PMS) seperti kecelaruan emosi, rasa letih, senggugut dan bengkak payudara. Dos yang dicadangkan ialah 50mg sehari.

Semoga bermanfaat.

[IKLAN]

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.  Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini.

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!