“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya bagaimana pemakanan bagi kanak-kanak yang mengalami penyakit SLE. Buah apa yang sesuai ? Adakah minyak zaitun atau madu lebah dibenarkan. Terima kasih”. Waalaikumsalam. Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit autoimun kronik di mana sistem imun badan menyerang tisu-tisu yang sihat, menyebabkan keradangan dan kerosakan pada pelbagai organ dan sistem dalam badan. Ini menyebabkan tubuh akan mengalami tahap keradangan kronik. Pesakit SLE boleh mendapat manfaat daripada diet yang seimbang dan kaya dengan buah-buahan. Pemakanan yang seimbang dan kaya dengan buah-buahan akan menyediakan nutrien adalah penting untuk kanak-kanak yang menghidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Ia membantu …
Read More »Tag Archives: SLE
Hati-hati dengan ubat dijual di jalanan yang ada steroid.
Kementerian Kesihatan Msia (KKM) mengharamkan ubat herba yang dijual secara meluas di toko-toko ubat yang mengandungi steroid. Antara tanda-tanda ubat itu mengandungi steroid ialah ubat itu dapat melegakan sakit-sakit sendi dan ketegangan otot serta merta. Setelah memakannya beberapa hari, berat badan bertambah dan muka menjadi tembam. Ia sangat bahaya pada ginjal dan menyebabkan tulang menjadi reput. Saya pernah melihat seorang wanita brumur 50an yang mengalami patah tulang punggung, hanya keraa jatuh dari kerusi yang dia duduki. Bila x ray dilakukan, dia diagnosa mengalami fracture of neck of femur akibat masalah osteophorosis dipercayai akibat mengambil ubat herba bagi mengurangkan sakit lutut. Ubat …
Read More »Pengalaman Pesakit SLE Kedua
Saya didiagnos SLE pada tahun 1991 setelah hampir setahun sakit dan doktor yg merawat ketika itu tidak dapat kenalpasti penyakit saya. Setelah didiagnos saya dirawat dgn steroids akan tetapi buah pinggang saya gagal pada tahun 1993. Saya menjalani hemodialysis selama 5 tahun. Dari saya mula didiagnos dan diberitahu bahawa penyakit ini tiada ubat, keluarga saya tak henti2 ikhtiar. Bermacam2 ubat tradisional dan pemakanan yg dicuba. Ubat doktor tidak pernah tinggal. Doa serta solat hajat apatah lagi. Ini kerana kita yakin apa yg tertera dlm Quran tentang setiap penyakit ada penawar. Keadaan saya ketika hemodialysis memang agak teruk dan tidak stabil. Kerap …
Read More »Pengalaman seorang pesakit SLE
“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin berkongsi pengalaman dan cerita. Setahun yang lepas, adik perempuan saya mengalami ‘penyakit misteri’ dan dikatakan buatan orang. Ini kerana adik saya menolak pinangan orang. Beberapa hari selepas itu, adik saya mengalami demam yang agak kuat. Beliau tidak boleh bangun dan dihantar ke hospital. Doktor tidak dapat mengenalpasti punca sebenar punca demam adik saya. Beliau disuruh pulang. Keadaannya bertambah baik. Selang beberapa hari, adik saya demam semula. Dia tidak mampu bergerak untuk beberapa minggu dan terpaksa berhenti kerja. Dia tidak boleh berjalan, dan terpaksa merangkak ke bilik air. Saya sangat sedih dan menagis melihat …
Read More »Bahayakah Menggunakan Suplemen ALFALFA?
Ramai yang bertanyakan tentang suplemen yang berasaskan Alfalfa. Pada pendapat saya tidak salah kita mengamalkan suplemen asalkan manfaat yang diperlolehi berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Pastikan juga suplemen itu dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai, terutama dari segi penjagaan keselamatannya. Terserahlah pada pengguna untuk memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Saya akan menulis secara ringkas mengenai alfalfa. Penulisan ini disesuaikan dari http://www.webmd.com/vitamins-supplements. Saya cuba bersikap lebih adil dan tidak berat sebelah dalam menerangkan mengenai suplemen alfalfa. Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
