Ovulation Predictor Kits (OPK)

 

OPK berguna bagi yang mahu atau mengelak zuriat

 

Saya mendapat banyak pertanyaan melalui email dan inbox facebook, para isteri muda bertanya tentang penentuan hari kesuburan. Saya ucapkan tahniah atas keazaman puan-puan untuk melengkapkan keluarga.

Hari yang paling subur bagi seorang wanita atau disebut hari ovulasi ialah hari di mana telur (ovum) dari ovari telah sedia untuk disenyawakan oleh sperma. Oleh kerana ovum yang terpisah dari ovari tidak boleh hidup lama, maka bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat, bolehlah berjima’ bersama suami pada ketika itu. Dan bagi mereka yang mahu merancang dengan cara selamat, elakkan berjima’ bersama suami pada hari itu.

Hari kesuburan berlangsung satu hari dan kadang kala berpanjangan selama tiga hari. Ianya berlainan antara satu wanita dengan wanita yang lain. Namun tidak lebih dari tiga hari.

”Dialah yang mencipta kamu dari tanah kemudian dari setitis mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkan kamu sebagai seorang anak,..” (al Ghafir : 67)

Ada beberapa cara untuk menentukan kesuburan wanita. Dengan teknologi moden, para saintis telah mencipta Ovulation Prediction Kits (OPK). Alat ini membantu seseorang wanita untuk mengesan hari ovulasi dengan tepat (99.6%). Namun harus diingat proses persenyawaan bukan saja melibatkan penentuan tarikh kesuburan itu, banyak perkara lain yang mempengaruhi kesuburan itu yang harus diambil kira.

Walau bagimanapun alat yang boleh dibeli melalui farmasi ini sangat membantu para isteri. Mungkin bagi pasangan yang tinggal bersama suami atau isteri tidak menjadi masalah.

Namun bagi mereka yang terpisah kerana menyambung pelajaran atau tuntutan tugas dan sesekali saja berjumpa, ia merupakan suatu kemudahan untuk mereka, sama ada merancang untuk mendapat zuriat atau merancang untuk melambatkan zuriat.

 

Bagaimana alat itu berfungsi?

Ovulation adalah saat kesuburan bagi seorang wanita di mana telur (ovum) telah sedia untuk disenyawakan, telah berpisah dari organ ovari. Luteinizing Hormone (LH) adalah hormon yang berfungsi mengeluarkan ovum dari ovari. Pada hari itu kandungan LH berada dalam tahap tertinggi dan setelah dimetabolismakan keluar melalui air kencing.

Bagi kebanyakan wanita yang mempunyai kitaran haids 28 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 14. Jadi para isteri dinasihatkan untuk bersama suami jika mahu mendapatkan zuriat. Untuk lebih yakin, OPK membantu mengesan hari ovulasi ini dengan mengesannya melalui air kencing.

Namun bagi yang tidak mempunyai kitaran haids yang tetap, OPK amat membantu para isteri mengesan hari ovulasi. Mengesan hari ovulasi penting bagi mereka kerana bagi wanita yang mempunyai kitaran haids yang pendek, ovulasi boleh berlaku pada sehari selepas bersih dari pendarahan haids.

Oleh kerana OPK ini agak mahal, maka saya menasihatkan agar menggunakannya secara berhikmah.

 

Bilakah hari yang sesuai untuk melakukan ujian ini?

Pengiraan hari yang sesuai hendaklah dilakukan dulu. Pertama, kira panjang kitaran haids secara purata. Kitaran haids dikira bermula dari hari pertama pendarahan haids hingga hari terakhir sebelum darah darah haids bermula semula.

Kiraan secara purata berdasarkan pengiraan beberapa kitaran haids sebelum ini.

Selepas itu tolakkan 17 hari dari panjang kitaran haids. Sebagai contoh jika panjang kitaran haids ialah 28 hari, 28-17 ialah 11. Maka lakukan ujian pada hari ke 11. Teruskan selama enam hari berikutnya.

Ia akan memberikan keputusan yang diharapkan.

Jadual dibawah mungkin membantu.

Panjang Kitaran Haids

Hari untuk lakukan ujian

21 hari

Hari ke 4

22 hari

Hari ke 5

23 hari

Hari ke 6

24 hari

Hari ke 7

25 hari

Hari ke 8

26 hari

Hari ke 9

27 Hari

Hari ke 10

28 hari

Hari ke 11

29 hari

Hari ke 12

30 hari

Hari ke 13

31 hari

Hari ke 14

32 hari

Hari ke 15

33 hari

Hari ke 16

34 hari

Hari ke 17

35 hari

Hari ke 18

36 hari

Hari ke 19

37 hari

Hari ke 20

38 hari

Hari ke 21

39 hari

Hari ke 22

 

OPK berfungsi dengan mengesan luteinizing hormone (LH) ketika ia berada di paras tertinggi. Keadaan ini dinamakan sebagai LH surge.

Jika ujian OPK menjadi positif, biasanya 12 hingga 36 jam berikutnya telur akan dikeluarkan dan ovulasi dan tahap kesuburan adalah maksima. Proses persenyawaan di tahap terbaik pada ketika itu.

 

Klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal

 

Cara menggunakan OPK

Para pengguna haruslah membaca arahan pada kertas yang dilampirkan di dalam kotak OPK. Cara terbaik untuk melakukan ujian ialah antara 2pm dan 2.30pm. Ini kerana LH pada hari itu telah sedia untuk diuji menggunakan air kencing pada waktu itu.

Jangan melakukan ujian itu sebaik saja bangun dari tidur kerana mungkin dia akan terlepas hari pertama. Cuba kurangkan air yang diminum dua jam sebelum ujian kerana ianya akan mencairkan air kencing, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk mengesan LH surge.

Jika ujian pertama gagal dan mahu lakukannya semula pada hari yang berlainan, ujilah pada waktu yang sama.

Masa reaksi untuk menunjukkan keputusan ujian itu selalunya lima minit. Ini bermakana seorang itu harus menunggu lima minit sebelum boleh melihat keputusannya.

Semua OPK mempunyai dua jalur C dan T, C bermakna control (kawalan) dan T bermakna Test (ujian).  Jalur kawalan adalah untuk memastikan alat ini berfungsi atau tidak. Jalur ujian memberitahu sama apa ianya positif (mempunyai jalur) atau negatif (tidak mempunyai jalur).

Ujian ini menjadi positif (bermakna terdapat LH Surge) apabila terdapat jalur pada bahagian ujian yang sama terang dengan jalur terdapat di bahagian kawalan. Ujian ini menjadi negatif apabila jalur pada bahagian test tidak wujud atau jalurnya tidak terang.

Para pengguna selalu keliru apabila wujudnya jalur ujian tetapi tidak terang. Ianya dikira negatif  kerana dalam badan seorang wanita itu tetap mempunyai hormon LH yang rendah. Ianya bukan LH surge di mana tahap LH berada di tahap tertinggi. Jika ianya berlaku, dinasihatkan agar mengulanginya semula esok selama enam hari atau sehingga OPK menunjukkan keputusan positif.

 

Kesan ubat penyubur pada OPK

Jika wanita itu menggunakan tablet Clomid (clomiphene citrate) untuk tujuan penyuburan, ia boleh memberikan keputusan false positive iaitu bacaan OPK akan menunjukkan positif padahal, tiada LH surge.

Dinasihatkan untuk menunggu 3 hari selepas tamat penggunaan ubat itu. Sebagai contoh, jika tablet Clomid diambil pada hari ke 3 hingga ke 7, maka ujian OPK haruslah dibuat pada hari ke 10.

Jika wanita itu menggunakan suntikan penyubur seperti Pergonal, Humegon atau Repronex, haruslah bertanyakan kepada doctor dahulu. Dibimbangi ia akan memberikan keputusan false positif juga kerana ianya mengandungi hormone campurnan LH dan FSH.

Bagi ubat suntikan penyubur seperti Gonal-F, Follistim dan Fertinex, ia mengandungi hormone FSH saja, jadi ia tidak menjejaskan ujian OPK itu.

Bagi wanita yang Allah s.w.t uji dengan kepayahan untuk hamil, saya nasihatkan agar puan-puan banyak bersabar. Lakukan banyak sedekah dan banyak berdoa. Jika segala usaha telah puan lakukan, insya Allah puan akan diberikan yang terbaik, sama ada doa puan dimakbulkan Allah atau Allah memberikan puan sesuatu yang lebih baik di akhirat nanti.

Selalunya ia mengambil beberapa kitaran haids untuk puan-puan berusaha mengenalpasti waktu subur dan akhirnya hamil. Kebarangkalian untuk hamil bagi setiap kitaran haids  bergantung kepada umur wanita itu.

Jika puan berumur antara 20-25 tahun, kebarangkalian untuk hamil pada setiap kitaran haids adalah 25%. Semakin umur meningkat, semakin merosotlah kebarangkalian itu. Pada umur 25-30 tahun kebarangkalian untuk hamil ialah 20%. Pada umur 30-35 merosot kepada 15%. Selepas 35 tahun merosot sebanyak 10% bagi setiap kitaran haids, dan ianya semakin merosot.

Ini bermakana untuk mendapat kebarangkalian untuk hamil, jika puan berumur dalam lingkungan 30an, puan perlu berusaha sebanyak 6 atau 7 kitaran. Jika selepas setahun, puan masih tidak berjaya untuk hamil, saya nasihatkan agar puan berjumpa dengan pakar sakit puan dan perbidanan yang mahir dalam bidang kesuburan wanita.

Namun bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, jika melihat pada pengiraan kebarangkalian 10%, memerlukan sekurang-kurangnya 10 kitaran haids, (10% X 10 kitaran haid = 100% ), namun saya mencadangkan puan segera pergi berjumpa pakar jika gagal hamil dalam masa 6 bulan.

Ini kerana kebarangkalian puan untuk hamil sangat rendah, dan jika hamil pula, kebarangkalian untuk gugur (miscarriage) sangat tinngi. Jadi jangan buang masa.

Semoga dapat membantu.

 

Wallahu a’lam.

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

39 comments

  1. Assalamualaikum

    Doktor, saya ingin bertanya, boleh kah ibu hamil mengambil ubat asma (ventolin inhaler). Saya ada asma, walau bagaimanapun tidak kerap mengalaminya. Saya mudah terkena sekiranya terdedah dengan persekitaran yang berdebu dan terlampau sejuk. Apakah pandangan Doktor? Terima kasih.

  2. Assalamualaikum,

    Doktor, kandungan saya sudah masuk 4 bulan.

  3. Salam,

    Doc, sy berumur 26 tahun dan belum dkurniakan zuriat lagi. Sy dtg bln 3 atau 4 bulan skali sejak sy remaja.. br2 ni sy ada pergi klinik n doc cadangkan sy mkn ubt polgyluton. slps hbs mkn ubat 2 sy period n drh kuar terlampau banyak. setiap sejam sy perlu ganti pad jenis overnigt. hari ni hari yang ke 6 sy period. drh tetap juga kuar dengan banyak.Adakah ubt polgyluton sesuai untuk melancarkan kitaran haid sy yang tidak teratur ni?sebab sy merancang untuk hamil..

  4. salam doc,saya masih menunggu cahaya ke2.anak sulong usia 4thun,saya baru beli OPK dan ingin mencuba,cuma ingin kepastian.jika haid saya bulan lepas 9hb dan dtg semula pada bulan berikutnya 12hb dan panjangnya dlm 34hr.adakah saya perlu mencuba OPK pada hari ke 17?

  5. Dr. Saya nak bertanya. Saya berumur 26 tahun. Saya telah berkahwin 7 bulan. Sejak kahwin period saya sering lambat dalam 5-7hari lewat. Tetapi pada 29/7/11 yang lalu saya telah period. Kemudian pada 18/8/11 saya period lagi. Tetapi pada permulaan period ianya keluar sikit-sikit…tetapi bermula hari ke 4 ia keluar banyak. sehingga hari ini ia seperti belum ada tanda-tanda ingin berhenti.perut saya terasa sakit macam senggugut bermula hari ke 5 hingga hari ini juga. Mohon mendapat pandangan dr. TQ

  6. Assalamualaikum dr.
    Kitaran saya biasanya 28 hari..
    boleh saya tahu adakah ovulasi akan terjadi pada hari ke 21 @ 22? iaitu selain dari 13,14&15..
    Kerana saya ada mengambil suhu badan asas menunjukkan suhu asas sgt tinggi pd hari ke 22?
    mohon penjelasan dr..saya dah buntu.

  7. Assalamualaikum Dr..
    Kitaran haid saya tidak tetap, tapi secara puratanya 32 hari..pada 02/09/11 yang lalu saya telah period tapi haid saya sedikit dan yang keluar cuma warna coklat..yang merunsingkan saya Dr..pada 14/09/11 lalu saya period lagi sekali dan kali ni ia keluar mcm kebiasaan period saya.adakah 1st period saya iaitu pd 02/09/11 itu dikira period?saya ingin membuat ujian OPK, adakah saya perlu mengira dari tarikh 02/09 atau 14/09??
    Mohon pendapat Dr..

  8. Assalamualaikum Dr,
    Saya berumur 28tahun. Saya sebenarnya telah mengalami keguguran(1st pregnancy) pada April2011 yang lalu. Ramai orang mengatakan selepas cuci, pasangan akan mudah hamil semula. Persoalannya, sekarang telah hampir 6 bulan selepas keguguran dan saya masih belum mempunyai tanda2 hamil.Sebelum ini, kitar haid sy tidak teratur..namun selepas keguguran, saya dapati kitar haid sy seragam. Tapi saya runsing memikirkan rasa sakit yang saya alami di kawasan bawah pusat. Adakah sy ada mengalami kesan selepas keguguran tersebut? Bagaimana sy nk membuat pemeriksaan PapSmear dan bila waktu yg sesuai? Adakah ini penting?Saya betul2 mengharapkan kehamilan sebelum usia sy 30tahun.Saya mohon pandangan serta nasihat dari Dr berkenaan masalah saya.

  9. Salam Dr.

    Boleh tak sy nak dapatkan info2 Ovulation Predictor Kits di atas dalam bentuk PDF? sy nk baca & simpan untuk rujukan.

  10. salam, doktor saya sudah setahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata lagi. sudah macam2 ubat saya gunakan. urutan tradisional pun sudah. tapi saya ada satu masalah apabila datang haid saya akan mengalami sengugut. adakah itu salah satu faktor yang membuatkan saya susah hamil. bolehkah saya ambil ubat kesuburan.

  11. Assalamualaikum…
    saya sudah berkahwin selama 1 thun 3 bulan tapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata…sekarang umur saya 22 tahun suami 24 thn…selepas kahwin haid saya tak tetap dan keluar sedikit…lagi satu berat badan saya naik mendadak…saya takut ssaya tidak boleh hamil…kerana saya terlalu inginkan cahaya mata…bantu saya dalam menyelesaikan masalah saya…

  12. salam dr.

    saya cuma nk kepastian bila jatuhnya masa subur saya. pada bulan nov period saya jatuh pada 16/11 hingga 22/11, december tiada haid, setelah mbuat UPT, negative. tetapi dtang haid semula pada 9/1. haid saya tidak teratur..saya perlu tahu masa subur saya. kerana saya dan suami dalam proses untuk mdapatkan zuriat. tolong saya dr. terima kasih

  13. Salam dr,

    Saya berusia 26 thn dan sudah hampir 8 bulan mendirikan rumah tangga, masalahnya saya masih belum hamil.
    Selepas kahwin, saya dapati kitaran haid saya tidak teratur. Saya pernah merujuk masalah ini ke pakar sakit puan & telah mendapat nasihat supaya menurunkan berat badan. Soalan saya, adakah kehamilan akan terganggu ketika dalam proses diet?

  14. Salam Dr.

    Saya cuma nak kepastian bila jatuhnya masa subur saya. Last period 5-10-2011 hingga 11-10-11, November & December tiada haid tapi saya tidak mengandung. Baru2 ni saya datang haid pada 12-1-12 setelah diberi ubat oleh Dr kerna belum datang haid. Boleh tak Dr tolong saya kira bila waktu subur saya? kerna kami nak sangat anak.. Terima Kasih Dr.

    • Salam, apakata Puan mencuba alat OPK seperti yang disarankan Dr Zubaidi di dalam artikel di atas. Semoga ia membantu menentukan waktu subur Puan dengan lebih tepat. -ADMIN-

  15. doktor, saya baru mengalami keguguran 6 hari yang lepas.saya tidak dapat menyatakan usia kandungan kerana doktor menyatakan ia masih terlalu awal (yang pasti kurang sebulan-berdasarkan haid yang terakhir) saya ingin tahu, apakah rawatan dan penjagaan bagi saya?kerana saya tidak diberikan apa-apa ubat selepas mendapatkan rawatan di hospital.

  16. SALAM DR,

    Saya nak taya bolehka menggunakan sebarang pelincir untuk membantu kemasukan zakar semasa berjimak? Adakah ianya menghalang dari berlakunya kehamilan?

  17. Rosni Ahmad Said

    salam Dr…

    saya puan ros,,saya memang inginkan kehadiran anak kedua.Anak pertama sy sdh berumur 11 thn.sya jg tidak pernah mengalami keguguran.tapi masalah sya ialah period saya tidak teratur,kadang 1 tahun 2 kali sahaja…sya pun x tahu bila waktu subur saya.bagaimana caranya untuk saya normalkan kitaran haid saya?sekian terima kasih..

  18. slm.sy nk tye..sy dh khwn 3 thn,tp lum dikurniakn ank.period sy teratur.x senggugut.mslhnye,sy tiada keinginan utk bersama suami.bl bersama,sy tiada cecair.ini meyebabkn sy sakit bl bersama.adakah sy mengalami masalah hormon?

  19. salam dr,
    saya nk tanya berapa harga alat OPK 2?
    Harap dapat reply….tq

  20. Assalamualaikum dr zubaidi,
    Sy tlh mengambil pil clomid dos kecil bmula hari ke 2 hingga ke 6 period..Dan tlh membuat ujian kesuburan(darah) hari yg ke 21..adakah ia(clomid) mmpengaruhi keputusan ujian darah sy doctor?keputusannya 55.0ng/ml..terima kasih doc.

  21. Salam Dr..sy berusia 25 tahun dah setahun berkahwin namun sampai sekarang belum lagi di kurniakan cahaya mata..masalah sy adalah kitaran haid tidak teratur iaitu dalam tempoh sebulan peroid sy akan datang 2x dimana awal bulan & hujung bulan..namun sejak awal tahun 2012 peroid sy akan keluar sedikit dalam tempoh 3/4 hari sudah habis..hnya pantiliner sahaja sy gunakan.Sy nak tnya apa pendapat Dr tentang masalah sy ini..kerana sy & suami ingin zuriat..terima kasih Dr..

  22. assalam doc, sy nak tya, dulu period sy tidak teratur kadang2 4 bulan 1 kali. lps doc berikan ubat clomid period dtg pd 5hb pd bulan ke2 tiba2 period sy dtg pd 3hb semasa saya bersetubuh saya dapati darah haid keluar..ade effect ke?

  23. Assalamualaikum….Dr.
    Sy Puan Sue dan telah pun berkahwin hampir 2 tahun dan mempunyai anak 11 bulan, sy mempunyai period tetap setelah pantang tetapi setelah anak berusia 8 bulan period semakin lewat dan tidak tetap malah sy period datang pada setiap awal sebelum nie period datang ujung bulan dan period sy hanya 4-5 hari sahaja,jadi bilakah waktu subur sy untuk bersama dengan suami ? Sy fully breastfeeding pada anak sy dan adakah dengan breastfeeding menyukarkan sy untuk mengandung sedangkan kawan sy fully breastfeeding telah pun mengandung 2 bulan.Diharap Dr. dapat membantu sy dalam masalah ini.Assalamualaikum…

  24. assalam doktor,
    sya dh bekawin slama 3 thn, pernah mengandung ektopik 2 thn lpas..slpas itu belum dikurnia rezeki. baru2 ini sya dh mencuba opk slama 5hari tp tdk mndpt keputusan +. period sya teratur setiap bulan, purata cycle dlm 30 hr.adakah sya harus mencuba sehgga 7hr?

  25. assalamualaikum doctor.
    saya mengalami masalah segugut yang teruk pada hari pertama sehingga hari ketiga..kadang2 sampai satu tahap saya perlu ditahan di hospital.adakah ini akan menyebabkan saya untuk sukar hamil.?

  26. Assalamualaikum doktor…saya baru mendirikan rumah tangga…jika saya inginkan kehamilan cepat,dan haid saya memang datang tiap2bulan cuma kitarannya 36-40hari…adakah saya subur?bagaimana saya ingin mengira waktu subur saya?

  27. Assalamualaikum…doc..
    Saya berumur 33 tahun dan dikurniakan seorang anak yg kini berusia 6 tahun (Jan,2007).Utk pengetahuan doc, saya melahirkan anak melalui pembedahan dan pernah mengambil pil perancang selama setahun. Sepanjang tempoh pengambilan pil perancang, sy tidak datang haid dan saya telah berhenti selama 5 tahun.Selepas itu haid saya kembali normal.Sy ingin menimang cahaya mata lagi tapi…sampai sekarang masih lagi tiada tanda-tanda kehamilan.saya pernah mengambil ubat kesuburan di klinik tadi masih belum berjaya.sy ingin bertanya doc …adakah keadaan ini disebabkan kesan dari pengambilan pil perancang atau masalah kesuburan saya?Apakah yang perlu saya lakukan?Terima Kasih doktor.

    • Assalamualaikum…doc.. Saya berumur 33 tahun dan dikurniakan seorang anak yg kini berusia 6 tahun (Jan,2007).Utk pengetahuan doc, saya melahirkan anak melalui pembedahan dan pernah mengambil pil perancang selama setahun. Sepanjang tempoh pengambilan pil perancang, sy tidak datang haid dan saya telah berhenti selama 5 tahun.Selepas itu haid saya kembali normal.Sy ingin menimang cahaya mata lagi tapi…sampai sekarang masih lagi tiada tanda-tanda kehamilan.saya pernah mengambil ubat kesuburan di klinik tadi masih belum berjaya.sy ingin bertanya doc …adakah keadaan ini disebabkan kesan dari pengambilan pil perancang atau masalah kesuburan saya?Apakah yang perlu saya lakukan?Terima Kasih doktor.

      Wa alaikum mus salam. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengambil pil perancang yg puan gunakan telah mengganggu kesuburan puan. Semakin lama puan mengambilnya semakin sukar untuk merawat dan mengembalikan kitaran haids semula. Puan masih ada peluang untuk merawat masalah ini.

      Boleh saya tahu tinggi dan berat puan, serta hari pertama haids puan dari Jun 2012 hingga sekarang ke drzubaidiahmad@gmail.com

  28. doc saya ingan bertanya bagaimana sekiranya kitaran period isteri tidak menentu, kadang-kadang kitarannya 5bulan sekali, kadang-kadang sebulan sekali. bagaimana saya hendak menentukan bila waktu kesuburan

    • “doc saya ingan bertanya bagaimana sekiranya kitaran period isteri tidak menentu, kadang-kadang kitarannya 5bulan sekali, kadang-kadang sebulan sekali. bagaimana saya hendak menentukan bila waktu kesuburan”

      Dr Zubaidi Hj Ahmad: Bagi wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu, OPK tidak boleh digunakan, kerana wanita itu sendiri berada dalam keadaan tidak subur. Jadi agak mustahil dapat mengukur kesuburan seseorang yang tidak subur, menggunakan OPK. Cara terbaik untuk masalah ketidaksuburan (sukar mendapat anak) ialah pemeriksaan hormon di mana-mana klinik kesuburan. Selalunya doktor kan memberikan ubat hormon untuk membantu membaiki kitaran haid puan, namun pengambilan pil hormon terlalu banyak boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak baik. Namun saya mencadangkan isteri saudara menggunakan Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) keluaran UTM untuk membantu wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu. Apabila kitaran haid isteri saudara mulai teratur, maka kesuburannya akan kembali.

Leave a Reply to HanaCancel reply

error: Content is protected !!