Sebelum ini, saya tidak ada masalah memberikan Paracetamol (PCM) pada pesakit-pesakit saya. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, Paracetamol menjadi ubat untuk menghilangkan demam. Ianya menepati sunnatullah. Namun baru-baru ini saya mendapat pertanyaan dari seorang rakan mengenai penggunaanya pada ibu yang hamil. Ianya berikutan dengan laporan media yang memetik satu kajian ringkas yang tidak teliti di siarkan dalam sebuah Journal Perubatan luar negeri. Dalam Journal Perubatan Thorax, kajian itu mengaitkan wanita hamil yang penggunaan paracetamol di akhir kehamilan dengan masalah pernafasan berbunyi (wheezing) pada kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke bawah. Sila rujuk : Paracetamol use in pregnancy and wheezing in early childhood; …
Read More »Kehamilan
Kesakitan Abdomen Semasa Hamil
“Segala puji bagi Allah yang memberikan kesakitan dan yang menyembuhkan. Sesungguhnya setiap kita akan diuji untuk melihat siapa di antara kita yang lebih baik amalannya” Saya mulakan artikel kali ini dengan satu pertanyaan dari seorang ibu yang kerungsingan. “Tuan Doktor, sekarang saya mengandung 30 minggu anak kedua. Anak pertama sudah 4 tahun dan lahir secara pembedahan caeseran. Kenapa saya merasa sakit di pangkal perut bawah seolah terasa bayi yang di kandung berada di bawah tu? Saya merasakan sakit perut itu seharian dan saya merasa tidak selesa. Saya sudah berjumpa doktor dan telah menjalani ujian scan untuk bayi saya. Doktor …
Read More »ASHERMAN’S SYNDROME: Lekatan Dinding Rahim
Lekatan dinding rahim Saya masih ingat bagaimana resahnya seorang ibu muda yang baru mempunyai seorang anak. Oleh kerana dia tidak bersedia untuk menerima ‘rezeki’ kedua, maka kandungan kehamilannya digugurkan beberapa bulan yang lalu. Apa yang merungsingkan beliau ialah walaupun setelah 3 bulan menjalankan proses pengguguran itu dengan menggunakan teknik D&C, dia masih lagi merasakan sakit di bahagian ari-ari (suprapubic) dan haidnya tidak menentu. Dan yang lebih merunsingkan lagi, setelah mendengar kata-kata dari rakan-rakannya, dia sering bertanya “mampukah dia mengandung semula selepas ini?” Berlainan pula dengan seorang lagi wanita muda yang mempunyai tiga orang anak. Masalahnya bermula setelah anaknya yang terakhir …
Read More »Bahaya Berurut pada Abdomen ketika Hamil
Suatu hari saya diterpa oleh pertanyaan di chatting room ruangan FB “doctor, bagaimana hendak membetulkan keadaan bayi yang songsang?” Saya kecewa, dengan sikap saling menghormati di kalangan kita nampaknya semakin menipis. Apa salahnya berikan salam dahulu, bertanyakan sama ada saya sibuk atau tidak sebelum mengajukan soalan. Menjawab soalan-soalan di FB adalah sebahagian kerja amal yang saya lakukan percuma, kadang kala terpaksa mengorbankan masa untuk berehat sebentar apabila tiada pesakit yang perlukan rawatan. Maka saya amat berbesar hati apabila rakan FB yang bertanyakan soalan, menghormati masa yang saya korban itu dengan mengajukan soalan dengan penuh kesantunan. Songsang tidak bermakna …
Read More »Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA
”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ” “Saya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan virus Rubella. Adakah saya perlu menggugurkan anak saya untuk mengelakkan komplikasi?” Banyak kekeliruan berkenaan dengan jangkitan virus Rubella dan ramai yang bertanya, perlukah mereka mengambil suntikan itu semula kerana mereka tidak mengingati sama ada mereka pernah disuntik vaksin itu atau belum. Di Malaysia imunisasi untuk Rubella …
Read More »Kesan Sampingan Ponstan
KESAN PONSTAN PADA PERUT DAN USUS (Gastrointestinal) Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal. Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko …
Read More »