Suatu hari saya diterpa oleh pertanyaan di chatting room ruangan FB “doctor, bagaimana hendak membetulkan keadaan bayi yang songsang?”
Saya kecewa, dengan sikap saling menghormati di kalangan kita nampaknya semakin menipis. Apa salahnya berikan salam dahulu, bertanyakan sama ada saya sibuk atau tidak sebelum mengajukan soalan.
Menjawab soalan-soalan di FB adalah sebahagian kerja amal yang saya lakukan percuma, kadang kala terpaksa mengorbankan masa untuk berehat sebentar apabila tiada pesakit yang perlukan rawatan. Maka saya amat berbesar hati apabila rakan FB yang bertanyakan soalan, menghormati masa yang saya korban itu dengan mengajukan soalan dengan penuh kesantunan.
Songsang tidak bermakna situasi bahaya
Selepas menulis perkataan salam, saya bertanya ”puan sudah hamil berapa bulan? Bagaimana puan tahu anak puan songsang?”
Dengan cepat dia menerangkan bahawa bukan dirinya yang hamil sebab dia masih bujang tetapi kawannya yang berbadan dua.
Saya mengurut dada, semoga Allah memberikan kesabaran. Adakah pertanyaan ini adalah “pertanyaan menyibuk hal orang” agar dapat digossipkan ketika minum petang di kedai kopi?
Menjawab soalan tentang medical bukannya seperti menjawab soalan di kedai kopi. Segala perkataan dan kata-kata saya mungkin akan di’quote’ olehnya.
”Kawan saya kata dia hamil 20 minggu. Bila dia pergi jumpa bidan, bidan kata bayi dalam kandungannya songsang”
Saya memang ”kagum” sangat kebolehan bidan-bidan kampung yang boleh mengesan bayi dalam kandungan tanpa menggunakan mesin ultrasound. Saya yang diajar menyambut kelahiran semasa di universiti dan menguruskan pemeriksaan ibu-ibu hamil setiap bulan masih lagi memerlukan teknologi moden untuk mengesan kedudukan bayi dalam kandungan.
”Bidan pun dah mengurut untuk betulkan kedudukan bayi” dia menambah.
Mata saya terbeliak mendengarkannya. Risiko mengurut untuk wanita hamil sangat tinggi, terutama apabila perut (abdomen) diurut. Walau apa juga alasan pengurutan itu, sama ada untuk ”menyengkak rahem” (saya pun tak tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan itu) atau memusing kedudukan bayi tanpa kemahiran yang cukup akan memberikan kesan sampingan yang sangat bahaya.
Bukan menguli roti canai
Saya tidak menentang peranan yang dimainkan oleh bidan kampung. Namun kebanyakan bidan kampung yang saya maksudkan sebagai memberikan mudarat ialah bidan yang tidak bertauliah dari mana-mana institusi kesihatan atau perubatan.
Mereka mendapat latihan dari pengalaman atau pengetahuan yang diajar dari mulut ke mulut atau dengan kaedah ”cuba dan jaya” . Kalau berjaya, ibu dan bayi itu bernasib baiklah, kalau tidak berjaya atau mengalami masalah, maka takdir yang disalahkan.
Mengurut perut ketika hamil tentulah tidak sama dengan mengurut perut selepas melahirkan bayi. Setiap tekanan (pressure) atau pusingan (rotation) yang diberikan pada abdomen akan memberikan kesan pada bayi.
Jika terlalu kuat tekanan pada abdomen, maka tekanan itu juga akan dirasakan oleh bayi. Apa yang perlu kita ketahui ialah bayi mempunyai organ dalaman yang lembut. Hati, hempedu, jantung dan paru-paru mereka tidak matang dari segi anatomi dan fisiologikalnya. Organ-organ itu terlalu lembut. Malah tempurung kepala (skull) juga sangat lembut kerana ianya belum lagi bertaut (fused). Tekanan yang kuat akan menyebabkan kecederaan dalaman pada organ tersebut.
Tali pusat tersimpul
Bayi dalam kandungan bukannya ibarat ikan dalam kolam yang bebas bergerak tanpa penghubung. Bayi itu disambungkan kepada fizikal ibunya melalui tali pusat atau tali uri (umbilical cord).
Tali pusat inilah yang membekallan oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan itu daripada ibunya. Apabila tali pusat tersimpul akibat pergerakan bayi ke atas dan ke bawah, ke kanan dan ke kiri, oksigen dan nutrien tidak sampai ke pada bayi.
Oksigen adalah unsur yang amat diperlukan. Tanpa oksigen, otak bayi akan mati dengan serta merta. Akibatnya bayi dalam kandungan boleh meninggal dunia.
Urutan yang cuba mengubah kedudukan bayi selalunya menyebabkan tali pusat tersimpul tanpa disedari. Bagaimanakah bidan boleh yakin urutan ke atas abomen wanita yang hamil, tidak akan menyebabkan tali urinya tersimpul?
Tanda yang menunjukkan bayi dalam kandungan itu sihat ialah apabila ibu merasa pergerakan bayi itu. Tanpa pergerakan sepanjang hari, bermakna bayi di dalam kandungan sedang dalam keadaan bahaya, nyawanya telah terancam dan kemungkinan bayi itu mati jika tidak dibantu.
External Cephalic Version
Dalam perubatan moden, doktor perbidanan kadangkala cuba melakukan teknik mengubah kedudukan bayi dalam kandungan itu agar ianya tidak dilahirkan songsang. Namun ianya amat berbeza dengan cara yang dilakukan oleh bidan yang tidak mempunyai kemahiran.
Kaedah ini dinamakan sebagai external cephalic version dan ia mempunyai kejayaan sebanyak 40-70% bergantung kepada kepakaran dan pengalaman doktor itu. Kajian mendapati teknik ini haruslah dilakukan pada usia kandungan 36 minggu, barulah kejayaan akan tercapai. Apa yang dimaksudkan dengan kejayaan ialah, kedudukan bayi yang songsang dikesan melalui imbasan CT Scan, akhirnya dilahirkan dengan prentasi normal (kepala dahulu).
Teknik ini tidak akan berjaya jika dilakukan kurang pada 36 minggu. Namun apa yang penting ilah bayi dalam kandungan ini di’monitor’ pergerakan dan degupan jantungnya, kerana risiko yang disebutkan di atas tetap ada. Keadaan bayi dapat dipastikan selamat sepanjang 24 jam dengan monitor beberapa kali menggunakan beberapa cara, sebelum dipastikan bayi dalam kandungan selamat dan dibenarkan pulang.
Bayi mati dalam kandungan
Apa yang saya cuba tekankan, hanya dengan bantuan imbasan Ultrasound sahaja, dapat membantu doktor melihat pergerakan bayi dan degupan jantung bayi bagi memastikan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan selamat dan sihat. (Degupan jantung yang normal bagi bayi dalam kandungan ialah antara 110-160 degupan perminit).
Amat menyedihkan apabila pesakit datang ke hospital atau pusat kesihatan, mengadu dia tidak merasakan pergerakan bayi dalam kandungan selama beberapa hari. Apabila dilakukan imbasan ultrasound, tiada pergerakan bayi dan degupan jantung sudah tiada.
Kematian bayi dalam kandungan amat tragik. Apabila telah timbul cahaya pengharapan di hati sepasang suami isteri untuk menerima tanggungjawab sebagai ibubapa, menunggu kehadiran orang baru dari hari ke hari, namun tiba-tiba mendapat berita buruk bahawa bayi itu telah meninggal dunia. Kelahiran bayi yang telah meninggal dunia semestinya diiringi dengan perasaan sedih oleh ibubapa, apabila melihat jasad bayi dilahirkan ke dunia namunnya rohnya dihantar terus ke alam yang lebih kekal.
Seeloknya sesuatu tindakan yang boleh mengancam nyawa bayi tidak dipandang ringan oleh ibubapa. Perbuatan mengurut bayi dengan tujuan untuk membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan oleh orang yang tidak berkemahiran dan berkelayakan adalah suatu tindakan kecuaian, bukan saja pihak yang mengurut harus disalahkan, namun pihak yang menyerahkan diri mahu diurut juga harus bertanggungjawab.
Kesimpulannya, jangan terlalu mudah untuk mendengar nasihat dari sesiapa saja. Saya bimbang percubaan kita untuk mengubah posisi bayi dalam kandungan agar dapat dilahirkan dengan mudah menjadi satu peristiwa yang amat tragis.
very good info doc.. & tqvm.. hanya tuhan yg boleh membalas jasa baik doc dlm syer semua ilmi ini…
terima kasih atas sokongan. Tak sia2 saya menulis berjam2 untuk menyiapkan satu artikel.
salam doctor,
sy hamil anak pertama dan usia kandungan br mencecah 9 minggu.info yg doctr berikan sgt berguna.setiap mlm suami sy akn menyapu minyak angin/pns diperut sy.sebab boleh dikatakan setiap hari sy skt perut/ulu hati.bolehkah ini memberi terhadap kandungan bayi sy?
assalamualaikum doktor..
maaf sy nak bertanya ckit
skrg ni sy hamil 34 mggu anak ke 5.
scan 31 mggu bb sy songsang
check up 33 mggu nurse kkt kepala bb mmg kat bwh tp msh longgar & mungkin bleh pusing lg.
nurse kt perut sy besar tp bl ukur sama dgn tempoh hamil dan masih byk ruang lg utk bb bgerak.
nurse kata nak tgk blk 36 mggu nanti samada kepala bb kat bwh @ tidak. klau tidak perlu refer hospital.kemudian sy rasa sakit di bhgn bawah dekat dekat tulang tundun.rasa sakit teramat sangat bila sy nak gerak kaki @ melangkah.rasa mcm nak nangis sbb sakit sangat.kenapa yer doktor sy rasa sakit mcm tu.sedangkan bila scan doktor kata sumernya ok.kat ofis bila dah duduk pastu nak bangun seksa rasanya.sya harap doktor dpt bg ckit penjelasan.
terima kasih atas jasa baik doktor & hanya Allah yg dpt balas..
terima kasih byk2 doc diatas perkongsian ilmu tersebut..
salam dok… isteri saya hmil dan ank dlm kandungn melintang…adakah proses ECV tu memang dlm prosedur hospital?
salam dok… isteri saya hmil dan ank dlm kandungn melintang…adakah proses ECV tu memang dlm prosedur hospital?
Dr Zubaidi: Boleh dilakukan oleh doktor di hospital (bukan bidan di rumah) kerana emerlukan alat-alat untuk memantau bayi dalam rahem setelah prosedur itu. Tetapi jarang dilakukan lagi.
Assalamualaikum Dr,
Saya ingin bertanya beberapa soalan….itu pun kiranya tidak menganggu tugas Dr…
Saya hamil anak ketiga. Sekarang ni usia kandungan 34 minggu. Sebelum ni melalui pemeriksaan di klinik kesihatan, kedudukan bayi berada di bawah. semalam selepas scan Dr yg merawat memaklumkan kepala dan uri terletak diatas. Kelahiran sebelum ni adalah normal.
Saya juga mempunyai darah tinggi setiap kali hamil dan akan hilang selepas melahirkan bayi..setakat ni saya bacaan BHP saya 130/80.saya juga dibekalkan ubat..Aldomet 3 biji sehari + Aspirin suku sehari. Bolehkan saya melahirkan bayi saya secara normal..
Terima Kasih Dr.
Salam, adakah anak-anak yang lain juga dibedah atau lahir secara normal?
Dr, anak-anak yang sebelum nya lahir normal.
salam doktor,
saya telah mlakukan ct scan kerana cyst ovari pd awl feberuari 2010 dan ketika itu sya dlm haid, dan saya telah disahkan mgandung kira2 seminggu kemudian. soalan saya : saya risau keran jarak ct scan n mgandung x agak rapat dan adakah ct scan itu meberi kesan kepada bayi dlm kandungan?
terima kasih..
Askum Dr yang dihormati
Terima kasih atas maklumat berguna ini.
Saya ingin bertanya sekarang saya berada di awal trimester kedua. Suami saya seorang doktor (MO). Saya ingin bertanya jika saya boleh mengurut menghilangkan stress badan SELAIN dari abdomen i.e belakang, leher, kaki di spa?
Terima kasih.
Salam, kalau puan mengandung, berurut di bahagian yang lain tidak menjadi masalah.
Asssalamualaikum
dan Salam Sejahtera Tuan Doktor,
Saya beruur 31 tahun dan baru mengandung kandungan pertama selama 10 minggu dan sedang mengalami sindrom loya, muntah yang kerap dan sukar untuk makan. Kekerapan muntah dalam sehari antara 5 hingga 7 kali di awal kandungan dan kini 3 hingga 5 kali dalam sehari. Oleh kerana itu, saya kerap lesu, walaupun jika mampu saya cuba untuk menunaikan ibada puasa di bulan Ramadhan. Saya tidak pasti adakah kerana muntah saya yang kerap menyebabkan bahagian kanan (bawah) perut saya berasa senak. Sebelum ni saya pernah berkunjung ke klinik keluarga dan diberikan ubat tahan muntah dan ubat gastrik, namun muntah tetap berlaku.
Kini saya hanya makan sup kosong (tanpa rencah) yang mengandungi sayur-sayuran (carrot, cauliflower, broccoli dan cendawan tiram)yang ditambah sedikit minyak zaitun dan hotdog rebus manakala untuk minuman saya mengambil susu nestle nutren optimum, memandangkan susu lain tidak diterima oleh badan saya. Soalan saya, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan kesakitan di bahagian bawah perut kanan saya dan ingin meminta nasihat doktor mengenai pemakanan saya seperti yang dinyatakan tadi. Terima kasih di atas nasihat Doktor.
Wassalam.
Puan mengalami hyperemesis gravidarum. Jika puan tidak mampu untuk makan langsung, mungkin puan memerlukan IV drip. Vit B compleks membantu mengurangkan loya dan muntah. Tentang pemakanan, makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap. Ketika sedang munth dan loya, jauhkan dulu susu. Insya Allah.
salam dr.,
Saya baru saja melakukan D&C 2hari sebelum raya tempoh hari, waktu itu kandungan berusia 6mggu lebih… yang merungsingkan saya darah yang keluar makan masa hampir sebulan sedangkan semasa kandungan yang petama saya penah keguguran dan darah yang keluar hanyala sekejap sahaja. selepas 3minggu saya ada membuat check-up balik tetapi dengan dr. yang lain, semasa membuat scan terdapat semacam ketulan dibahagian rahim dan dr. itu menyatakan ada darah beku yang tidak keluar abis. then die beri tempoh untuk datang semula check-up n scan sayangnya masih ada lagi ketulan ditempat yang sama walaupun sudah tiada darah yang keluar.tetapi saya mengalami kesakitan di bahagian tersebut seolah-olah macam period pain yang kuat, dan kadang2 terasa berdenyut2 di bahagian tersebut. apakah yang patot saya lakukan dr.? dan adakah kemungkinan semasa melakukakan D&C itu tidak sempurna dan ada yang tertinggal? bolehkah selepas ini saya mengandung lagi dr.?
Saya masih dalam keraguan, sama ada puan berjumpa dgn pakar O&G atau GP semasa melakukan ujian ultrasound? Ini kerana mesin USG yang digunakan oleh specialist lebih baik bagi mengesan rahem puan, yang saya kira jika ada saki baki janin atau darah, ianya terlalu kecil. Berjumpalah dgn hanya seorang pakar O&G secara berulang2, ini membantu dia ‘keep the progress’.. kalau dia kurang arif, minta diarujukkan ke doktor yg lebih arif atau institusi yang lebih baik. (Mintalah dgn baik, s ego doktor ni kadang kala tinggi)
salam dr… trima kasih atas info yg diberikan krn sblm ini tidak terfikir akan bahaya mengurut abdomen ketika hamil. Ketika ini saya hamil anak keempat, kandungan baru 6 minggu suami ada menyatakan supaya berurut,tapi selepas saya membaca artikel ini.xperlulah rasanya berbuat demikian kerana baby saya meninggal tahun lepas kerana premature. Ajal di tangan Allah cuma sya rasa terkilan selepas berurut dlm masa seminggu baby dlm kandungan tidak bergerak “sleeping patent” trus oprate takut lemas..malangnya baby saya hanya bertahan selama lapan hari dalam NICU kerana masalah pendarahan dalam sel otak. Adakah ini disebabkan uturan abdomen ketika hamil?
Salam puan. Saya amat bersimpati dengan musibah yang melanda puan. banykkanlah bersabar dan tentu ada hikmahnya. Saya risau tentang berurut ketika hamil terutama apabila diurut oleh bidan kampung yang tidak bertauliah. Mereka hanya berpandukan pengalaman saja, bukan ilmu perubatan yang sahih. ‘Ilmu’ yang mereka miliki berdasarkan pengalaman. Banyak kes seperti puan telah saya lihat.
Berurut semasa hamil terutama ketika bidan kampung cuba ‘mengubah kedudukan bayi’ boleh menyebabkan tali pusat terbelit di leher bayi atau terlipat, menyebabkan nutrient dan oxygen tidak sampai pada bayi… Bayi boleh meninggal dalam rahem. wallahu a’lam.
salam doktor yang saya hormati,
saya sedang hamil anak kedua (32 minggu),doktor mengesahkan saya mengandung melintang (tranverse). Anak pertama berusia 4 tahun dilahirkan secara pembedahan. Berat badan saya juga tidak bertambah sejak 25 minggu, keadaan ini amat merisaukan saya, walaubagaimanapun stelah scan, berat bayi dalam kandungan meningkat secara normal. apakah nasihat doktor?
salam doktor,
maaf andai mengambil masa doktor untuk membaca dan menjawab soalan saya ini.Alhamdulillah kini saya mengandung anak pertama setelah setahun mencuba.Pada usia kandungan saya 10 minggu,saya telah berjumpa doktor untuk membuat ultrasound kerana mengalamai sakit pada bahagian bawah perut.saya ke klinik yg pertama dah disahkan doktor hamil kembar namun gambar tidak dapat dicetak kerana pencetak rosak. oleh kerana terlalu gembira dan ingin menyimpan gambar tersebut, saya ke klinik kedua dan sekali lagi membuat ultrasound. tapi doktor kali ini menyatakan saya single pregnancy. saya mulai risau dan petang itu sekali lagi saya ke hospital pakar untuk membuat ujian ultrasound sekali lagi. setelah disahkan oleh doktor pakar bahawa benar saya hamil kembar, barulah saya berpuas hati. namun bila pulang, ibu memarahi saya kerana terlalu banyak melakukan ujian ultrasound dan itu membahayakan kandungan.adakah benar begitu doktor?
Assalamualaikum,
Terima kasih diatas nasihat doktor berkenaan urutan ketika mengandung.
Diharap doktor dapat meluangkan masa menjawap kemusykilan saya.
Saya sedang mengandung 18 minggu, dan selalu kejang di celah paha dan bahagian pelvik.
Baru-baru ini ibu membawa saya berurut untuk membetulkan
peranakan. Katanya peranakan saya mungkin jatuh kerana saya pernah tergelincir jatuh
ketika minggu ke-6 kehamilan. Setelah urutan,saya didatangi keputihan yang tidak berbau
tetapi pekat. Adakah urutan menyebabkan keputihan? Atau ia tanda-tanda negatif?
Dan adakah adat melenggang perut ketika kandungan 7 bulan selamat?
Terima kasih.
Salam…. Dr,
Boleh saya tahu pada minggu ke berapa kehamilan kita boleh pasti kandungan kembar
salam Dr, minta maaf jika mengganggu dr.saya sekarang sedang mengalami bleeding yang banyak dan doktor telah sahkan kandungan saya gugur.saya diberi masa seminggu untuk menunggu prses darah keluar sendiri sebelum tindakan D&C dilakukan.permasalahannya sekarang dr,sy telah mengalami keguguran 2x,bln mei 2010 buat D&C dan trmasuk kali ini. adakah risiko kepada dinding rahim sy jika sy melakukan proses D&C utk kali ke-2..?saya sangat risau dan runsing dr.
mohon penjelasan dari Dr.sekian.t.kasih.
Assalamualaikum…
Terima kasih sb Doktor sudi kongsi info ni. info ni byak membantu meningkatkan pengetahuan saya dalam ilmu kebidanan ni. semoga Allah memberkati segala ilmu yang dicurahkan disini…..
sekian terima kasih
askum dr..
saya nk bertanya, pada usia kehamilan saya dari 2 bulan sehingga sekarang berusia 5 bulan, saya membuang air terlampau kerap..saya membuat pemeriksaan Dr, air kencing saya tidak dijangkiti air kencing kotor..so apakah sebab saya kerap membuang air..adakah kerana kedudukan baby saya yg rendah..pd usia 6 bulan nanti, sya bercadang untuk menaiki bas bgi perjalanan selama 7 jam..ada akan membahaya kandungan saya? dan bagaimana saya hendak menghadapi perjalanan dengan kekerapan membunag air seperti skrg..
sya mengharapkan dr dapat memberi penjelasan pd masalah sya..tima kasih Dr..
Assalam Dr.,
Saya hendak bertanya, saya sekarang mengandung anak pertama dan usia kandungan mencecah 37 minggu 5 hari…sebelum ini kedudukan bayi saya songsang tetapi telah berjaya dipusing kepada normal oleh doktor pakar di hospital kerajaan..Alhamdulillah saya sangat gembira kerana bayi telah berada pada kedudukan normal dan selamat mengikut pengesahan doktor..Namun dalam gembira saya tetap ada kerisauan sekiranya bayi akan kembali songsang..Dr, adakah kemungkinan bayi boleh songsang kembali pada usia kandungan seperti saya sekarang?
terima kasih Dr.
salam doctor,
saya mengandung 4 1/2 bulan dan mabuk teruk untuk pregnant kali ke3 ini.saya juga telah dikesan mengidap batu dalam hempedu 2 minggu lepas. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya adakah ianya berbahaya utk baby dalam kandungan? saya juga akan melahirkan anak secara operation pada kelahiran ini kerana kedua anak saya sebelum ini lahir secara operation. jangkasama antara seseorang anak adalah 1 tahun 6 bulan sahaja, adakah jahitan operation yang sebelum ini telah sembuh sepenuhnya untuk saya melahirkan anak yang ke3 ini secara operation?
sekian terima kasih.
salam dr…
maaf klau sy m’ganggu dr. saya ingin menanyakan beberapa soalan dengan doktor..saya telah berkahwin selama 2 thun lebih dan selama dalam perkahwinan itu saya x pernah mengandung..baru2 ini saya g berurut di bahagian perut tapi slpas brurut sy buat pemeriksaan melalui prgnt test mndapati result postiv..so mcm mne agaknya dgan kandungan sya slpas ni ye..
tq
Salam dr,
Saya ingin bertanya , kini sy hamil 4 bulan 2 minggu tp saya dapati ada ketulan darah kecil keluar dr faraj.. Mengapa yer? Sedangkan kehamilan sy sdh msk trimester ke2.Dulu di awal kehamilan sewaktu kandungan 2 bulan pendarahan yg sama berlaku tp dlm kuantiti yg lebih byk. Tp alhamdullilah dr cakap itu biase saje. Harap penjelasan
salam doctor..saya ada sedikit kemusykilan berkenaan kandungan saya..sekarang kandungan saya sudah memasuki 36 minggu dan doktor pakar mangesahkan kedudukan anak saya songsang dan beliau menasihati supaya saya menjalani ECP tetapi saya merasa amat takut bila beliau menerangkan risiko2 bila manjalani ECP..pada pendapat doktor haruskah saya menjalani rawatan ini..
Assalamualaikum wrkth,
Dr. Zabidi yang dihormati,
Maaf mengganggu masa dr. Saya ada kemusykilan, saya kini mengandung 28 minggu. Tetapi dari malam tadi, rahim saya mengeras sehingga saya berasa sangat sakit (kalau sujud rasa sakit) sehingga pagi ini. Kalau dia lembut pun, dia akan kembali mengeras tidak lama kemudian. Untuk makluman Dr., saya masih breasfeeding anak pertama saya yang berumur lebih kurang setahun setengah. Tetapi kekerapan amat jarang iaitu dia akan minta waktu tidur sahaja. Sepanjang siang semalam, saya tidak menyusukan dia. Tetapi selepas saya menyusukannya selepas awal malam semalam, saya sangat berasa sakit pada rahim, rasa mengeras, tetapi kandungan masih bergerak hingga sekarang.
Apabila saya cuba sujud, saya berasa urat saya sangat tegang d bahagian ari2 hingga ke ponggong belah kanan (kandungan kedua saya memang gemar berada di sebelah kanan sejak awal kehamilan). Soalan saya: Bolehkah saya urut atau minta khidmat urut di bahagian ari2, peha dan ponggong tersebut? terima kasih atas luangan masa dr. menjawab kemusykilan saya ini.
assalamualaikum dr..
sy sedang hamil ank pertama dn byk perkara yg sy kurang tahu..kini kehamilan sy berusia 18 minggu. sy menghadapi masalah membuang air kecil yang tidak lawas. apakah yang menyebabkn ia terjadi.bagaimana sy boleh mengatasinya?
Assalamualaikum doktor,sy nak tanya berkenaan berat janin saya yg agak kecil pada pemerhatian saya.semasa ujian imbas lalu 24mggu,berat janin saya hanya 432gram shj,tetapi sahabat2 saya yg hamil sama minggu memaklumkan janin mereka antara 500-700gram.Setiap kali ujian imbasan di lakukan,hanya nampak bahagian belakang badan janin walaupun doktor usik-usik perut saya,tetap kelihatan bahagaian yang sama shj.Saya agak risau dgn keadaan berat janin saya ini memandang ini adalah bayi ke5 saya dan anak2 yang lain dilahirkan dengan berat 3kg keatas.Boleh doktor terangkan kenapa boleh jadi begini sedangkan ujian darah untuk tiroid,buah pinggang,kencing(bersih)dan lain telah saya buat dan tiada masalah..tolong lah doktor bantu saya..
Assalamualaikum Doktor….
sy nk bertnya bbrapa soalan dgn doktor ni.sblm tu,trima kasih kerana doktor sudi membaca luahan sy ni.sy hamil 34w dn tlh disahkan ank sy melintang.utk pngetahuan doktor,ini ank ke-4 sy dn perkara sebegini pnh brlaku pd ank ke-2 sy.kedudukan melintang n kesudahannya operate.sy ada terdgr,klu kta pnh mengalami perkara sebegini..x mustahil ia akn berulang.ada org ckp keadaan rahim sy luas ekoran anak ke-3 lahir 4.3kg,jg penyebab kehamilan sy ni melintang.btul ker doktor?apakh faktor2 lain yg menyebabkan keadaan mcm ni berlaku doktor.misalnya pergerakan kita,cara tidur kita,fizikal yg tidak aktif…blh tak doktor terangkan?
terima kasih doktor…n may God bless you:)
Salam Dr. sy skrg hamil 14 mnggu, malangnya semasa usia kandungan sy 10 minggu berlakunya bleeding 1 pad soaked dan suaminya segera membawa sy ke klinik kerajaan brdekatan d sni. setelah doc masukkn drip sy d bawa ke labour room utk d buat acan bg memastikan samada kandungan st treatened abortion atau sebaliknya. setelah d periksa ultrasound 2 org doc yg brtugas telah diagnosedkn sy keguguran krn mereka tidak jumpa heartbeat kndungn sy. stlah speculum duck d masukkn ke faraj sy mereka mengeluarkn seketul darah beku sebesar ibujari kaki dan mereka mengketegorikn CONFIRM COMPLETE ABORTION dan sy d tahan 1 hari d wad. setelah discharge sy d bawa utk berurut selama 3 hari utk memulihkan bdn kembali stlah keguguran. bidan tersebut tlh mwngurut dr hujung rmbut hngga ke hujung kaki sy tanpa sebrang keraguan krn sy tlh berithunya sy keguguran. Alangkah terkejutnya sy sekeluarga apabila sy pergi ke klinik pakar d sini utk mngmbil pil muntah lalu d minta scan oleh doc tersebut lalu menyatakan kpd sy yg baby sy masih ALIVE & hidup lg doc. mengapa kecuaian doc2 sebegni benar2 mengecewakan patient spt berlaku kpd sy. doc pakar d sni mengatakn yg jantung baby sy masih active n progress dia ok hingga ke hari ini. apa yg MENAKUTKAN sy ialah adakah kesan drpd sy mengurut tempohri akan memberi kesan kecacatan pd bayi dlm kndungan sy walaupun secara tidak sengaja berlaku semua ini akibat drpd diagnosa doc2 yg cuai tu tmpohri..? sy risau dan takut dan sering mwnghantui fikiran sy hingga sy x dpt tidur mlm memikirknnya doc..tolonglah beri pandangan segera pd sy doc..wslam..
assalamualaikum..Dr,,,
saya mau bertanya soal kondisi kehamilan istri saya,,sekarang usia hamil istri saya masuk usia 9 bulan,tetapi kondisi si bayi sungsang dan terlilit tali pusar,,apkh di usia hamil 9 bulan itu bole di urut
Salam doktor…
Saya hamil 13minggu, ada satu perkara yg amat merisaukan saya. Masa sy pergi klinik ibu anak, nurse ada beritahu saya jika ada urat timbul di celah peha bahaya waktu bersalin kerana di khuatiri urat tersebut akan pecah. Adakah itu benar?
Dan bagaimana cara untuk mengatasi wujudnya urat timbul itu ya doktor.
Terima kasih doktor…
Salam
“Salam doktor… Saya hamil 13minggu, ada satu perkara yg amat merisaukan saya. Masa sy pergi klinik ibu anak, nurse ada beritahu saya jika ada urat timbul di celah peha bahaya waktu bersalin kerana di khuatiri urat tersebut akan pecah. Adakah itu benar?
Dan bagaimana cara untuk mengatasi wujudnya urat timbul itu ya doktor. Terima kasih doktor…”
Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Saya juga agak terperanjat dengan penerangan yang diberikan oleh nurse itu. Mungkin ada masalah komunikasi. Saya mencadangkan puan mendapat penjelasan lanjut dari doktor yang bertugas. Adakalanya penerangan yang diberikan mengelirukan pesakit.