
Ada pertanyaan dari follower saya mengenai laporan pemeriksaan darah.
Berdasarkan keputusan ujian darah ini, yang paling menonjol adalah:
CA 19-9 = 76.7 U/mL (tinggi; julat normal <37.0 U/mL)
Apa itu CA 19-9?
CA 19-9 (Carbohydrate Antigen 19-9) ialah penanda tumor yang sering dikaitkan dengan:
🖍️ Kanser pankreas (paling biasa)
✅Kanser saluran hempedu
✅Kanser usus atau gastrik
🖍️ Kadangkala meningkat dalam keadaan tidak berkanser seperti:
✅pankreatitis kronik
✅sirosis hati
✅batu hempedu
✅penyakit radang usus
Saya meneliti keputusan darah yang lain:
CA 125, CA 15.3, AFP, CEA: Semua dalam julat normal.
Free T4, RF, VDRL, Hepatitis B Screen: Normal atau non-reaktif.
Jadi puan tak perlu bimbang. Tetapi perlu tindakan susulan segera, jika nilai CA 19-9 ini masih tinggi selepas mengulanginya 4 bulan
Bacaan yang melebihi 2x ganda dari julat atas normal memerlukan siasatan lanjut, terutamanya jika disertai gejala seperti:
✅Penurunan berat badan
✅Jaundis (kuning)
✅Sakit perut atau belakang
✅Perubahan selera makan atau najis berdarah
Oleh itu jika masih tinggi doktor akan mencadangkan ujian imaging: CT scan atau MRI abdomen dan pelvis.
Penanda tumor tidak bermakna puan semestinya mengalami kanser.
Tetapi kenaikan CA 19-9 wajar diambil serius, terutama jika terdapat gejala atau sejarah keluarga kanser atau tahapnya semakin meningkat.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
