AMBIL VITAMIN SEMASA HAMIL MENYEBABKAN SAYA SAKIT KEPALA
Assalamua’laikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya sedang hamil 13 minggu. Kenapa saya mengalami sakit kepala bila makan vitamin yang dibekalkan oleh klinik kesihatan. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih.
WALAIKUMUSALAM
Doktor di klinik dan pusat kesihatan selalunya akan berikan suplemen dalam bentuk pil pada wanita hamil. Selalunya suplemen yang akan diberikan ialah pil multivitamin, pil kalsium dan ada kalanya (terutama di klinik pakar sakit puan dan persalinan swasta) kapsul omega 3. Pil-pil suplemen ini diberikan dalam pelbagai jenama.
Pil-pil ini selamat untuk diambil dan ia dijual di farmasi atau boleh didapati dari pusat kesihatan dan klinik swasta dan kerajaan. Di farmasi is dijual secara over-the-counter atau pembelian tanpa perlu perskripsi.
Tujuan diberikan ialah untuk memastikan ibu hamil cukup vitamin dan nutrisi untuk bayi dalam rahem berkembang dengan lebih sihat.
Tidak dinafikan terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami oleh ibu yang hamil, sama ada disebabkan kesan secara langsung dari pil-pil vitamin yang diberikan atau kesan tidak secara langsung dari kesan kehamilan beliau.
Kesan sampingan yang selalu berlaku ialah rasa loya, muntah dan sakit kepala. Selalunya kesan-kesan sampingan ini tidak serius, kecuali jika ia diambil dengan kadar kuantiti yang terlalu banyak (over dose) yang boleh menyebabkan rasa sakit perut dan sakit kepala yang serius.
Ia selalu berlaku pada seseorang yang sensitive terhadap vitamin, mineral atau apa-apa nutrisi yang diambil. Saya cadangkan minum air secukupnya. Selain itu saya mencadangkan puan berbincang dengan doctor yang merawat tentang masalah ini. Mungkin doctor akan memberikan jenama lain bagi jenis vitamin dan mineral yang sama.
Selain itu puan masih mendapat semua nutisi ini dari makanan yang dimakan.
Semoga bermanfaat.
Bagi mereka yang baru lepas melahirkan anak, saya mencadangkan pengambilan Kacip Fatimah bersama vitamin C dan vitamin E. Ia membantu mengecutkan rahem dan mengelakkan pendarahan yang berpanjangan, menurut petua Ilmu Perubatan Perbidanan Melayu Lama.
Boleh hubungi wakil-wakil kami di seluruh negara.
Klik bendera negeri masing-masing http://needsvenue.com.my/Reseller/
One comment
Pingback: Kenapa Ada Ibu Hamil Mengalami Sakit Kepala Selepas Mengambil Vitamin? - BumBumCak.my