Air Kangen sering dipromosikan sebagai air beralkali (alkaline water) yang dikatakan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.
Ia dihasilkan melalui proses elektrolisis menggunakan mesin khas untuk meningkatkan pH air, menjadikannya lebih alkali dan mengandungi ion hidrogen aktif.
Air beralkali didakwa dapat membantu meneutralkan asid badan dan meningkatkan keseimbangan pH, tetapi tubuh manusia secara semula jadi mengekalkan keseimbangan pH melalui sistem buffer, terutama melalui buah pinggang dan pernafasan.
Ion hidrogen dalam air Kangen kononnya bertindak sebagai antioksidan yang membantu melawan radikal bebas. Namun, manfaat ini masih memerlukan kajian klinikal yang lebih kukuh.
Promoter air Kangen mendakwa ia lebih “mudah diserap” oleh sel badan kerana saiz molekul air yang lebih kecil. Namun, tubuh manusia boleh menyerap air biasa dengan baik tanpa masalah.
Air Kangen juga dikatakan berguna untuk mencuci sayuran (menghilangkan bahan kimia), membersihkan kulit, atau mengurangkan iritasi ringan.
Saya berpendapat bahawa Air Kangen ini belum ada kajian saintifik tidak menunjukkan kelebihan air beralkali secara signifikan dalam meningkatkan kesihatan bagi individu yang sihat.
Jadi Air Kangen tidak boleh digunakan sebagai pengganti untuk rawatan penyakit seperti kanser, diabetes, atau lain-lain seperti yang kadang-kadang dipromosikan.
Air Kangen boleh diminum sebagai sebahagian daripada pengambilan cecair harian, untuk mengekalkan hidrasi dan kesihatan tubuh.
Jika anda berminat mencubanya, tidak salah, tetapi ia mungkin lebih bersifat pencegahan kerana minum air yang mencukupi amat penting untuk tubuh.
#HealthDrZubaidi
#airkagen
Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz