“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada masalah anxiety. Saya ini bertanya, adakah rasa cemas boleh menyebabkan kencing kerap?. Terima kasih”.
********
Walaikumusalam.
Ya puan. Rasa cemas atau stres memang boleh menyebabkan seseorang kerap kencing.
Ini kerana peningkatan hormon stres seperti kortisol boleh mengganggu sistem saraf dan mempengaruhi proses membuang air kecil.
Pundi kencing akan mengecut dengan lebih kerap walaupun mengandungi air kencing yang sedikit.
Kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai faktor selain daripada rasa cemas.
1. Pundi kencing yang terlalu aktif (Hyperactive Bladder) : Pundi kencing yang aktif boleh menyebabkan kekejangan yang membuatkan anda terasa ingin kencing walaupun pundi kencing belum penuh.
2. Diabetes : Kencing manis boleh menyebabkan kerap kencing kerana tubuh cuba mengeluarkan gula berlebihan melalui air kencing.
3. Batu karang pundi kencing : Batu karang boleh menyebabkan kepedihan dan kencing berdarah, serta meningkatkan kekerapan kencing.
4. Jangkitan saluran kencing (UTI) : Jangkitan ini boleh menyebabkan rasa ingin kencing yang kerap dan menyakitkan.
5. Kehamilan : Tekanan pada pundi kencing oleh rahim yang membesar boleh menyebabkan kerap kencing.
6. Menopaus : Perubahan hormon semasa menopaus boleh mempengaruhi kekerapan kencing.
7. Obesiti : Berat badan berlebihan boleh memberi tekanan tambahan pada pundi kencing, menyebabkan kerap kencing.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#kencingkerap
#stress
#cortisol
Jika berminat menyertai Kelab Sihat yang berkongsi info berkaitan kesihatan, ubat-ubatan dan pemakanan, boleh wassap saya.
www wassap.my/60197022391/KELABSIHAT
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :