Wajibkah Uri Bayi Ditanam?

Uri atau placenta adalah organ yang dibentuk di dalam rahem. Ia dibentuk bersama-sama dengan janin, bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu ia mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya.

Oleh itu uri adalah ‘sebahagian dari organ’ dalam proses pembentukan bayi. Ketika bayi dilahirkan, uri akan keluar bersama-sama bayi. Tali pusat yang menyambungkan antara uri dan bayi akan diputuskan. Selepas itu uri tidak ada lagi peranan.

Uri dikira sebagai organ yang telah mati dan hukumnya najis. Ia sama hukumnya seperti kaki yang terputus dari tubuh badah. Hukumnya najis.

Ia harus diuruskan dengan sempurna tetapi tidak berlebih-lebihan. Uri ditanam ke dalam tanah  dan tidak boleh dibakar. Maka kewajiban bagi ibubapa untuk menuntut uri dari jururawat bertugas apabila anak mereka dilahirkan.

Pihak hospital tidak mempunyai polisi menanam uri bayi-bayi yang dilahirkan. Jururawat akan memberikan uri pada ibubapa untuk ditanam. Uri-uri yang tidak dituntut akan dianggap sebagai ‘medical waste’ dan dihantar kepada kontraktor pembersihan agar dibakar.

Setakat ini belum ada lagi bukti saintifik kegunaan uri. Sebahagian saintis mengambil darah dari tali pusat sebagai kajian stem cell yang dianggap sebagai bidang baru. Walaubagaimanapun tidak keseluruhan uri itu digunakan dan akan dilupuskan.

Ulama’ mengharamkan kegunaan uri untuk tujuan kosmetik. Ini kerana sifat uri itu sendiri adalah najis. Ianya bukanlah ‘keperluan yang mendesak’ bagi orang ramai yang menggunakannya kerana tiada pesakit yang akan mati jika tidak menggunakan produk kosmetik yang mengambil uri sebagai bahan aktifnya. Lainlah kalau uri dijadikan ubat yang sangat mujarab untuk penyakit kritikal dan tidak ada alternatif lain bagi ubat yang diperbuat dari uri ini.

Ada masyarakat yang percaya bahawa uri haruslah dimakan oleh ahli keluarga mereka. Sebilangan masyarakat di China dan Hong Kong, percaya memakan uri adalah sesuatu yang menyihatkan dan banyak produk kesihatan dibuat dari uri manusia.

Saya sendiri berpendapat eloklah ditinggalkan penggunaan kosmetik atau makanan kesihatan yang diperbuat dari uri, sama ada uri manusia atau binatang.

Pertama, produk-produk yang diperbuat daripada uri adalah produk-produk baru yang belum ada kajian saintifik yang lengkap. Banyak kesan sampingan yang belum diketahui sedangkan kesan-kesan sampingan ini kadangkalanya mengambil masa bertahun-tahun untuk berlaku.

Kedua, banyak lagi produk kecantikan dan kesihatan yang selamat dan berkesan boleh digunakan. Saya perpendapat bahawa produk kecantikan dan makanan kesihatan yang menjadikan uri sebagai bahan aktif adalah satu gimik business yang meloyakan.

Uri memainkan banyak peranan dalam peradaban dan budaya manusia sejagat. Sebagai contoh masyarakat Maori di New Zealand akan menanam uri ke dalam tanah kerana percaya kepada hubungan akrab antara manusia dan tanah.

Sementara masyarakat di Cambodia dan Costa Rica percaya upacara menanam uri akan melindungi bayi yang dilahirkan daripada penyakit.

Masyarakat Nepalese dan orang Asli di Malaysia  menganggap bahawa uri adalah ‘kembar’ kepada bayi yang dilahirkan. Oleh itu mereka beranggapan bahwa uri harus ditanam dengan penuh upacara dan pantang larang.

Sedangkan dalam al-Quran dan Sunnah tidak ada riwayat yang menyatakan peranan uri selepas dilahirkan dan bagaimana uri harus ditanam. Oleh itu uri ‘bukanlah kembar bayi’ dan harus dianggap seperti organ tubuh yang terpisah dan hukumnya najis. Ia harus ditanam tanpa upacara yang karut-marut.

Cara terbaik ialah dengan menggalikan lubang pada tanah sedalam yang munasabah, kira-kira binatang liar seperti anjing tidak boleh menggalinya. Tidak perlu menghadap kiblat atau mengadakan pelbagai upacara ritual.

Kepercayaan bahawa uri mesti diuruskan dengan cara tertentu adalah khurafat dan mendekati syirik. Jika kepercayaan ini diteruskan, ia boleh membawa kepada syirik yang lebih besar. Jika seseorang itu mati dalam keadaan syirik, dosa-dosa yang dibawa mati tidak akan diampuni.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.(QS. An-Nisa’: 48)

Sekali lagi, jangan sampai kita mempunyai kepercayaan salah tentang uri bayi. Ia harus ditanam agar supaya tidak membusuk dan mendatangkan penyakit pada masyarakat sekitar. Jauhkan kepercayaan tahyul atau bimbang bahawa uri akan menjelma menjadi hantu atau syaitan.

Wallahu a’lam

 

Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad (140411)

  15 comments for “Wajibkah Uri Bayi Ditanam?

  1. noraidah
    14/04/2011 at 7:35 am

    assalamualaikum doc…sekadar bertanya….adakah ianya (uri) mempunyai makna yang berbeza jika uri itu bersaiz besar @ kecil…

  2. anak perantau
    15/04/2011 at 4:31 am

    assalamualaikum Dr.. sy kini menetap d London utk tempoh dan akn bersalin tidak lama lg..sy ada masalh utk menanam uri di sini memandangkn rumah yg sy sewa adalah rumah flat..jd utk menggali lubang sesuka hati di kawasan padang @ tanah mmg mjdi satu kesalahan di sini.. memandangkn anjing pun byk d kwsn ni jd mmg mjdi masalah besar buat sy utk mnguruskn uri tersebut.. kwn2 malaysia kat sini rata2 menyewa rumah flat.. jd pd pandangan Dr, cra terbaik utk menguruskn penanaman uri tersebut? terima kasih.

    • admin
      18/04/2011 at 10:28 pm

      mungkin saudari boleh meminta suami berbincang dgn imam masjid yg paling hampir dgn kediaman saudari. saya berharap beliau boleh mencadangkan solusi terbaik untuk membantu saudari dan suami dalam menangani isu ini. wallahu’alam

    • mummy areef
      17/01/2012 at 12:54 pm

      salam, adik saya semasa bersalin di London telah menanam uri tersebut dalam pasu bunga besar nak menamam bunga ros selepas itu.. bunga yg ditanam hidup dengan subur.. mungkin saudari boleh gunakan cara tersebut..:)

      • ika
        16/03/2012 at 7:31 pm

        Salam, saya pun cadangkan mcm komen akak di atas nii, sbb saya pun melahirkan ank saya yg ke 3 di luar negara n tggl di conco, so alternatif lain dgn membeli pasu bunga yg besar utk tanam uri tadi :-) insyaAllah semoga urusan adik dipermudahkanNya.

  3. juice
    19/06/2011 at 4:15 am

    sye nk tnye…org2 tua disekitar sye ni selalu ckp kalau nk tanam iru tu biarlah taruk sekali pensel ngan buku supaya budak tu jadi cerdik nanti…betul ke petua camtu???

    • serban kuning
      02/08/2011 at 12:59 pm

      Assalam. maaf saya mencelah. saya juga pernah mendengar ungkapan seperti diatas iaiut bilamana ingin ditanam uri, perlu diletakkan pensel untuk anak itu cerdik bila besar kelak.
      Malah ada juga yang mencadangkan supaya diletak pelita di tempat uri ditanam supaya “kembarnya” itu tidak kegelepan. Nauzubillah. cukup hebat kepercayaan karut masyarakat melayu kita ni.
      Bagi saya, kalau nak sangat tanam, kenapa tidak tanam je terus not RM 50 ke RM 100 ke supaya kelak anak itu boleh menjadi jutawan. kan lagi mendatangkan faedah kepada ibu bapanya. ;)

      Cuma pendapat sahaja. Harap jangan ada yang kecil hati.

      • LaLing
        17/01/2012 at 10:33 am

        Asslm. mak mertua saya pun cakap macam tu masa saya bersalin anak sulung 14 tahun yg lalu. dia suruh letak pensil & buku gak. Tapi saya kata, saya nak dia jadik pakar IT atau akauntan. Maknanya, saya kena letak PC ataupun kalkulator kot … akhirnya, kami tanam macam biasa je lepas cuci & balut dgn kain.

    • izzah
      17/01/2012 at 10:24 am

      tu semua kepercayaan karut..tak perlu.cuma tanam sedalam mungkin utk elak binatang gali.family kami bubuh garam utk elak bau.

  4. kucing
    08/01/2012 at 6:53 pm

    salam dr. mcm mana pula dgn lebihan tali pusat yg masih terlekat pd bayi dan hanya akan tanggal beberapa hari selepas bayi lahir. patutkah ia juga ditanam atau bole disimpan

  5. mama_iedha
    17/01/2012 at 10:23 am

    tq ustaz ttg info ni. sy dh 3 masuk 4 anak tp msih x tau tp x pula tertanya2 apa hukum sbnrnya tanam uri ni.cuma ikut je apa org2 tua buat, tp caranya sblm tanam uri tu dibersihkan dulu, bungkus kain putih yg baru beli letak dlm periuk tanah baru tanam. mgkin lepas ni sy hanya soh suami cuci,bungkus & terus tanam je x perlu letak dlm periuk tanah lebih ringkas.

  6. sha
    17/01/2012 at 10:58 am

    Assalamualaikum Dr.,
    Bagaimana pula tentang sesetengah amalan meletakkan garam & paku bersama uri yang akan ditanam atas alasan bagi mengelakkan uri & bayi tersebut diganggu makhluk halus?

    • sha
      17/01/2012 at 11:22 am

      *pembetulan.

      cuci uri dengan garam (hilangkan bau darah mungkin) & tanam uri dengan paku.

  7. nur
    18/01/2012 at 2:28 pm

    salam Dr,

    waktu sy bersalin, ibu x sempat blk kg utk menanam uri saya dan beliau telah membungkus dgn uri tersebut dengan plastik d suratkhabar setebal2nye lalu memasukkan di dalam peti ais utk mengeraskan uri tersebut agar tidak busuk selama 3 hari..apakah hukumnye? utk pengetahuan saya tggl dkawasan flat dimana tidak sesuai untuk menanam. ibu sy bercadang utk menanamnye di kg. tetapi tidak sempat pulang pd hr tersebut dissebabkan sy dan bayi msh ditahan di wad.hrp mendpt jwpn drari dr..tq wassalam..

  8. lieya
    29/02/2012 at 1:07 am

    Assalamualaikum Dr, sy ingin bertanya mengenai apakah hukumnya menyimpan uri,walaupun ia telah d cuci bersih?

    Persoalan ini timbul kerana,semasa sy melahirkan anak pertama (lelaki) uri tidak d tanam sepanjang tempoh sy berpantang sehingga sekarang anak sy telah berusia 1tahun 10bln masih jg belum d tanam. Ini kerana suami sy mengharapkan ayahnya yg menanam uri saya. Tp mengikut bapa mertua sy,dia akan menanam bila-bila dia suka. Sedangkan uri adik ipar sy yg bongsu kini berusia 21 tahun jg masih belum d tanamnya. Sekarang sy melahirkan anak ke-2 (perempuan), uri sy masih belum d tanam jg. Adakah ini d katakan mengikut keturunan?atau lain2 kepercayaan..kerana bapa mertua sy keturunan Bugis. Ini membuatkan sy risau. Harap Dr dapat membantu sy menyelesaikan masalah ini..Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *