Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Ubat lactulose untuk mengatasi sembelit

Ubat lactulose untuk mengatasi sembelit

Lactulose adalah gula synthetic yang digunakan  untuk merawat sembelit yang teruk (chronic constipation).

 

Cernaan lactulose, carboxylic acid,  yang dihasilkan  oleh bakteria pada hujung saluran usus besar (colon), tidak dapat diserapkan  ke dalam usus malah  menyebabkan air bertambah banyak di dalam najis dan menjadikannya lembut.

 

Lactulose juga digunakan untuk merawat buasir (hemorrhoids) kerana najis yang lembut, mudah dikeluarkan tanpa perlu meneran.

 

Lactulose juga dianggap sebagai prebiotic kerana ia menggalakkkan perkembangan bakteria baik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium dalam usus dan secara tidak langsung mengurangkan perkembangan Escherichia coli dan Staphylococcal dalam najis.

 

(rujuk: Shukla, S.; Shukla, A.; Mehboob, S.; Guha, S. (2011). “Meta-analysis: The effects of gut flora modulation using prebiotics, probiotics and synbiotics on minimal hepatic encephalopathy”. Alimentary Pharmacology & Therapeutics 33 (6): 662)

 

Lactulose selamat digunakan untuk semua umur, kecuali bagi mereka yang mempunyai masalah galactose intolerant. Lactulose dijual sebagai ubat ‘over the counter’ iaitu pembeliannya tidak memerlukan preskripsi.

 

Lactulose boleh diambil sebanyak dua atau tiga kali sehari, dan selalunya mengambil masa empat jam untuk mendapat kesannya.

 

Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 5-10 ml dua kali sehari.

 

Bagi bayi berumur 11 bulan hingga ke 5 tahun, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 2.5-5 ml dua kali sehari.

 

Bagi bayi berumur setahun hingga enam bulan , ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 1.0ml dua kali sehari.

 

Tanda sembelit bayi atau kanak-kanak itu telah pulih apabila mereka mengeluarkan najis  yang lembut 2 atau 3 kali sehari.

Jika sembelit tidak berkurangan, dapatkan nasihat doktor.

 

Wallahu a’lam

4 comments

  1. salam dr,
    kalau diambil dalam jangka masa yg panjang, adakah boleh merencat pertumbuhan anak.?
    anak saya ambil dari 1 ke 2 tahun. dan kemudian ambil forlax atas nasihat doktor pakar kanak2 dari umur 3 ke tahun.

  2. Doc, jika ibu mengandung boleh ambil juga ke?

  3. kat mana boleh saya dapatkan ubat ni dan berapa harganye

  4. doc,skrg bby sy dh setahun.sejak lahir smp skrg bby memang mslh nk lawas popo…bby hanya breastfeeding sepenuhnya.last week bby kena sembelit yg paling teruk smp bleeding bila bby push popo.finally sy bawa bby jumpa normal gp dan dr tu masuk ubat…lepas tu dah lawas popo bby.tp akrg baru 4hari dari jumpa dr tu skrg mcm sembelit lg..dah 3hari blm popo doc….sy ada ubat lactul solution tu tp sy was2 utk bg baby krn baby ada mild ekzema dan aware pasal lactose intolerant…adakah pengambilan lactul ini akan menyebabkan ketergantungan yg berterusan utk treat masalah sembelit baby sy ni?apa yg perlu sy lakukan?pls help doc

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: