Tubuh Berangin Atau REFLUX?

1000am 240310 Saya terpinga-pinga bila seorang tua memberitahu bahawa tubuhnya penuh dgn “angin”. Mulanya saya ingatkan dia bergurau. Katanya bila diurut tubuhnya, dia akan sendawa. Banyak angin yg dikeluarkan. Menurut logiknya tentulah angin akan keluar dari dalam otot/daging apabila dipicit. Agaknya dia membayangkan tubuhnya ibarat buah limau, apabila diperah jusnya akan keluar.

Namun sepanjang pengajian dahulu, dan pengalaman saya melakukan dissection pada cadaver/mayat, melakukan post mortem pada mayat yg baru meninggal dan melakukan pembedahan pada manusia yg masih hidup, tak ada pula angin yg keluar bila kulit di toreh atau otot di potong. Ini semua adalah salah faham, apabila orang yg memberi nasihat dan pendapat itu bukan org yg berilmu dan ahlinya. Pelbagai tanggapan dibuat mengenai penyakit itu mengikut logik yg mampu difikirkan.

Saya percaya “angin” yang keluar ketika sendawa apabila badan dipicit/diurut itu sebenarnya disebabkan oleh reflex tubuh, kerana apabila kulit disentuh dan diberikan urutan, ianya akan merehatkan otot-otot perut lalu angin terus lari keluar melalu esophagus dan ianya dimanifestasikan sbg sendawa angin.

Apabila perut yg kembung dipenuhi oleh angin/gas, tentunya pesakit akan merasa lega jika angin/gas itu dapat dikeluarkan melalui cara ini. Pengeluaran gas dari perut/gastrik melalui esophagus secara aliran anti-peristalsis ini dinamakan GERD – GastroEsophagal Reflux Disease. Ianya disebabkan oleh sphincter (otot pengecutan) pada bahagian persimpangan (junction) gastric (perut) dan esophageal menjadi lemah atas banyak sebab.

2 comments

  1. salam..dr

    saya dikatakan mengalami relux asid..
    saya nak tanya..adakah reflux ini akan menyebabkan tekak sentiasa berlendir dan seperti ada sesuatu ditekak
    bilakan tekak saya akan pulih seperti seda kala?

    terima kasih

    • Zufar Zuhaily

      Azie… Jaga permakanan awak tu.. Jangan makan makanan mengandungi santan kelapa.. Makanan g berlebihan minyak.. Kacang… Dan jangan makan sampai terlalu kenyang.. Apa yg awak rasa tu normal dan jangan panik… Jangan risaukan sangat… Jumpa doctor dan mintak ubat gastric nama Omeprazole dan minum Gaviscon untuk gastric… Saya pernah lena reflux dgn Heartburn.. Seriously merana kalau kena.. Sebabnya saya ni dulu suka tahan lapar dan banyak isap rokok fan menyebabkan ulcers dalam perut.. Saya mulanya tak tahu yg saya ada ulcer dalam perut sampai satu hari saya makan lepas tu saya muntah2 berterusan sampai lebih 1 bulan saya makan muntah.. Saya di masuk kan ke dalam hospital dan diberikan Gastroscopy masuk kan camera kecil dari mulut masuk ke perut.. Makan masa yg agak lama untuk pulih.. Sejak hari itu lah hidup saya berubah.. Apa yg saya suka makan semua dah tak boleh makan.. Nak kena jaga pantang..

Leave a Reply

error: Content is protected !!