TELUR BUKAN PUNCA PENINGKATAN KOLESTROL DALAM DARAH

TELUR BUKAN PUNCA PENINGKATAN KOLESTROL DALAM DARAH

Benarkah telur mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dan boleh menyebabkan kenaikan kolesterol dalam darah?

Tidak dinafikan kuning telur mengandungi kolesterol yang tinggi antara 180 – 220 mg kolesterol dalam sebiji telur. Ia bergantung pada jenis ayam dan saiz telur yang dihasilkan.

Namun kuning telur juga mengandungi sebatian lutein, zeaxanthin dan selenium adalah penting untuk kesihatan.

Sebelum ini laporan “American Health Association Dietary Guidelines Revision 2000: A statement for healthcare professionals from the Nutrition Committee of the American Heart Association” mencadangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol had kepada tidak lebih 300 mg sehari untuk orang awam yang tiada masalah kesihatan.

Namun ada kajian yang terbaru yang seolah-olah mencabar cadangan yang diberikan oleh American Health Association.

Antaranya:

1. Dalam kajian yang diterbitkan oleh journal Clinical Nutrition, mencadangkan bagi pesakit kronik, terutamanya pesakit diabetik pengambilan 4 biji telur dalam seminggu tidak menyebabkan masalah jantung berkaitan kardiovaskular.

Rujuk “Egg consumption and cardiovascular disease according to diabetic status: The PREDIMED study – Clinical Nutrition.” (accessed Sep. 13, 2020).

2. Satu kajian meta-analisis telah menunjukkan bahawa pengambilan telur 1 biji setiap hari mungkin dikaitkan dengan penurunan risiko strok.

Rujuk: “Meta-analysis of Egg Consumption and Risk of Coronary Heart Disease and Stroke: Journal of the American College of Nutrition: Vol 35, No 8.” (accessed Sep. 13, 2020).

Ini kerana telur adalah makanan yang padat dengan nutrisi, selain dari protein, ia mengandungi asid lemak penting, antioksida, choline, vitamin dan mineral yang mungkin bertindak mempertahankan kenaikan kolesterol dalam darah.

3. Dalam kajian lain yang menunjukkan pengambilan sebiji telur sehari tidak meningkatkan tahap kolestrol dan risiko masalah sakit jantung. Malah, kajian ini menyarankan pengambilan telur bersama dengan makanan yang tinggi serat.

Rujuk: E. Magriplis et al., “Frequency and Quantity of Egg Intake Is Not Associated with Dyslipidemia: The Hellenic National Nutrition and Health Survey (HNNHS),” 2019,

4. Dalam kajian lain, menunjukkan tidak semua kolesterol diserap dalam darah dan tidak meningkatkan paras kolestrol falam darah. Ini kerana kuning telur terdapat phosphatidylcholine dan sphingomyelin, yang bertindak dalam mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus. Fakta ini memberitahu bahawa telur tidak meningkat tahap kolestrol dalam darah.

Rujuk: J. E. Kim and W. W. Campbell, “Dietary Cholesterol Contained in Whole Eggs Is Not Well Absorbed and Does Not Acutely Affect Plasma Total Cholesterol Concentration in Men and Women: Results from 2 Randomized Controlled Crossover Studies,”

Bukti kajian-kajian di atas telah membuka mata saintis perubatan dan pemakanan untuk mencari fakta yang sebenar. Ini kerana kajian mengenai implikasi makanan yang tinggi kolesterol mengakibatkan masalah jantung tidak begitu meyakinkan lagi.

Akhirnya dalam laporan terbaru, garis panduan pemakanan Amerika Syarikat, Dietary Guidelines for Americans 2015–2020, telah menarik balik cadangan had pengambilan makanan kolesterol sebanyak 300 mg sehari.

Mereka hanya mencadangkan agar mengurangkan pengambilan makanan berkolesterol dan mengamalkan cara pemakanan sihat.

Rujuk: U.S. Department of Health and Human Services and U. S. D. of Agriculture., “2015-2020 Dietary Guidelines for Americans,” 2015.

Serentak dengan itu, pada 2020 American College of Cardiology (ACC) juga menyokong saranan AHA yang terbaharu.

Rujuk: J. A. S. Carson et al., “Dietary cholesterol and cardiovascular risk: A science advisory from the American heart association,” Circulation. Lippincott Williams and Wilkins, pp. E39–E53, 2020,

Sebenarnya, punca kenaikan tahap kolestrol disebabkan banyak faktor. Antaranya pengambilan makanan yang tinggi dengan gula, lemak tepu dan juga lemak trans.

Menggantikan pengambilan lemak tepu dengan lemak tidak tepu seperti minyak zaitun adalah sangat digalakkan.

Rujuk: F M. Sacks et al., “Dietary fats and cardiovascular disease: A presidential advisory from the American Heart Association,” Circulation, vol. 136, no. 3. Lippincott Williams and Wilkins, pp. e1–e23, Jul. 18, 2017,

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!