Advertorial
Home » Tag Archives: ovarian cyst

Tag Archives: ovarian cyst

Endometriosis boleh berlaku pada wanita yang belum berkahwin

    Endometriosis adalah satu penyakit biasa berlaku di kalangan wanita, termasuk wanita yang belum berkahwin. Malangnya mereka  tidak mengetahui.   Ramai wanita muda yang menderita dalam diam sebab mereka tidak mengetahui bahawa masalah yang mereka alami untuk sekian lama sebenarnya adalah tanda awal endometriosis.   Antara tanda mengalami endometriosis adalah sakit teruk di bahagian dalam perut, kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin, sakit semasa kedatangan haid, selalunya mengalami pendarahan haid yang banyak, pendarahan haid yang sedikit di antara tempoh haid dan mengalami masalah sukar hamil.   Kesakitan ketika kedatangan haid dan kitaran haid yang tidak menentu, biasanya tidak merisaukan wanita-wanita muda ini.   Namun apabila mereka berkahwin dan belum lagi hamil setelah memasuki 2 tahun perkahwinan, maka mereka berjumpa doctor dan mendapati mereka mengalami endometriosis.   Endometriosis menyebabkan ketidak ... Read More »

Bagaimana Mengenali Istihadah

  Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah: 1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam. 2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari. 3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun. 4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.   http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=263:apa-itu-istihadah&catid=42:artikal&Itemid=367   Wa allahu a’lam. Read More »

Pengalaman pesakit endometriosis yang hampir kehilangan nyawa

      JANGAN ambil mudah sekiranya anda sakit pinggang, sakit kepala dan perut ketika datang haid.  Selama ini saya tidak pernah menghadapi apa- apa masalah seperti senggugut ketika kedatangan haid.   Pada tahun 2008 saya dimasukkan ke hospital kerana berasa sakit di bahagian kanan perut tetapi selepas beberapa ujian dilakukan dikatakan tiada apa-apa berlaku. Segala-galanya normal.   Pada Oktober tahun yang sama sekali lagi saya berasa sakit dan melakukan beberapa ujian termasuk ultrabunyi pelvis tetapi jawapan yang sama saya terima. ‘Normal’.   Setahun selepas itu, saya melakukan sekali ultrabunyi pelvis. Selepas mendengar ceramah masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita, saya mula sedar- ada sesuatu yang saya alami.   Tahun berikutnya saya sering sakit kepala setiap kali datang haid. Kitaran haid saya ketika itu tidak mempunyai masalah. Seorang pegawai ... Read More »

Pendarahan haid berpanjangan: Pil henti darah (norethisterone) vs Ekstrak Kacip Fatimah (EKF)

      “Salam Doc. Saya hendak bertanya mengenai kitaran haid saya yang tidak menentu. Sebelum ini saya tidak mengalami haid beberapa bulan. Selepas sebulan saya mengamalkan EKF tiada perubahan pada kitaran kitaran haid saya. Tetapi masuk bulan kedua, saya mula datang  haid pada 25 Jun dan bersih hari ke 8. Kemudian haid datang  semula pada hari yang 12 berlanjutan hingga ke 15. Saya dah berjumpa doktor dia telah berikan ubat  Sunolut yang mengandungi Norethisterone untuk berhentikan pendarahan untuk dimakan selama 20 hari. Saya makan hanya selama 14 hari. Selepas berhenti ubat tersebut darah datang balik. Soalan saya adakah saya patut makan EKF semula walaupun darah masih ada? Atau teruskan makan ubat hormon tersebut? Adakah darah itu darah haid?”   Dr Zubaidi Hj Ahmad :   Wa alaikum mus salam. Seperti ... Read More »

Adakah Ovarian Cyst merbahaya?

     “Doktor adakah ovarian cyst merbahaya dan dianggap sebagai kanser?”   Kehadiran cyst pada ovari setiap bulan adalah normal bagi semua wanita. Semua wanita yang sihat dan subur akan menghasilkan cyst pada ovary mereka.   Ovarian cyst seperti ini disebut ‘functional ovarian cyst.’ Cyst ini mengandungi ovum atau telur/benih perempuan, dan cyst ini akan pecah untuk mengeluarkan ovum itu apabila mencapai saiz lebih kurang 20mm, atau 2cm diameter.   Apabila ovum telah keluar dari ovarian cyst yang pecah ini, menyebabkan tiada lagi ovarian cyst. Pada kitaran haid yang berikutnya, ovarian cyst yang baru pula akan muncul, membesar dan mempunyai peranan yang sama .   Secara amnya, apabila saiz ovarian melebihi 20mm atau 2cm diameter dan tidak pecah, maka ia akan memberikan masalah.   “Adakah wanita yang memgalami ovarian cyst ... Read More »

Pendarahan haid yang banyak

  SAYA amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim?   Dr Zubaidi: saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Masalah haid yang berpanjangan atau berlanjutan memang membimbangkan wanita Islam apabila tidak dapat bersolat dengan sempurna.   Darah yang keluar melebihi tempuh 15 hari, dinamakan sebagai darah istihadah di mana puan harus soalat dan berpuasa, jika berada di bulan Ramadhan.   Saya menasihatkan puan agar berjumpa dengan doctor untuk melakukan pemeriksaan. Keadaan puan dinamakan menoragia dan terdapat pelbagai punca.   Di hospital selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan darah bagi menguji tahap kandungan haemoglobin, ujian fungsi kelenjar thyroid dan tahap hormone termasuk tahap hormon prolaktin.   Doktor juga akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat ... Read More »

Kehamilan setelah Pembedahan Buang Ovari

    As salam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya, semasa saya hamil anak sulung saya disahkan menghidap penyakit ovarian cyst bersaiz 10×20 cm pada usia kehamilan 32 minggu. Kini ovari kanan keseluruhannya telah dibuang semasa pembedahan mengeluarkan bayi sulung saya.  Selepas itu saya masih gagal hamil untuk anak kedua? Apakah saya sukar untuk hamil kerana mempunyai hanya satu ovari sahaja. Terima kasih.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga kesabaran yang puan tunjukkan akan diberikan ALLAH  ganjaran yang terbaik.     Pembedahan yang puan lakukan ialah pembedahan yang dinamakan ‘unilateral oophorectomy’ (membuang ovari) semasa pembedahan Cesarean untuk mengeluarkan anak pertama. Ini bermakna puan menjalani dua pembedahan dalam sekali bius.     Pembedahan pembuangan ovari ini perlu dilakukan segera kerana saiznya agak besar iaitu 10X20 cm. Jika pembedahan tidak dibuat puan ... Read More »

Darah Istihadhah: Fisiologi dan Syariah

“Saya sedang mengalami pendarahan haids sudah 4 bulan. Ia tidak pernah kering. Kadang kala ia adalah pendarahan yang sedikit dan ada kalanya ia pendarahan yang banyak. Ada kalanya saya terpaksa menukarkan banyak pad, dan adakalanya pula ia keluar seumpama ketulan darah yang besar. Saya hairan kerana saya tidak mengalami senggugut yang kuat. Adakah ia penyakit yang berbahaya?” Saya menerima e-mail dari seorang rakan FB yang berumur 36 tahun. Saya tidak dapat membayangkan kesukaran yang beliau hadapi selama 4 bulan. Tentu besar pahalanya jika dapat bersabar dengan ujian ini. Secara amnya, darah yang puan alami bukanlah darah haids, kerana darah haids hanya berlangsung selama 2 minggu (14 -15 hari). Lebih dari 14-15 hari itu, adalah darah istihadhah yang menwajibkan puan bersolat dan berpuasa (jika berada di bulan Ramadhan). Maksudnya masuk hari ... Read More »

Ovarian Cyst Ketika Hamil

Ovarian cysts berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1,000 wanita hamil. Kebanyakan cyst ini tidak berbahaya (bukan kanser) dan didiagnosa oleh doktor secara tidak sengaja ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi dalam rahem. Oleh kerana organ kilang telur ovari terletak berhampiran dengan rahem, maka ia mudah dikesan. Saya selalu menasihati wanita hamil yang didiagnosa mempunyai ovarian cyst agar bertanya saiz dan jenis cyst yang mereka hadapi. Ini dapat diberitahu oleh doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound berkenaan. Baru-baru ini saya menerima pertanyaan dari rakan FB. Beliau runsing kerana telah didiagnosa ovarian cyst ketika hamil. “Salam doktor, saya telah didiagnosa mengalami ovarian cyst berukuran 3.2 x 2.8mm ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk kehamilan saya. Menurut doktor yang memeriksa, jika saiz ovarian cyst semakin membesar kemungkinan saya akan dibedah. Ini merisaukan saya. ... Read More »

Apakah Kaitan Ovarian Cysts dengan Ketidaksuburan?

Saya banyak menerima pertanyaan mengenai ovarian cyst dan ketidaksuburan. Sebaiknya nasihat mengenainya diberikan oleh doktor yang memeriksa, kerana saya hanya dapat memberikan nasihat berbentuk panduan saja. “ Assalamu alaikum Doktor. Saya telah berkahwin selama 2 tahun lebih tetapi masih belum hamil. Pada awal tahun lepas saya ada melakukan pemeriksaan kesuburan. Mengikut laporan doktor, saya mempunyai satu cyst di ovari sebelah kanan. Doktor tidak menyarankan saya untuk melakukan pembedahan membuang cyst namun katanya cyst itu akan membesar. Saya sangat risau memikirkan apabila cyst itu bertambah besar, tentu akan menyukarkan saya untuk hamil. Jadi apa nasihat doktor? Terima kasih..” Saya bukan tidak mahu menjawab soalan yang diberikan, tetapi sekali lagi doktor yang memeriksa sebaiknya menjawab soalan ini. Namun untuk bersangka baik, saya percaya mungkin doctor yang memeriksa terlalu sibuk dengan pesakit yang ... Read More »

Pembedahan untuk Ovarian Cysts

Saya ditanya oleh seorang wanita yang amat risau apabila diberitahu bahawa dia menghidapi Ovarian Cyst. Beberapa pertanyaan juga berkisar tentang persoalan yang sama. Kebanyakan mahu tahu sama ada ovarian cyst itu perlu dibuang atau tidak. Saya serba salah menjawab soalan terbuka sebegini. Seharusnya yang bertanya memberikan pengenalan (ta’ruf) sama ada dia sudah berkahwin, berapa umurnya dan bila dia didiagnosakan menghidap ovarian cyst. Pesakit ini seharusnya memastikan adakah ketumbuhan cyst itu tidak merbahaya (benign) atau ia adalah ovarian cancer yang boleh meragut nyawa.   Bertanyalah sehingga faham Jika pesakit itu tidak mengetahuinya, seeloknya bertanyakan pada doktor yang merawatnya. Antara soalan yang perlu ditanya: adakah ovarian cyst itu adalah ketumbuhan cyst yang tidak merbahaya (benign) atau pun ovarian cancer? berapa bilangan cyst yang terdapat di situ? adakah ianya melibatkan kedua-dua belah ovari? adakah ... Read More »

Pelvic Pain: Adakah Perlu Dibedah Segera?

Normal physiology atau penyakit ? Saya sangat simpati dengan wanita yang sering mengalami masalah sakit di bahagian abdomen bawah. Sebenarnya ramai wanita yang mengalami sakit perut (pelvic pain) dari masa ke semasa sepanjang hidup. Kesakitan sebegini ada kalanya merupakan normal physiology seorang wanita seperti senggugut dan sakit ketika melahirkan. Kesakitan seperti ini menunjukan bahawa fungsi physiology mereka adalah normal. Namun ada juga kesakitan yang terlalu parah memerlukan rawatan segera dan pembedahan. Saya berdoa setiap wanita muslimah diberikan kekuatan untuk menghadapi kesakitan seperti ini. Saya mengharap juga agar artikel ringkas ini dapat membantu wanita muslimah khasnya memahami kesakitan yang mereka alami. Artikel ini berguna agar dapat membezakan antara kesakitan yang merupkan normal physiology atau kesakitan yang disebabkan oleh penyakit yang benar dan merbahaya. Selepas ini dalam artikel ini akan menyebut kawasan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!