Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Pertumbuhan gigi bayi

Pertumbuhan gigi bayi

Pada suatu masa dulu ramai menyangka bahawa jika bayi mempunyai gigi ketika dilahirkan, ia adalah tanda buruk. Pada hal proses pembentukan gigi bermula semenjak dari mereka dalam rahem lagi. Ini semua takdir ALLAH dan tidak ada kena mengena dengan nasib manusia.

Gigi yang keluar ketika bayi, yang disebut sebagai ‘gigi susu’ adalah gigi yang sementara sebelum digantikan dengan gigi yang lebih kuat.

Gigi yang keluar tidak mengoyakkan gusi, tetapi gusi hanya akan menjadi bengkak dan kemudian lembut  bagi memudahkan laluan untuk pertumbuhan gigi.

Ramai ibubapa yang agak risau apabila bayi mereka agak lambat mengeluarkan gigi berbanding dengan bayi-bayi yang lain. Sebenarnya ibubapa tidak perlu risau. Berikan masa untuk bayi kita mengeluarkan gigi mereka.

Lagi pun fungsi gigi tidaklah mustahak ketika mereka masih bayi. Setiap bayi mempunyai kadar pertumbuhan fizikal yang berbeza termasuk, pertumbuhan gigi mereka.

Gigi susu akan mula tumbuh seawal tiga bulan dan mungkin ada yang agak lambat sedikit, sehingga berumur dua belas bulan. Kebiasaannya bayi akan mula mengeluarkan gigi antara enam hingga sembilan bulan.

Gigi akan tumbuh secara berpasangan, sebagai contoh jika satu gigi kacip telah keluar, akan diikuti oleh satu lagi gigi kacip, sebelum gigi-gigi jenis lain akan keluar.

Pada kebiasaannya, bayi perempuan mengeluarkn gigi lebih awal dari bayi lelaki.

Pada kebiasaannya gigi ini akan keluar mengikut usia (anggaran):

1.Gigi kacip bawah (2 batang): 6 bulan

2.Gigi kacip atas ( 2 batang) : 8 bulan

3. Set kedua gigi kacip atas (2 batang) : 10 bulan

4. Set kedua gigi kacip bawah (2 batang) : 10 bulan

5. Set gigi molar pertama (4 batang) : 14 bulan

6. Gigi taring (4 batang) : 18 bulan

7. Set gigi molar kedua (4 batang) : 2-3 tahun

Menangis kerana tumbuh gigi

Apabila gigi mula keluar dari gusi sudah semestinya, bayi akan merasa sakit kerana gusi menjadi bengkak. Tahap kesakitan yang dialami berbeza-beza ini bergantung kepada bayi itu sendiri. Ada bayi yang menangis kerana tidak tahan dengan kesakitan dan ada bayi yang selesa seolah-olah tidak merasa sakit.

Kesakitan ini bermula seminggu sebelum gigi keluar dari gusi dan bayi merasa lega apabila giginya sudah keluar.

Tanda biasa yang dapat dilihat pada bayi ialah air liur yang meleleh, mudah menangis tanpa sebab terutama waktu malam, demam yang rendah dan gusi yang bengkak. Selain itu mungkin terdapat ruam di muka bayi akibat air liur yang keluar dengan banyak.

Ada ibubapa yang perasan bayi mereka mula menghisap dan menggigit jari atau mainan mereka bagi mengurangkan rasa sakit.

Kesakita akibat tumbuh gigi akan hilang dengan sendiri tanpa perlu mendapatkan rawatan, jadi ia tidak perlukan rawatan kecuali ia bertambah teruk.

Perlukah ubat?

Selain rasa sakit, gigi yang keluar akan menyebabkan demam yang rendah tetapi bukanlah demam yang teruk (tidak melebihi 100F, atau 38C).

Demam yang rendah ini menyebabkan bayi mudah merengek dan tidak selesa, tetapi tidaklah berbahaya kepada bayi.

Untuk mengurangkan demam, ibubapa digalakkan memberikan susu yang mencukupi kepada bayi mereka.

Adakalnay bayi menggigit barang permainan mereka untuk mengurangkan rasa sakit gusi.  Jika bayi menunjukkan kecenderuangan ini, ibubapa dicadangkan membeli “teething ring” yang dijual di kebanyakan hypermarket. Ia adalah plastik lembut yang digigit oleh bayi supaya tisu gusi dapat membenarkan gigi keluar dengan mudah.

Jika ibubapa bimbang bayi mereka terlalu sakit kerana merengek sepanjang malam, boleh bawa berjumpa doctor untuk pemeriksaan bagi memastikan kerasakiatan mereka bukanlah disebabkan oleh perkara lain seperti jangkitan kuman pada tekak dan mulut.

Selalunya doktor akan mencadangkan paracetamol yang dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Ada kalanya doctor mencadangkan ubat sapu yang mengandungi lidocaine, pelali yang boleh mengurnagkan sakit.

Namun secara amnya, saya berpendapat abahwa bayi yang berumur enam bulan ke bawah tidak perlu diberikan ubat untuk mengurangkan rasa sakit akibat tumbuh gigi.

Risiko dan kesan sampingan akibat pemberian ubat yang berpanjangan harus dipertimbagkan dengan sebaiknya dan ia harus memberikan manfaat melebihi mudarat. Jika diberikan juga,ubat paracetamol ini harus digunakan hanya untuk beberapa hari saja.

Wa allahu a’lam.

Bacaan:

1. “The lancet and the gum-lancet: 400 years of teething babies”, Ann Dally, The Lancet, Volume 348, Issue 9043, 21–28 December 1996, Pages 1710-1711

2. Seward M H. The treatment of teething in infants. Br Dent J 1972; 132: 33–36.

3. Tasanen A. The eruption of teeth in children. Ann Pediatr Fenn 1968; 14: 1–41.

Wallahu a’lam

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

9 comments

  1. Assalamualaikum dktr…sekarang ini anak saya berusia 14bulan..semenjak umurnya 9bulan hingga skrg, setiap bulan dia demam..adakah perkara itu normal? Terima kasih.

    • Assalamualaikum dktr…sekarang ini anak saya berusia 14bulan..semenjak umurnya 9bulan hingga skrg, setiap bulan dia demam..adakah perkara itu normal? Terima kasih.

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Cara terbaik ialah puan membawa berjumpa doktor dan lakukan pemeriksaan darah. Pada amnya demam biasa tidak menjadi masalah besar, tetapi demam yang kuat sehingga menyebabkan bayi tidak aktif, adalah sesuatu yang membimbangkan.

  2. assalamualaikum doktor..bayi perempuan sy dah berumur 13 bulan tp masih lg xtumbuh gigi langsung…dia dah xnak makan baby cereal, nak makan nasi biasa macam kita tp sy xberani nak bagi..boleh ke bagi makan pejal pd dia??normal ke dah 13bln x tumbuh wlw sebatang?? terima kasih

    • Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Saya mendapati perkembangan fizikal anak puan berada dalam keadaan normal dan tiada apa yang perlu dibimbangkan. Saya menasihati agar puan dapat membawa anak puan berjumpa dengan doctor gigi (dentist), bukan kerana anak puan tidak tumbuh gigi tetapi menjadi amalan biasa membawa kanak-kanak berumur satu tahun dibawa berjumpa dengan dentist, walaupun beliau masih tiada gigi. Walau bagaiamana pun saya menasihati puan gar jangan risau kerana ada kalanya bayi/kanak-kanak lelaki agak lambat sedikit berbanding dengan bayi/kanak-kanak perempuan. Faktor keturunan juga mungkin menyebabkan anak puan lambat tumbuh gigi. Walaupun tiada gigi, puan boleh memberikan makanan separuh pejal yang lembut seperti bubur nasi untuk anak puan. Wallahu a’lam.

  3. Assalamualaikum Dr..sy ingin perbetulkan pertanyaan sy sebelum ini…anak sy…
    Gigi kacip bawah tumbuh pada usia 8 bulan.
    Gigi kacip atas belum tumbuh.
    Set kedua gigi atas (kiri)tumbuh pada usia 9 bulan.
    Dan sy perasan gusi belah kanan juga dah bengkak tp gusi dibahagian kacip tengah tidak.
    Normal ke begitu?
    Adakah ia akan mengganggu pertumbuhan gigi yg lain.

    • Assalamualaikum Dr..sy ingin perbetulkan pertanyaan sy sebelum ini…anak sy…Gigi kacip bawah tumbuh pada usia 8 bulan.Gigi kacip atas belum tumbuh.Set kedua gigi atas (kiri)tumbuh pada usia 9 bulan.Dan sy perasan gusi belah kanan juga dah bengkak tp gusi dibahagian kacip tengah tidak.
      Normal ke begitu?Adakah ia akan mengganggu pertumbuhan gigi yg lain.

      Dr Zubaidi: Ia adalah perkembangan fizikal yang normal.

  4. Assalam Dr,

    hari ini ank sye tumbuh gigi pertama…setelah berusia 9 bulan…tetapi, gigi pertamanya adalah gigi taring….ape pendapat DR?

    • Assalam Dr, hari ini ank sye tumbuh gigi pertama…setelah berusia 9 bulan…tetapi, gigi pertamanya adalah gigi taring….ape pendapat DR?

      Dr Zubaidi: Satu perkembangan yang baik, walaupun agak janggal sedikit.

  5. salam doktor…sy nk tya..skrg anak sy berusia 3thn.tp sudah dua minggu dia tidak dapat minum sus dan makan.katanya sakit mulut.bila diperiksa pd mulutnya,tiada ruam atau ulser…adakah ini petanda dia akan tumbuh gigi geraham yg terakhir dihujung gusinya?apakah rawatan utknya?kecia,nk mkn xboleh,minum susu tidak..tidur asyik nangis sj…tolong doktor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!