Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Penyakit Hati Berlemak

Penyakit Hati Berlemak

FattyLiver2

 

Ia adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh kegemukan dan diabetes. Malah remaja seawal usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah tersebut.

 

Penyakit hati berlemak turut dikenali sebagai “Fatty Liver Disease”. Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar lemak tepu berkumpul di dalam sel hati.

 

Kebanyakan punca penyakit ini akibat pengambilan alkohol terutama di negara barat. Namun, terdapat juga perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak.

 

Penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda luaran yang khusus. Tanda-tanda awal ialah kegemukan, rasa mudah penat dan tidak bertenaga. Lazimnya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas, selain penghidap obesiti atau diabetes. Ia hanya dapat dikesan hanya dengan melakukan pemeriksaan darah dan ujian ultrasound.

 

FattyLiver

 

Penyakit ini akan menjadi bertambah teruk sehingga menyebabkan kerosakan hati (fibrosis dan chirrhosis) dan meningkatkan risiko kematian terhadap penghidapnya.

 

Penyakit itu turut menyerang wanita hamil, terutama ketika kandungan berada di peringkat trisemester akhir. Namun ia akan puih selepas melahirkan anak.

 

Penurunan berat badan secara mendadak juga turut mengundang kepada kewujudan hati berlemak itu. Oleh itu mereka yang ingin mengurangkan berat badan disaran agar melakukannya secara berperingkat.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!