Advertorial
Home » Vitamin E » pengambilan vitamin E dan C ketika hamil

pengambilan vitamin E dan C ketika hamil

PENGAMBILAN VITAMIN C DAN E KETIKA HAMIL.

 

How Much Vitamin C & Zinc Can I Take While Pregnant?

 

Saya menasihati kepada wanita, sama ada wanita yang ingin hamil, sedang hamil atau baru melahirkan anak agar lebih memberikan perhatian kepada pemakanan yang mereka makan. Ini kerana setiap apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap kesuburan dan kesihatan kita.

 

Salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya banyak berkongsi tentang aspek nutrisi dalam pemakanan. Kebanyakan nutrien yang baik seperti vitamin, mineral, beberapa enzim tertentu dan sebatian lain boleh didapati dari makanan yang tidak berproses terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.

 

 

Bagi wanita hamil yang ingin menambah pengambilan vitamin kerana ada masalah kesihatan atau percaya mereka tidak dapat mendapat vitamin yang secukupnya dari makanan yang mereka ambil, boleh mengamalkan beberapa vitamin.

 

Image result for vitamin c dan vitamin E food

 

Selalunya doctor akan memberikan pil-pil vitamin tertentu. Pil-pil ini mengandungi vitamin-vitamin yang diformulakan untuk wanita yang hamil.

 

 

Saya juga mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E pada wanita yang hamil.

 

 

Kedua-dua vitamin Ini dapat meningkatkan daya tahan, membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik, serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan tulang.

 

 

Bagi wanita hamil yang mengalami masalah kekurangan sel-sel darah merah (anemia), vitamin C dan E membantu penyerapan zat-zat besi. Oleh itu bagi wanita yang mempunyai tahap haemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi (iron tablet) bersama vitamin c dan vitamin E dapat meningkatkan tahap haemoglobin dengan lebih cepat.

 

 

Selain itu,vitamin C dan vitamin E dapat membantu perkembangan otak bayi sejak dari dalam rahem ibu lagi. Ia juga menguatkan  pembentukan tulang, tulang rawan (cartilage), tendon dan kulit bayi.

Vitamin C dan vitamin E berfungsi sebagai sebatian antioxida yang terbaik. Mereka bertindak melindungi sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas yang berbahaya dan menghalang proses pengoksidaan yang bahaya dalam tubuh. Sebagai antioxidan, vitamins E dan vitamin C bertindak secara sinergi atau bergandingan dalam melawan proses pengoksidaan (oxidative stress) yang sangat bahaya pada tubuh. Gandingan keduanya juga sangat baik dalam melawan serangan radikal bebas yang banyak berlaku dalam tubuh.

 

 

Ini bermakna vitamin E juga perlu dalam meningkatkan sistem daya tahan dan mengelakkan penyakit.  Oleh itu saya sangat mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E adalah satu kerana mereka gandingan antioksida yang terbaik.

 

Banyak kajian yang membuktikan bahawa proses pengoksidaan ketika hamil akan menyebabkan masalah pre-eclampsia, meningkatkan perkembangan fizikal bayi dalam rahem (intrauterine growth restriction) dan menyebabkan kebocoran selaput bayi secara pramatang (pre-labour rupture of membranes) (PROM).  Proses pengoksidaan yang keterlaluan juga menyebabkan pelbagai masalah pada bayi yang dilahirkan secara pramatang seperti masalah paru-paru (chronic lung disease), kerosakan usus yang teruk ( disebut sebagai necrotising enterocolitis) dan banyak lagi. Ini membuktikan proses pengoksidaan yang tidak terkawal berbahaya kepada wanita yang hamil dan bayi dalam rahem.

 

 

Ramai saintis mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E ketika hamil untuk dapat mengelakkan komplikasi ketika hamil, walaupun belum banyak kajian yang dilakukan terhadap teori ini. Oleh kerana pengambilan vitamin C dan vitamin E bukanlah sesuatu yang berbahaya ketika hamil, maka tidak salah bagi mereka yang ingin mengamalkannya. Ambil dalam dos yang betul bagi mendapat manfaat vitamin-vitamin ini dan bagi mengelakkan kemudaratannya (walupun ia jarang berlaku).

 

 

Pengambilan vitamin C yang dicadangkan oleh  American Pregnancy Association adalah 200-500mg. Pengambilan vitamin C lebih dari dos ini tidak mendatangkan kemudaratan kerana ia larut dalam air.  Namun pengambilan vitamin C melebihi 2000 mg mungkin akan menjejaskan kehamilan dan mendatangkan kemudaratan.

 

 

Pengambilan Vitamin E pula antara 30-50mg sehari. Setakat ini belum ada lagi kajian terperinci kemudaratan pengambilan vitamin E, kecuali jika diambil dalam dos yang besar iaitu 400mg dalam sehari.

 

 

Nasihat saya bagi wanita hamil, dalam usaha kita mendapatkan manfaat dari vitamin yang kita amalkan, saya mencadangkan agar berbincang dengan doctor yang faham tentang kepentingan pemakanan dan vitamin. Ini membantu kita mendapat manfaat dan mengelakkan kemudaratan dari ubat atau vitamin yang kita ambil.

 

Semoga bermanfaat.

 

Boleh mendapat Vitamin E (Tocotrienol) keluaran Sime Darby dari wakil kami.

Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

 

Mohon mengunjungi :

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: