“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Bolehkah pesakit tiroid mengamalkan minyak zaitun dan tocotrienol? Terima kasih”. Waalaikumussalam. Pesakit tiroid umumnya boleh mengamalkan minyak zaitun dan tocotrienol. Minyak zaitun extra virgin adalah minyak zaitun yang kaya dengan asid lemak tak tepu dan antioksidan, bermanfaat untuk kesihatan. Ia mengandungi polifenol dan vitamin E, yang bersifat antioksida membantu melawan keradangan kronik. Ini penting untuk pesakit dengan penyakit autoimun tiroid, seperti Hashimoto (hipotiroidisme) atau Graves’ disease (hipertiroidisme) mengawal penyakit dengan lebih baik. Asid lemak dalam minyak zaitun membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal berat badan. Tocotrienol pula adalah sejenis vitamin E yang mempunyai sifat antioksidan yang lebih …
Read More »Vitamin E
KULIT KERING DAN TABIAT MEROKOK
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Apakah kaitan kulit kering dan tabiat merokok? Apa manfaat vitamin E dan vitamin A untuk penghisap rokok? Terima kasih”. Waalaikumussalam. Ya, ada kaitan antara merokok dan kekeringan kulit. Merokok boleh menyebabkan beberapa masalah kulit, termasuk kekeringan. 1. Penuaan Pra-matang: Merokok mempercepat proses penuaan kulit dengan mengurangkan aliran darah dan oksigen ke kulit, yang menyebabkan kulit menjadi kering dan berkerut. 2. Kekurangan Nutrisi: Bahan kimia dalam rokok mengurangkan jumlah nutrisi penting seperti vitamin A yang diperlukan untuk kulit yang sihat. 3. Kerosakan Kolagen dan Elastin: Merokok merosakkan kolagen dan elastin, protein …
Read More »MANFAAT VITAMEN E DAN MINYAK ZAITUN UNTUK PESAKIT JANTUNG YANG BUAT PROSEDURE STENTING?
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Bagi pesakit jantung yang pasang stenting, bolehkah ambil vitamin E dan minyak zaitun? Terima kasih.” ******** Pesakit jantung yang telah menjalani prosedur stenting boleh mendapat manfaat daripada pengambilan vitamin E dan minyak zaitun. Vitamin E mempunyai sifat antioksidan yang boleh membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan oksidatif yang menjadi punca penyakit jantung. Beberapa kajian menunjukkan bahawa vitamin E juga boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan oksidasi kolesterol LDL. Minyak zaitun kaya dengan asid lemak tak tepu tunggal dan antioksidan yang baik untuk kesihatan jantung. Ia boleh membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan …
Read More »MANFAAT VITAMIN E TOCOTRIEONOL
Satu botol NATRIEO mengandungi 60 biji vitamin E tocotrieonol 50mg. Vitamin E memiliki beberapa kebaikan yang penting untuk kesihatan. Berikut adalah beberapa manfaatnya: 1. Mengurangkan Kerosakan Sel Akibat Serangan Radikal Bebas. 2. Melindungi Hati dari Penyakit Hati Berlemak (Fatty Liver) 3. Melindungi Sel Otak dan Saraf dari serangan stroke, penyakit Parkinson, dan Alzheimer. Dan penyakit saraf lain akibat penyakit diabetes. 4. Mengurangkan Risiko kanser payudara, paru-paru, ovarium, prostat, hati, otak, kolon, mieloma, dan pankreas. 5. Menyokong Kesihatan Jantung. 6. Kesan Anti-Penuaan terutama melindungi kulit dari keradangan, radiasi UV, dan pengumpulan melanin (area kulit yang lebih gelap dari kulit sekitarnya). 7. …
Read More »PERBANYAK SUMBER MINYAK IKAN OMEGA 3 DAN VITAMIN E DALAM MAKANAN
PERBANYAK SUMBER MINYAK IKAN OMEGA 3 DAN VITAMIN E DALAM MAKANAN Suplemen asid lemak Omega-3 dapat mencegah dan mempertahankan perkembangan penyakit osteoarthritis. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis di University of Bristol, United Kingdom, yang diterbitkan di journal Osteoarthritis and Cartilage, diet atau suplemen yang mengandungi omega-3 dapat merendahkan kebarangkalian mendapat penyakit osteoarthritis dan memperlahankan proses penyakit ini menjadi semakin teruk. Kajian itu memberitahu bahawa omega-3 menghalang kerosakan tulang rawan (cartilage) yang berfungsi menyerap hentakan ketika kita berjalan dan berlari. Bagi individu yang obese, berat badan yang berlebihan menyebabkan tulang ini menipis dan tidak dapat menghasilkan …
Read More »KANSER PAYUDARA DAN VITAMIN E
Kanser payudara adalah masalah kesihatan yang besar di Amerika, dianggarkan melibatkan satu pertiga dari jumlah kematian wanita yang berkaitan dengan kanser. Antara langkah yang dicadangkan untuk mengelak kanser payudara adalah melalui mengubah cara pemakanan (dietary modification) yang banyak dibuktikan melalui kajian klinikal dan epidemiologi. Pengambilan vitamin E juga dicadangkan bagi merendahkan risiko mendapat kanser payudara. Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menunjukkan vitamin E merendahkan kebarangkalian mendapat kanser pada tisu mammary (payudara) haiwan tersebut. Oleh kerana dalam kajian lain, kesan pengambilan vitamin E terhadap kanser payudara tidak memberikan keputusan yang tetap, maka fokus penyelidikan sepatutnya difokuskan kepada interaksi vitamin …
Read More »BENARKAH HUJAN MENYEBABKAN KITA DEMAM DAN SELSEMA?
Benarkah hujan akan membuatkan kita demam? Jika tidak mengapa kebanyakan kita demam apabila dibasahi hujan dan diminta mandi untuk mengelakkan demam? Tidak ramai doctor yang mampu menjawab soalan ini. Banyak penjelasan mengapa individu yang dibasahi hujan akan mengalami demam, malah selsema dan batuk. Terutama pada kanak-kanak. Saya tertarik dengan satu penjelasan bahawa ia apabila kita dibasahi hujan, ia akan menyebabkan tubuh kita akan berasa sejuk dan menyebabkan daya tahan kita menjadi rendah. Air hujan akan membawa virus dan bakteria yang berada di sekeliling kita melekat pada tubuh. Jadi mereka yang dibasahi hujan akan …
Read More »KEROSAKAN SARAF (NEUROPATHY) PADA PESAKIT KANSER DAN DIABETES.
KEROSAKAN SARAF PADA PESAKIT KANSER DAN DIABETES. Sistem saraf amat penting dalam tubuh kita. Ia berfungsi dengan menghantar isyarat dalam badan dan membantu menerima rangsangan, memahami dan memberi maklum balas kepada sekeliling. Oleh itu ia sangat penting bai memastikan kita dapat melakukkan tugas seharian dengan sempurna. Namun begitu ramai pesakit diabetes dan pesakit kanser yang telah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi tidak sedar mereka mengalami masalah kerosakan saraf atau neuropathy. Bagi pesakit diabetes, ia bermula sekurang-kurangnya setelah lima tahun mengalami masalah diabetes. Bagi pesakit kanser yang telah menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi masalah ini bermula selepas tamat menjalankan rawatan. Antara …
Read More »Kebaikan Vitamin E Tocotrienol
APAKAH ITU TOCOTRIENOL? “Saya pernah dengar vitamin E. Tapi saya tak pernah dengar tocotrienols…” Tocotrienol adalah sebahagian dari keluarga besar vitamin E. Dan ia adalah sebahagian dari nutrisi yang sangat penting agar sel-sel otak dan sel-sel organ yang lain dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Selain dari tocotrienol, satu lagi jenis vitamin E iaitu tocopherols. Tocotreinol selalunya boleh didapati dari sumber seperti kulit beras (rice bran), minyak sawit, barli dan isi biji gandum (wheat germ). Tocopherols pula didapati dari sumber minyak tumbuh-tumbuhan seperti minyak soya. Namun begitu selalunya kepekatan tocotrienols dalam adalah rendah. Minyak kelapa sawit mempunyai tahap …
Read More »Nifas dan pendarahan selepas tempoh berpantang
NIFAS DAN PENDARAHAN SELEPAS TEMPOH BERPANTANG Salam Dr Zubaidi, saya mempunyai kemushkilamn. Saya baru saya melahirkan anak. Selepas 40 hari, sarah nifas saya berhenti. Kemudian selepas dua minggu, pendarahan berlaku semula. Adakah ia darah nifas dan adakah ia berbahaya? Terima kasih. Pendarahan selepas melahirkan anak adalah normal. Dalam istilah syarie dinamakan darah nifas. Di dalam mazhab al-Syafie, hak maksimum bagi darah nifas adalah 60 hari. Ini berdasarkan istiqra (penyelidikan) Imam al-Syafie sendiri. Adapun dalam mazhab lain, contohnya mazhab Hanbali, kadar maksimum adalah 40 hari. Pendarahan yang berpanjangan selepas tempuh ini dinamakan darah istihadah. Jika ia berlaku dalam tempuh pantang …
Read More »RAWATAN ALTERNATIF UNTUK SENGGUGUT
RAWATAN ALTERNATIF UNTUK SENGGUGUT Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, adakah EPO boleh diambil oleh remaja berusia 13 tahun? Anak saya mengalami masalah senggugut yang kuat. Ada alternative tak, selain ambil ubat tahan sakit untuk hilangkan rasa senggugut? Terima kasih. WALAIKUMUSSALAM Puan mempunyai anak gadis remaja yang mempunyai masalah senggugut yang teruk. Masalah senggugut di kalangan remaja biasa berlaku dan bukan disebabkan oleh masalah lain yang berbahaya. Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit. Jika berulang, elok juga dibawa untuk pemeriksaan doctor bagi memastikan ia bukan disebabkan oleh masalah yang lebih serius. Saya juga tertarik dengan …
Read More »VITAMIN E MEMBANTU KEROSAKAN PADA TULANG RAWAN SENDI LUTUT
Setakat hari ini, banyak kajian dan pembuktian bahawa vitamin C memainkan peranan yang besar dalam metabolisme dan juga penyembuhan tulang rawan (cartilage ) dan tisu penghubung (connective tissue) yang telah cedera. Namun begitu sekarang semakin banyak kajian dan pembuktian peranan vitamin E sebagai suplemen yang baik untuk merawat kecederaan lutut dan penyakit osteoarthritis. Ini bermakna kedua-dua vitamin ini membantu pesakit tersebut. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimpulan bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis. Rujuk: Sutipornpalangkul, Morales NP, Charoencholvanich K, Harnroongroj T. …
Read More »UMUR MUDA TAPI KITARAN HAID TIDAK MENENTU
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Terima kasih diatas kesudian doktor membaca e-mail saya. Tujuan saya menghantarkan e-mail ini adalah untuk meminta nasihat mengenai masalah kitaran haid saya. Saya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu sejak berumur 18 tahun dan kini saya sudah pun berumur 36 tahun. Pada awalnya kitaran haid saya 2 bulan sekali. Kemudian naik 6 bulan sekali dan begitulah seterusnya. Jarak kita haid saya semakin lama semakin tidak menentu. Kini saya sudah tak ingat bila kali terakhir saya datang haid. 5 tahun lepas mungkin. Saya sudah rujuk beberapa kali dengan beberapa orang doktor dan memaklumkan kepada mereka tentang …
Read More »rasa sakit pada jahitan episiotomy
RASA SAKIT PADA JAHITAN EPISIOTOMY “Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak saya pada 31hb yg lalu. Pada hari ke 4, terasa sakit yang amat ketika duduk dan berjalan. Rupa-rupanya, ada benang jahitan yang dimatikan terlalu panjang hingga menyucuk tisu faraj saya dan ianya amat menyakitkan. Boleh saya meminta doctor di klinik untuk memotong lebihan benang tersebut? Terima kasih” WA’ALAIKUMMUSSALAM Jika ketidakselesaan atau rasa sakit disebabkan oleh tusukan benang yang berlebihan, maka cara yang terbaik ialah meminta doktor yang merawat puan memotong pendek benang yang berlebihan. Jangan risau jahitan akan terlerai. …
Read More »Suplemen Vitamin C dan E Membantu Pesakit Endometriosis
SUPLEMEN VITAMIN E DAN C MEMBANTU PESAKIT ENDOMETRIOSIS Endometriosis adalah penyakit yang dihadapai oleh 10% dari wanita muda. Penyakit ini menyebabkan masalah kesuburan (sukar hamil) dan hampir 25% wanita yang mengalami rasa sakit di bahagian pelvis ketia kedatangan haid disebabkan oleh masalah ini. Tidak banyak diketahui tentang punca penyakit ini. Pakar perubtan dan saintis masih lagi berteka-teki jika ditanya tentang punca penyakit ini. Ada teori yang mengatakan bahawa penyakit ini berpunca dari darah haid (yang mengandungi sel-sel endometrium) yang naik ke atas masuk ke dalam kawasan pelvis. Sepatutnya darah haid keluar melalui faraj. Tetapi tidak berlaku dalam kes ini. Selalunya, …
Read More »Pengambilan Vitamin E dan C ketika Hamil
PENGAMBILAN VITAMIN C DAN E KETIKA HAMIL Saya menasihati kepada wanita, sama ada wanita yang ingin hamil, sedang hamil atau baru melahirkan anak agar lebih memberikan perhatian kepada pemakanan yang mereka makan. Ini kerana setiap apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap kesuburan dan kesihatan kita. Salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya banyak berkongsi tentang aspek nutrisi dalam pemakanan. Kebanyakan nutrien yang baik seperti vitamin, mineral, beberapa enzim tertentu dan sebatian lain boleh didapati dari makanan yang tidak berproses terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar. Bagi wanita hamil yang ingin …
Read More »Rasa sakit selepas pembedahan
RASA SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN APPENDICECTOMY Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya telah menjalani pembedahan laparoscopy appendictis kira-kira 4 bulan yang lepas. Namun sehingga ke hari ini, bermula sebulan selepas pembedahan tersebut, sakit yang sama di bahagian bawah kanan perut seperti appendiks kerap berulang. Dan score sakit kekadang mencecah 7, dan range sakit 5-7. Ultra sound serta ct scan telah dibuat pada bulan lepas dan result hanya mendapati terdapat kumpulan najis di bahagian kanan usus, dan ubat telah di ambil untuk itu. Adakah normal untuk rasa sakit yang sama berulang ulang untuk tempoh yang lama dan sangat kerap. Terima kasih atas pencerahan. Walaikumussalam. …
Read More »Vitamin E Membantu Pesakit Jantung
BAGAIMANA VITAMIN E MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA PESAKIT JANTUNG? “Doktor, bagaimana vitamin E membantu pesakit jantung? Adakah ia dapat merawat pesakit seperti ini. Maksudnya adakah vitamin E dapat menggantikan ubat-ubat doktor?” Sebagai doctor (pengamal perubatan) yang banyak menghadiri seminar, konferen dan kelas-kelas berkaitan dengan pemakanan dan nutrisi, saya percaya bahawa kita mendapat manfaat dari nutrisi yang kita makan. Malah sesetengah dari kita harus mengambil suplemen nutrisi tertentu bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih baik. Oleh itu pengamalan diet yang diet yang betul sangat membantu. Kita perlu tahu apa makanan yang harus ditambah dan makanan mana yang harus dielakkan. Jika kita tidak …
Read More »