Saya meragui keberkesanan Evening Primerose Oil sebagai suplemen bagi wanita yang sedang mengalami menopause.
Saya mengakui bahawa gejala-gejala menopause kadang kala menyebabkan seorang wanita agak terganggu dalam menguruskan kehidupan sehariannya.
Antara gejala dan tanda-tanda itu ialah:
1.rasa panas badan
2.sakit pada payudara
3.rasa kurang bernafsu untuk bersama suami
4.kitaran haids yang tidak teratur
5.rasa kekeringan pada faraj ketika bersama suami
6.ada kalanya mengalami masalah membuang air kencing, seperti terkencing ketika batuk atau bersin atau ketawa dan mengalami rasa tidak dapat menahan kencing
7.mood yang berubah-ubah
8.mengalami masalah tidur
Saya ada menulis dalam artikel sebelum ini di http://drzubaidi.com/blog/?p=2951
Unsur aktif dalam EPO adalah asid lemak omega-6 yang dikenali sebagai gamma-linolenic acid (GLA). GLA akan ditukarkan kepada bahan yang dikenali sebagai prostaglandin E1 yang boleh mengurangkan bengkak, dan dapat mengurangkan kesakitan.
GLA inilah yang dikatakan membantu mengurangkan gelaja-gelaja menopause. Namun suplemen EPO tidak membantu mereka mengurangkan gejala-gelaja yang mereka hadapi. Banyak kajian tidak menyokong penggunaan suplemen ini bagi wanita yang sedang mengalami menopause.
Dalam satu artikel yang diterbitkan dalam British Medical Journal (BMJ), menunjukkan 56 wanita menopause yang mengalami panas badan (hot flushes) diberikan dua capsule EPO 500mg tiga kali sehari bersama dengan 10 mg vitamin E untuk enam bulan, dan mendapat ianya tidak memberikan kesan yang diharapkan.
(Rujuk: “Effect of oral gamolenic acid from evening primrose oil on menopausal flushing” BMJ 1994 Feb 19; 308(6927): 501-3)
Natural Medicines Comprehensive Database juga menganggap pengamalan suplemen EPO untuk meredakan gejala menopause sebagai ‘mungkin tidak berkesan’ (Possibly ineffective) berdasarkan kajian-kajian sains yang pernah dilakukan.
Walau bagaimana pun EPO amat popular dalam perubatan aliran complimentary medicine untuk mengubat simptom-simptom ini.
Jadi terserahlah kepada pengguna untuk membuat keputusan, lagi pun suplemen ini selamat digunakan oleh wanita (kecuali yang hamil).
Pengguna harus memberikan perhatian kepada dos bagi setiap tablet yang tertulis pada label. Dos yang biasa diambil ialah 1500-3000mg sehari.
Wallahu a’lam