Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Madu untuk Bayi ?

Madu untuk Bayi ?

madu lebah

 

Salam Dr.

Saya nak mintak pendapat doctor dari segi perubatan moden. Bolehkah kita bagi bayi yg baru lahir (bawah 1 tahun) makan madu? Saya cuba mencari jawaban dalam internet, ada yang kata boleh dan ada yang kata memudaratkan. Mintak pendapat doctor. Terima kasih doctor.

 

Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.

 

Saya menerima banayk pertanyaan yang sama mengenai sama ada madu boleh diberikan kepada bayi yang berumur satu tahun ke bawah.

 

Seperti yang mana kita ketahui bahawa terdapat banyak kebaikan dalam madu.

 

Madu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengekalkan kulit yang lembut. Ia juga bertindak sebagai anti oxidant dan mengandungi pelbagai vitamin dan seperti manganese dan zat besi yang sangat penting bagi pertumbuhan fizikal kanak-kanak.

 

Bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas dan sering batuk dan mempunyai banyak lendir, madu boleh diberikan kepada mereka. Madu melegakan kerongkong dan bertindak sebagai ‘natural cough suppressant’yang menghentikan batuk.

 

Madu harus diberikan dalam kuantiti yang kecil. Ia akan merangsangkan pengeluaran saliva (air liur) dan seterusnya dapat melonggarkan kahak yang pekat.

 

American Academy of Pediatrics (AAP) menasihatkan agar madu tidak diberikan secara langsung atau dicampurkan bersama makanan atau minuman atau ke dalam susu kepada bayi yang berumur satu tahun ke bawah.

 

Ini bukan kerana madu memberikan boleh kesan mudarat kepada mereka, tetapi dibimbangi bekalan madu yang didapati di pasaran tidak bersih dan mengandungi kuman Clostridium botulinum, yang boleh membiak dalam usus bayi yang belum matang.

 

Walaupun kejadian seumpama ini amat jarang berlaku namun ia boleh menyebabkan kematian. Jika ia berlaku, tanda-tanda awal ialah perut menjadi kembung, tidak buang air besar, bayi menjadi lemah, tidak mampu untuk menelan dan tidak aktif berlaku setelah beberapa jam diberikan madu.

 

Selain itu madu yang didapati dari bekalan yang tidak bersih juga mengandungi spora fungal.

 

Spora-spora ini adalah benih-benih fungus yang mungkin tidak memudaratkan orang dewasa, tetapi akan memudaratkan bayi yang berumur satu tahun ke bawah, kerana daya tahan mereka yang lemah.

 

Jadi berhati-hatilah ketika memberikan madu kerana spora-spora ini tidak akan mati walaupun madu dipanaskan pada suhu mendidih.

 

Jika dapat dipastikan bahawa bekalan madu itu bersih, madu boleh diberikan setengah sudu kecil ke dalam susu mereka atau beberapa titik terus ke dalam mulut mereka.

 

 

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: