Lendir di Belakang Tekak dan Bau Badan Kuat

LENDIR DI BELAKANG TEKAK DAN BADAN BERBAU

Image result for Batuk

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya menghidap penyakit allergic rhinitis. Saya mengalami masalah post nasal drip yang sangat busuk dan mengalir dari tekak ke dalam mulut sehingga menyebabkan mulut saya berbau. Saya juga ada masalah bau badan yang kuat. Ia bukan hanya di kawasan ketiak tetapi seluruh badan saya berbau. Peluh saya yang berbau dan kalau tidak berpeluh, ia OK saja. Adakah dengan makan supplement probiotik dapat membantu masalah diatas.  Dan apakah supplement yang terbaik untuk rawat masalah saya? Terima kasih.

Walaikumussalam.

Tuan mengalami dua masalah kesihatan yang mungkin saling kait mengait atau mungkin ia berbeza antara satu sama lain.

Pertama masalah allergic rhinitis dan kedua masalah badan berbau kuat.

Bagi masalah allergic rhinitis, ia sebenarnya sebahagian dari masalah sinusitis. Ia sangat berkait rapat. Selalunya pesakit akan mengalami masalah allergic rhinitis dulu sebelum mengalami masalah sinusitis. Bila allergic rhinitis tidak terkawal, ia menyebabkan jangkitan kuman merebak ke dalam rongga sinus, ini dinamakan sinusitis.

Image result for sinusitis

Sinusitis adalah keradangan pada dinding sinus yang  merupakan rongga kecil yang mengandungi udara yang terletak di belakang tulang pipi dan dahi.

Lendiran yang keluar dari sinus yang dijangkiti kuman yang bermula dari masalah allergic rhinitis, akan menuruni kerongkong dan menyebabkan keradangan pada tekak. Inilah punca bagi post-nasal drips. Jika lendiran itu adalah hasil jangkitan kuman dari rongga sinus, ia menghasilkan lendiran yang lebih pekat, berwarna kuning dan berbau busuk.

Sinusitis juga kan menyebabkan pesakit akan berasa:

  1. Tidak selesa dan sakit kepala,
  2. Demam dengan suhu 38°Celcius atau lebih
  3. Hidung tersumbat atau keluar cairan kuning kehijauan
  4. Bengkak pada wajah dan terasa sakit ketika ditekan
  5. Tidak dapat menghidu dengan baik
  6. Nafas berbau (halitosis)

Cara terbaik mengatasinya ialah dengan melakukan pemeriksaan darah bagi mengetahui punca perkara yang menyebabkan pesakit mengalami alahan. Ujian ini juga dapat dilakukan pada kulit dan dinamakan “Skin Allergic Test”.

Dengan mengetahui punca allergic rhinitis, pesakit dapat mengelakkan diri dari mengambil makanan atau persekitaran yang menyebabkan dia mengalami alahan.

Saya pernah ada seorang pesakit yang mulanya beranggapan dia alah pada udang. Selama ini dia mengelakkan diri dari memakan udang tetapi dia masih kerap mengalami masalah alahan. Selepas pemeriksaan darah, rupanya beliau mengalami masalah alahan pada telur, dan bukan kepada udang. Jadi sekarang beliau boleh meninkmati udang dan mengelakkan memakan telur.

Allergic rihitis dan sinusitis dapat dikawal dengan ubat antihistamine dan steroid. Selalunya doctor akan memberikan ubat-ubat ini untuk beberapa hari bagi mengawal penyakit ini. Pada pesakit sinusitis yang dijangkiti kuman, doctor akan memberikan antibiotik.

Dengan ini masalah lendir di belakang tekak (post-nasal drip) dapat dikawal dengan baik. Ia juga akan menghilang nafas yang berbau.

Bagi melegakan ketidak selesaan pada tekak, saya mencadangkan agar minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 3L sehari bagi ‘mencairkan’ lendiran itu. Melakukan steam inhalation juga membantu ‘melonggarkan’ kahak atau lendir yang pekat.

Selain itu boleh juga mencari beberapa jenis ubat bagi mencairkan kahak di farmasi seperti guaifenesin yang biasanya disediakan sebagai ubat batuk, bagi memudahkan mengeluarkan lendir ketika batuk.

Bromeline dan papain yang terdapat pada nenas dan betik membantu melonggarkan lender. Saya juga mencadangkan agar mengamalkan minum madu dicampurkan dengan lemon atau limau. Madu juga boleh dicampurkan dengan sedikit cuka buah-buahan bagi melegakan tekak yang berlendir.

Saya juga mencadangkan pengambilan vitamin C, vitamin E dan omega 3 bagi mengurangkan kekerapan mendapat serangan acute sinusitis.

Doktor pakar ENT juga mungkin akan melakukan pemeriksaan lanjut seperti CT scan muka dan nasal endoscope (iaitu memasukkan kamera ke dalam rongga hidung bagi melihat permukaan dalam hidung dan sinus).

Semoga bermanfaat.

[IKLAN]

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.  Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini.

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer.

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!