Advertorial
Home » EKF » kitaran haid tidak stabil

kitaran haid tidak stabil

KITARAN HAID TIDAK STABIL

 

 

Ini adalah temubual untuk siaran TV Astro untuk Program Mingguan Wanita (live) pada 16 Ogos 2018 (Khamis).

 

PENGENALAN

Pusingan kitaran haid yang teratur melambangkan kesuburan dan kesihatan seorang wanita. Pelbagai gelaja penyakit boleh menyebabkan gangguan kitaran haid. Ada yang berbahaya dan mengancam kesihatan seperti kanser pangkal rahem, kanser ovari dan kanser rahem.

 

 

  1. APA ITU KITARAN HAID?

Kitaran haid adalah adalah perubahan yang berkala berlaku secara semulajadi berlaku dalam sistem reproduksi wanita (lebih spesifik rahem dan ovari) sepanjang usia kesuburan bagi membolehkan seorang wanita itu hamil, ditunjukkan dengan adanya darah haid yang keluar.

 

Kitaran haid ini melibatkan perubahan hormone yang diperlukan bagi penghasilan telur wanita (oocytes) dan persediaan rahem untuk menerima dan membesarkan telur wanita yang telah disenyawakan oleh telur lelaki (sperma).

 

80% dari wanita mengalami tanda-tanda awal sebelum kedatangan haid, seawal seminggu atau dua minggu sebelum darah haid keluar seperti naik jerawat, rasa tidak selesa pada payudara, rasa kembung perut, rasa mudah penat, emosi tidak menentu dan perubahan mood. Ada yang mengalami tanda-tanda yang teruk, ada yang mengalami tanda-tanda yang tidak teruk.

 

Jika ia mengganggu rutin seharian seperti tidak dapat pergi kerja, ia dinamakan premenstrual syndrome atau PMS.

 

Kitaran haid berlangsung dengan kesan dari perubahan hormone. Jika terdapat perubahan hormone yang ketara, berkemungkinan kitaran haid akan terganggu.

 

Kitaran haid boleh dibahagikan kepada 4 fasa :

Kedatangan darah haid (menstruation)

Fasa follicular

Pengeluaran telur wanita (ovulation)

Fasa luteal.

 

1. Kedatangan Darah Haid (Menstruation)

Fasa ini di mana sel-sel endometrium pada lapisan dalm rahem dikeluarkan melalui faraj. Jadi darah haid sebenarnya mengandungi darah, sel-sel endometrium dan lendiran mukos. Selalunya ia berlangsung antara 3-7 hari.

 

2.Fasa Follicular

Fasa in bermula dari hari pertama kedatangan haid hingga hari pengeluaran telum wanita (ovum). Hormon yang bertanggungjawab adalah hormone Follicle Stimulating Hormone (FSH) yang dikeluarkan dari kelenjar pituitary di otak.  Hormon ini merangsangkan pembentukan beberapa gelembung kecil (follicle) pada permukaan ovari.

 

Setiap gelembung kecil akan mengandungi satu telur wanita (ovum) yang akan dirangsangkan untuk menjadi lebih matang. Telur-telur yang lain akan mati. (Ada kes di mana ada 2-3 telur matang Bersama, menyebabkan kelahiran anak kembar).

 

Fasa ini berlaku selama 10 hari (dalam kitaran haid 28 hari). Perkembangan folikel ini akan merangsangkan penebalkan sel endometrium dalam rahem bagi persediaan menerima ovum yang bakal disenyawakan.

 

3. Ovulasi (pengeluaran telur wanita)

Ovulasi adalah pembebasan atau pengeluaran telur (ovum) yang matang dari gelembung (folikel) pada permukaan kelenjar ovari. Ia berlaku pada pertengahan kitaran haid, selalunya dua minggu sebelum berlakukanya kedatangan darah haid.

 

Semasa fasa follicular tadi, perkembangan folikel akan menyebabkan tahap hormone estrogen akan bertambah tinggi. Hypothalamus dalam otak mengenalpasti kenaikan hormone ini, lalu mengeluarkan hormone yang dikenali sebagai  gonadotrophin-releasing hormone (GnRH). Hormon ini merangsangkan kelenjar pituitary di otak mengeluarkan dua jenis hormone iaitu luteinising hormone (LH) dan Folllicular Stimulating Hormon FSH.

 

Bila hormone LH telah mencapai tahap tertinggi yang tertentu, telur (ovum) akan dilepaskan dan masuk ke dalam saluran fallopian menuju ke rahem. Hayat bagi telur ini adalah 24 jam. Telur akan mati jika tidak disenyawkan dalam jangka masa itu.

 

  1. Fasa Luteal

Fasa ini bermula setelah telur (ovum) yang matang telah dilepaskan dari folikel pada permukaan ovari. Folikel yang koyak ini akan terus berada di permukaan ovari. Ia bertukar bentuk menjadi corpus luteum. Corpus luteum ini akan mengeluarkan hormone progesterone, dan pengeluaran hormone hormone oestrogen semakin dikurangkan. Kombinasi kedua hormone ini akan menebalkan lapisan endometrium dalam rahem, sebagai persediaan menerima telur ovum yang telah disenyawakan.

 

Selepas telur yang disenyawakan ditanam dalam lapisan endometrium ini, hormone  human chorionic gonadotrophin (HCG), iitu hormone yang dapat dikesan dalam air kencing sepanjang kehamilan. Corpus luteum akan terus memastikan hormone progesterone tinggi bagi mengekalkan penebalan lapisan endometrium.

 

Jika kehamilan tidak berlaku, corpus luteum akan mengecut dan akhirnya akan mati menyebabkan penurunan hormone progesterone, akhirnya menyebabkan lapisan endometrium dapat dikekalkan dan akhirnya datang darah haid. Kitaran akan berulang.

 

  1. APAKAH TANDA-TANDA MENUNJUKKAN KITARAN HAID TIDAK MENENTU?

Jadi masalah kitaran haid ini berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormone ini. Antaranya:

 

  1. Premenstrual syndrome (PMS) – perubahan hormone sebelum kedatangan haid boleh menyebabkan penyimapanan air dalam tubuh, sakit kepala, cepat letih dan kecelaruan emosi.
  2. Dysmenorrhoea – atau rasa sakit semasa kedatangan haid. Ini disebabkan pengecutan otot-otot rahem yang terlalu kuat untuk mengeluarkan darah haid. Oleh itu boleh dilegakan dengan cara pengambilan ubat tahan sakit atau melakukan tuam pada bahagian bawah abdomen.
  3. Menorrhagia – atau penadarahn yang banyak semasa berlakunya pendarahan haid, menyebabkan kekurangan darah. Selalunya dirawat dengan pemberian pil-pil hormone. Pemberian herba seperti kacip Fatimah dan vitamin C dan E juga membantu.
  4. Amenorrhoea – haid tidak datang. Ia boleh dianggap sebagai tidak normal, kecuali sebelum Akhil baligh, kehamilan, masa menyusukan anak dan menopause.

 

Kitaran haid yang tidak menentu biasanya melibatkan masa panjangnya kitaran haid, sama ada terlalu penjang atau terlalu singkat.

 

  1. Oligomenorrhea adalah keadaan di mana seorang wanita mengalami kitaran haid yang panjang dan kedatngan haid jarang-jarang berlaku. Kitaran haid bagi wanita yang normal adalah antara 21 hingga 35 hari. Wanita yang kerap mengalami kitaran haid yang melebihi 35 hari secara berulang-ulang didiagnosakan sebagai mengalami kitaran haid yang tidak menentu. Pesakit yang mengalami kitaran haid melebihi didiagnosakan sebagai mengalami masalah oligomenorrhea.

 

  1. Polymenorrhea adalah keadaan di mana seorang wanita mengalami kitaran haid yang pendek kurang dari 21 hari dan menyebabkan kedtangan darah haid yang banyak.

 

 

  1. APAKAH PUNCA-PUNCANYA?

 

Saya suka membahagikan punca-punca masalah kitaran haid yang tidak menentu kepada dua bahaian.

 

Pertama yang bersifat sementara dan tidak berbahaya.

1.Berat badan dan diet
Berat badan yang berlebihan atau terlalu berkurangan menggangu komposisi lemak dalam tubuh wanita (komposisi lemak yang normal antara 26–31%) sehingga menjejaskan kitaran haid.

 

2. Kehamilan 

Kehamilan tidak menyebabkan kedatangan haid. Ramai yang menganggap darah yang sedikit (‘spotting’) sebagai haid, tetapi sebenarnya mungkin berlakunya pendarahan ketika apabila telur yang sudah disenyawakan tertanam pada lapisan endometrium dalam rahim. Pendarahan ini selalunya sedikit dan berlanjutan selama dua hari atau kurang.

 

3. Penyusuan susu ibu 

Penyusuan susu ibu selepas bersalin boleh melambatkan kedatangan haid. Hormon penghasilan susu ibu menghalang ovulasi dan menangguhkan kedatangan haid. Selepas berhenti menyusukan anak, haid tidak datang serta-merta. Namun ramai yang tidak menyaka mereka tidak datang haid sebab hamil semula, semasa tempuh menyusukan anak.

 

4. Pil atau suntikan perancang keluarga

Pil perancang keluaraga atau suntikan perancang keluarga yang mempunya satu jenis hormone boleh menyebabkan darah haid yang sedikit dan tidak lancar. Ia menghalang pembebasan telur dan menyebabkan lapisan endometrium dalam rahem tidak sesuai untuk menerima kadatangan telur yang telah disenyawakan.

 

5. Tekanan emosi 

Tekanan emosi boleh mengganggukeseimbangan hormone dan seterusnya mengganggu kitaran haid. Ia bersifat sementara.

 

6. Gangguan pemakanan

Diet yang ekstrem seperti yang berlaku pada pesakit anoreksia nervosa dan bulimia adalah jenis gangguan pemakanan yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur. Masalah ini boleh menyebabkan berat badan berkurangan (mengganggu komposisi lemak) dan kekurangan nutrisi, yang boleh mengubah keseimbangan hormon yang mengawal kitaran haid.

 

7. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat sintetik yang diberikan untuk merawat masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid, contohnya pil perancangan kehamilan, pil hormon, ubat mengawal sawan, dan ubat mengawal kemurungan.

 

8. Aktiviti fizikal yang berlebihan 

Aktiviti fizikal yang berlebihan memberi kesan kepada keseimbangan hormon dengan mempengaruhi kelenjar hipotalamus. Contohnya atlet yang siap sedia berlatih untuk kejohanan atau wanita yang terpaksa bekerja keras mengangkat barang berat.

 

Kedua yang bersifat kekal (jika tidak dirawat) dan lebih berbahaya. 

Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)

  1. Ia adalah masalah sering dialami oleh wanita. Kadang kala menreka tidak menyedari sehingga mereka melakukan pemeriksaan kerana lambat hamil. Ia berlaku apabila terdapat perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan telur ovum tidak matang matang. Perubahan hormon ini juga boleh menyebabkan:

obesity

-jerawat

-bulu-bulu di muka

-ketidaksuburan atau sukar hamil

PCOS boleh didiagnosa melalui pemeriksaan ultrasound yang menunjukkan banyak sista(cyst) pada permukaan ovari.  anda.

 

2. Masalah ketidakseimbangan hormone lain

-Masalah hormone yang lain seperti masalah berlebihan hormone thyroid (hyperthyroidism) atau kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism).

-Masalah berkaitan denga metabolisme seperti diabetes mellitus.

-Masalah berlebihan hormone prolactin atau hyperprolactinemia (yang bertanggungjawab menrangsangkan penghasilan susu ibu)

-Masalah kekurangan hormone progestrone

 

 

  1. APAKAH RAWATAN YANG DIBERIKAN DAN APA PETUA YANG MUNGKIN BOLEH DIAMALKAN?

Selalunya doctor akan memberikan ubat pil hormone selalunya dalam bentuk pil perancang kehamilan. Selalunya doctor mencuba antara 3-6 bulan bagi melihat keserasian atau keberkesanan ubat.

 

Ada juga yang memberikan ‘pil pelawas haid’ semata-mata untuk mengeluarkan haid. (bukan melancarkan semula kitaran haid). Beberapa pil hormone sintetik progestrin untuk meningkatkan tahap hormo progesterone dalam tubuh. Bila pil ini dihentikan beberapa hari, tahap hormone akan turun secara mendadak dan menyebabkan lapisan endometrium runtuh dan menjadi darah haid. Masalah dengan pil ini ialah apabila masalah ini selalunya berulang semula. Ia seolah-olah memaksa pengeluaran darah haid. Bila tak ambil pil ini haid tidak datang semula.

 

Saya sendiri mencadangkan penjagaan makanan. Bila kita menjaga makanan dengan betul, berat badan akan mencapai berat yang ideal dan kita mendapat nutrisi yang mencukupi bagi kesimbangan hormone.

 

Cara mencadangkan pemakanan yang rendah karbohidrat ringkas dan tinggi karbohidrat kompleks seperti sayuran dan buah (yang mengandungi banyak fiber) dan tinggi lemak sihat (seperti minyak zaitun yang mengandungi mono dan poly unsaturated fatty acid). Minum air seukupnya 2.5 L sehari, mendapat cukup rehat dan tidur antara 6-8 jam sehari, banyak pergerakan fizikal terutama berjalan kaki dan sentiasa tenang dengan banyakkan senyum, sabra, redha dan syukur.

 

Saya juga mencadangkan pengambilan herba kacip Fatimah dan manjakani yang telah digunakan lama dulu dan banyak tercacat kehebatannya dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam. Cum acara menggunaannya haruslah betul dan  jangan berlebihan.

 

Pengambilan prebiotic (makanan bagi kuman-kuman baik dalam susu) seperti tempe, kimci dan probiotik (kuman-kuman baik dalam usus) seperti yogurt membantu mendapat kesimbangan hormone. Ia bukanlah rawatan utama tetapi membantu kita mengekalkan gaya hidup sihat.

 

Elakkan pengambilan gula yang berlebihan dalam air/makanan yang manis, air gas, kek-kek manis. Banyakkan makan beras perang atau beras rebus yang mengandungi banyak fiber, mineral dan vitamin.

 

Selain itu, pil ini juga menyebabkan lendir pada pangkal rahim menjadi lebih pekat supaya sperma lebih susah untuk masuk ke dalam rahim.

 

  1. BAGAIMANA HENDAK MENGIRA KITARAN HAID YANG BETUL? SALAH FAHAM BERKAITAN KITARAN HAIDS

Pengiraan kitaran haid ialah bermula dari hari pertama darah haid keluar (dikira hari pertama) sehingga hari sebelum darah haid pada kitaran seterusnya keluar (hari terakhir).

 

Jadi kalua kita ikut kalender,mungkin tak tepat kerana kalender kita mengikut perkiraan peredaran matahari. Ada 30 hari dan 31 hari. Ia lebih tepat jika kita mengikut kalender yang menggunakan perkiraan berdasarkan peredaran bulan yang mempunyai kitaran 30 hari.

 

Kitaran haid yang normal adalah berbeza antara wanita. Yang normal antara 21 hingga 35 hari.

 

Masalah yang biasa berlaku:

  1. Tidak pasti darah yang keluar pada hari pertama itu darah haid atau bukan kerana terlalu sedikit, kemudian berhenti kemudian datang semula. Ini berlaku pada wanita yang mengalami masalah kitaran haid. Ini menyebabkan pengiraan kitaran haid yang salah

 

  1. Darah yang keluar sedikit selepas Bersama suami (melakukan hubungan intim). Sebenarnya ia pendarahan akibat luka pada faraj atau permukaan pangkal rahem.

 

  1. Darah yang keluar sedikit di antara kitaran haid. Ia mungkin tanda awal kanser pangkal rahem atau kanser rahem.

 

  1. Darah yang keluar setelah disahkan mengalami menopause, terutama wanita yang berusia 55 tahun ke atas. Ia mungkin tanda kanser rahem. Ia bukan darah haid.

 

  1. Darah yang keluar ketika hamil, sama ada di awal kehamilan atau diakhir kehamilan. Ia mungkin tanda awal keguguran, masalah uri yang tidak kuat atau masalah kelahiran pramatang.

 

  1. Darah keluar sedikit dan menyangka darah haid. Darah yang kecluar selalunya tidak banyak kemudian berhenti dan menyngka ia darah haid. Bila periksa ujian UPT mendapati positif (hamil). Ia bukan darah haid tetapi darah yang keluar semasa telur wanita yang telah disenyawakan ditanam dalam endometrium di dalam rahem.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

 

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, bagi masalah kitaran haid yang tidak menentu, Ekstrak kacip fatimah dikatakan dapat melancarkan semula kitaran haid.  Ia digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

 

Boleh dapat dari wakil pengedar kami.

 

 

 

 

Boleh dapatkan Ekstrak Kacip fatimah dan Vitamin E dar wakil-wakil kami.

 

Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: