Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Jangkitan Rotavirus mudah berlaku di TASKA

Jangkitan Rotavirus mudah berlaku di TASKA

 

nappy

Rotavirus, sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan bayi dan kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah, sehingga menyebabkan kematian.

 

Apabila berlaku wabak jangkitan rotavirus yang menyebabkan cirit-berit, mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi sahaja adalah tidak mencukupi untuk mencegah jangkitan rotavirus.

 

Vaksin rotavirus adalah antara langkah pencegahan yang paling berkesan dan selamat.

 

Ramai doctor yang menyarankan agar suntikan vaksin diberikan kepada bayi dan kanak-kanak, namun saya mengharapkan ibubapa menimbangkan keperluan suntikan itu terutama pada bayi yang berumur enam bulan.

 

Boleh baca penulisan saya di http://drzubaidi.com/blog/?p=2594

 

Cirit-birit tidak semestinya berpunca dari jangkitan rotavirus, ia boleh disebabkan jangkitan lain. Cuma kebanyakan jangkitan cirit-berit disebabkan jangkitan rotavirus. Perbezaan ini sukar dikenalpasti kerana pesakit akan menunjukkan tanda-tanda yang sama.

 

Bayi dan kanak-kanak itu boleh mengalami muntah yang berpanjangan sehingga seminggu, sakit perut da demam yang berpanjangan.

 

Jika cirit-birit dan demam melebihi dua minggu, bayi dan kanak-kanak itu mungkin mengalami kekurangan air dalam badan dan menyebabkan beliau lemah dan tidak bermaya.

 

Jika ini tidak dirawat, boleh menyebabbkan kerosakan organ, dan mungkin kematian.

 

Jangkitan rotavirus senang tersebar di kalangan kanak-kanak yang tinggal di TASKA kerana bayi dan kanak-kanak yang mengalami cirit-berit akibat jangkitan rotavirus boleh mengeluarkan 100 billion partikel virus setiap gram najis mereka. Sedang jika hanya 10 partikel rotavirus yang berjangkit sudah cukup menyebabkan berlaku jangkitan itu.

 

Kanak-kanak yang sudah besar dan penjaga TASKA haruslah mengambil langkah proaktif dengan mengamalkan kebersihan diri dengan mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, selepas menggunakan tandas dan selepas menyentuh permukaan yang tercemar.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: