Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Bolehkah saya memberikan garam pada bayi saya?

Bolehkah saya memberikan garam pada bayi saya?

baby eat

 

 

“Assalamu alaikum, baru-baru ini ibu saya mencadangkan kepada saya agar memberikan sedikit ‘garam bukit’ kepada bayi saya yang berumur satu tahun kerana katanya ia adalah cara untuk mengelakkan gangguan jin dan memberikan tenaga untuk bayi saya. Saya keliru, bolehkan bayi saya diberikan sedikit garam pada bayi saya?”

 

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya berpendapat bahawa memberikan sebarang jenis garam pada bayi, terutama berumur satu tahun ke bawah boleh membahayakan kesihatan malah nyawa bayi puan.

 

 

Ini kerana bayi puan masih yang kecil. Organ penghadaman mereka masih tidak matang dan  masih tidak berfungsi dengan sempurna. Bayi hanya memerlukan kuantiti garam yang kecil dalam makanan atau minuman mereka.

 

 

Bayi yang berumur setahun seperti anak puan hanya memerlukan kurang dari 1g (0.4g sodium) sehari.

 

Sebagai panduan, puan boleh melihat jadual di bawah bagi keperluan garam untuk anak puan.

 

 

Umur

Keperluan garam (g/sehari)

Kurang setahun

1

1 – 3 tahun

2

4 – 6 tahun

3

7 – 10 tahun

5

Selepas 11 tahun

6

 

 

Apabila puan memberikan anak puan kuantiti garam yang banyak, ia boleh menyebabkan ginjal bayi puan yang masih belum matang menjadi rosak, dan anak puan boleh mendapat penyakit darah tinggi pada usia muda dan mengalami sawan.

 

 

Sememangnya garam adalah bahan yang penting dalam tubuh. Puan jangan bimbang dengan bekalan garam untuk anak puan. Ini kerana bayi akan mendapat kesemua bekalan garam yang diperlukan melalui susu yang diminum sama ada melalui susu ibu atau susu formula.

 

 

Saya percaya bahawa bayi puan telah mula diberikan makanan separa pepejal. Puan tidak perlu menambahkan garam pada makanan bayi puan, walaupun puan merasakan makanan yang puan sediakan untuk bayi puan rasanya agak tawar.

 

 

Saya tidak menggalakkan puan memberikan makanan yang telah diproses dan sedia dihidangkan (“pre-prepared foods”) untuk orang dewasa kepada bayi puan kerana kebiasaanya ia mengandungi kuantiti garam yang tinggi.

 

 

Begitu juga jika puan mahu berkongsi makanan lain yang dimasak di rumah atau di restoren, dengan bayi puan. Ini kerana kebanyakan makanan yang disediakan untuk orang dewasa mengandungi kandungan garam yang tinggi.

 

 

Makanan khas untuk bayi, yang dijual secara komersial di pasaraya selalunya tidak mempunyai kandungan garam yang tinggi.

 

 

Namun puan harus melihat label yang disediakan pada bungkusan atau tin makanan dan harus menyesuaikan makanan yang dibeli mengikut umur, bagi mengelakkan puan memberikan makanan yang mengandungi makanan yang mempunyai garam yang tinggi.

 

 

Ini termasuk ketika memberikan biskut kering untuk orang dewasa pada bayi puan.

 

 

Label pada makanan yang dibungkus akan menunjukkan tulisan kandungan garam dalam setiap 100g makanan.

 

 

Label yang menunjukkan sebagai 2.5g garam adalah bersamaan dengan 1g sodium.

 

 

Kandungan garam yang tinggi adalah kandungan garam yang melebihi 1.5g garam per 100g (atau 0.6g sodium). Kandungan garam yang rendah adalah kandungan garam yang kurang dari 0.3g garam per 100g (atau 0.1g sodium).

 

 

Makanan-makanan yang segar seperti buah-buahan, salad, susu, daging ikan dan lembu, telur dan kekacang, juga mempunyai kandungan garam yang rendah sesaui untuk pemakanan bayi dan tidak perlu penambahan garam.

 

 

Kesimpulannya, cuba elakkan memberi garam tambahan pada anak puan ketika menyediakan makanan untuknya.

 

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: