Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Berapa lama susu ibu boleh bertahan

Berapa lama susu ibu boleh bertahan

BERAPA LAMA SUSU IBU BOLEH BERTAHAN?

 

Gambar hiasan

Gambar hiasan

 

“Salam doctor. Semoga dr berada dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya.  Saya mahu bertanyakan, berapakah tempoh hayat sebenar bagi susu ibu yang diperah dan disimpan dalam deep freezer? Adakah benar-benar tempoh maksimum hanya sehingga 6 bulan? Atau masih boleh digunakan setelah tempoh 6 bulan?. Ini kerana saya menghasilkan susu sebanyak lebih kurang 50-60 oz sehari, maka masih terdapat susu yang telah melebihi tempoh tersebut yang masih belum dgunakan. Saya juga telah mencuba susu tersebut  & mendapati rasanya sama sahaja dengan susu-susu  yang masih belum tamat tmpohnya. Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Berapa lama susu ibu dapat bertahan, bergantung kepada bagaimana dan di mana susu ibu itu disimpan.

 

Selalunya, susu ibu kekal segar pada suhu bilik (60-85 darjah Fahrenheit) selama tiga hingga empat jam. Tetapi susu dalam keadaan sejuk, seperti musim sejuk di England, ia boleh bertahan dengan lebih lama iaitu antara enam hingga lapan jam.

 

Jika ia disimpan dalam peti sejuk, ia boleh digunakan semula antara tiga hingga lima hari. Susu ibu yang disimpan dalam keadaan sejuk beku boleh digunakan lebih lama lagi.

 

Jika ia disimpan dalam peti sejuk yang mempunyai pintu yang berasingan, susu ibu beku tahan selama 3 hingga 6 bulan.

 

Susu yang disimpan baik dalam petisejuk, kadang kala boleh bertahan lebih dari itu.

 

Walau bagaimana pun puan boleh mencuba merasa susu ibu dulu sebelum memberikan pada anak. Jika ia rasa masam, berkemungkinan telah dicemari oleh kuman.

 

Untuk mengelakkan ini, cuci tangan sebelum mengepam susu ibu dan segera menyimpan dalam petisejuk.

 

Jika mahu menggunakan semula, elakkan mencairkan susu ibu yang beku dengan menghangatkannya di atas dapur. Bia ria cair perlahan-lahan pada susu bilik.

 

Wallahu a’lam

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: