Bayi Berusia 2 bulan Sukar Buang Air Besar

BAYI BERUSIA 2 BULAN SUKAR MEMBUANG AIR BESAR

 

“Assalamualaikum Dr. Saya ada sedikit persoalan tentang diet ibu yang menyusukan bayi. Bayi tersebut berusia 2 bulan dan mempunyai masalah kerana sudah seminggu tidak membuang air besar dan sering keluar angin. Perut bayi juga agak kembung. Adakah hal ini disebabkan diet ibu? Apakah makanan yg sesuai untuk mengelakkan masalah tersebut? Selain itu, adakah benar bayi dibawah umur satu tahun tidak sesuai diberikan madu?”

WA ALAIKUMMUSSALAM

Bayi yang berusia dua bulan mengalami masalah sembelit (sukar membuang air besar) dan hanya boleh membuang angin saja, berkemungkinan ada beberapa sebab:

1. Jika dia menyusu badan (susu ibu), bayi berkenaan berkemungkinan tidak cukup diberikan susu ibu sehingga dia mengalami dehidrasi. Akhirnya najisnya menjadi keras dan mengalami kesukaran untuk membuang air besar.

2. Jika dia diberikan susu formula, selalunya ia disebabkan oleh kesan sampingan susu formula itu yang boleh menyebabkan sembelit di kalangan bayi. Tambahkan kekerapan menyusu bagi memperbanyakkan air dalam sistem penghadam, yang akan membuatkan najis bertambah lembut.

Jadi cara terbaik bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah (dalam kes anak puan, berusia 2 bulan), cara terbaiklah memperbanyakkan susu yang diminum. Ia akan mengelakkan keadaan sembelit berlaku berulang kali.

Selain itu untuk membuang bayi membuang air besar, saya mencadangkan menggunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun. Caranya ialah dengan membersihkan tangan ibu dengan sabun sehingga bersih. Celupkan jari telunjuk dalam minyak. Masukkan jari yang dilumuri dengan minyak ke dalam mulut bayi. Amalkan sebanyak 2-3 kali sehari sehingga anak membuang air besar.

Jika masalah ini tidak diselesaikan dengan pemberian kuantiti susu yang lebih banyak, saya mencadangkan bayi ini dibawa untuk pemeriksaan doktor.

Boleh dapatkan minyak kelapa dara keluaran UTM dari kami di needsvenue sdn bhd.

Klik di sini untuk mendapatkan VCO keluaran UTM 

Leave a Reply

error: Content is protected !!