Minyak zaitun dan minyak kelapa dara kedua-duanya mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan, tetapi terdapat beberapa perbezaan utama antara keduanya: Kelebihan Minyak Zaitun Extra Virgin 1. Kandungan Lemak: Minyak zaitun mengandungi asid lemak tak tepu tunggal yang tinggi, terutamanya asid oleik, yang baik untuk kesihatan jantung. 2. Antioksidan: Kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan polifenol, yang membantu melawan keradangan dan melindungi sel-sel daripada kerosakan. 3. Kegunaan: Biasanya digunakan dalam salad, memasak pada suhu rendah hingga sederhana. Untuk minyak zaitun OLIVIE, boleh ambil terus satu sudu ke dalam mulut dua kali sehari untuk mengekalkan khasiatnya. Sementara …
Read More »VCO
APA PERBEZAAN MCT DAN VCO?
Virgin Coconut Oil (VCO) dan Medium Chain Triglycerides (MCT) oil adalah dua jenis minyak yang berasal dari kelapa, tetapi mereka mempunyai perbezaan yang ketara dalam komposisi dan manfaat kesihatan. Virgin Coconut Oil (VCO) VCO diekstrak dari daging kelapa segar tanpa menggunakan bahan kimia atau pemanasan tinggi. Ia mengandungi pelbagai jenis asid lemak, termasuk lauric acid (C12), capric acid (C10), caprylic acid (C8), dan lain-lain. VCO terkenal dengan sifat antimikrobial dan antioksidan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun dan menyokong kesihatan kulit dan rambut. VCO mempunyai rasa dan bau kelapa yang kuat, menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam masakan dan …
Read More »BAHAYAKAH SANTAN DAN MINYAK KELAPA DARA (VCO)?
BAHAYAKAH SANTAN DAN MINYAK KELAPA DARA (VCO)? Isu santan (VCO) untuk dimakan. Saya telah mengulasnya dengan panjang. Bagi singkatkan perbincangan saya berikan dalam bentuk point. 1. Saya tidak pernah beritahu VCO atau santan bahaya untuk dimakan. Jika pernah membaca di mana2, ia mungkin salah faham. Dan saya tidak pernah gunakan perkataan BAHAYA. Jadi jika ada yang kata saya menyuruh pesakit menjauhi santan, itu satu fitnah. Saya tidak pernah menasihati untuk menjauhi santan pada mana-mana pesakit. Perkataan yang pernah saya gunakan adalah BERHATI-HATI dengan santan. Saya juga mengambil masakan bersantan tetapi bukan setiap hari dan tidak …
Read More »Psoriasis dan VCO
PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis. Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal …
Read More »RAWATAN SEMBELIT DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK
Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan anak saya berusia 3 tahun, mengalami masalah najis yang keras. Mohon cara mengatasinya. Terima kasih. Waalaikumussalam. Sembelit di kalangan kanak-kanak dan bayi adalah suatu yang biasa berlaku. Mereka mungkin akan membuang air besar setiap kali lepas makan, atau membuang air dua atau tiga hari sekali. Dalam kedua-dua keadaan ini, ia mungkin lagi dalam keadaan normal. Ini semua bergantung kepada apa yang mereka makan atau minum, bagaimana aktif pergerakan fizikal mereka dan bagaimana mereka dapat menghadamkan makanan mereka. Bagi kanak-kanak yang telah mula memakan makanan yang pejal (solid food) dan minum air secukupnya (buah-buahan …
Read More »Kulit Kepala Berminyak, Hujung Rambut Kering
KULIT KEPALA BERMINYAK, HUJUNG RAMBUT KERING “Salam doktor. Saya mengalami masalah rambut berminyak, terutama pada kulit kepala.Yang menghairankan saya ialah di hujung rambut pula kering. Ini menyebabkan rambut saya bercabang dan kering di hujungnya. Apa nasihat doktor?” Waalaikummussalam. Kulit kepala dan rambut kita mengelurkan minyak secara semula jadi. Di anggarkan sebanyak 2-4 gram minyak (sebum) yang dikeluarkan setiap hari. Secara perbandingannya ia menyamai satu sudu teh minyak masak. Masalah yang biasa berlaku ialah apabila minyak yang dihasilkan ini tidak disebarkan secara rata, sehinggakan minyak terkumpul di akar rambut sementara hujung rambut menjadi kering. …
Read More »Bayi Berusia 2 bulan Sukar Buang Air Besar
BAYI BERUSIA 2 BULAN SUKAR MEMBUANG AIR BESAR “Assalamualaikum Dr. Saya ada sedikit persoalan tentang diet ibu yang menyusukan bayi. Bayi tersebut berusia 2 bulan dan mempunyai masalah kerana sudah seminggu tidak membuang air besar dan sering keluar angin. Perut bayi juga agak kembung. Adakah hal ini disebabkan diet ibu? Apakah makanan yg sesuai untuk mengelakkan masalah tersebut? Selain itu, adakah benar bayi dibawah umur satu tahun tidak sesuai diberikan madu?” WA ALAIKUMMUSSALAM Bayi yang berusia dua bulan mengalami masalah sembelit (sukar membuang air besar) dan hanya boleh membuang angin saja, berkemungkinan ada beberapa sebab: 1. Jika dia menyusu …
Read More »Pedih Ketika Menyusukan Bayi
“Salam doctor, saya baru melahirkan anak berusia 2 bulan. Saya menyusukan anak. Masalah saya ialah saya berasa sakit ketika menyusukan anak saya, terutama di bahagian putting, sehingga sampai ke bahu rasa sakitnya. Saya telah berjumpa doctor. Doktor memberikan ubat penahan sakit dan antibiotic. Saya risau untuk mengambil ubat tersebut kerana anak saya masih menyusu. Mohon pandangan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, ia adalah saat yang mengujakan terutama bagi seorang wanita yang baru menjadi ibu. Ketika bayi menghisap putting dan susu dikeluarkan, hormon oxytocin juga mula meningkat dalam darah. Hormon ini bertujuan memperbanyakkan susu …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
