Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Bahayakah menahan kentut?

Bahayakah menahan kentut?

ADAKAH BERBAHAYA MENAHAN KENTUT?

mitochrondial

 

“Salam doctor. Baru-baru ini saya mengerjakan umrah dan ketika beriktikaf, saya menahan kentut kerana tempat mengambil wuduk agak jauh. Adakah menahan kentut ini berbahaya? Mohon pencerahan”.

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya faham keadaan saudara kerana saya pernah berada di sana. Memang tempat mengambil wuduk dan bilik air agak jauh dari tempat solat.

 

Ramai yang menyangka menahan kentut sangat berbahaya. Ini disebabkan kentut mengandungi gas Hidrogen Sulfida, yang menyebabkan kentut kita busuk.

 

Namun dalam satu kajian di Universiti Exeter di England menunjukkan bahawa hidrogen sulfida boleh mencegah kerosakan mitokondria.

 

Mitochondria

 

 

Mitokondria adalah struktur penting dalam sel yang menjana tenaga. Kerosakan mitokondondria akibat serangan jangkitan kuman (virus atau bakteria) akan menyebabkan pesakit berasa lemah dan tidak bertenaga.

 

Oleh saintis mencadangkan sebagai satu strategi untuk merawat penyakit seperti stroke, lemah jantung, diabetes, arthritis, demensia, dan melambatkan proses penuaan ialah dengan mencegah atau mempercepatkan kerosakan yang dialami oleh mitokondria. Ini dapat dilakukan dengan menyimpan sedikit kuantiti gas itu dalam badan.

 

Menurut Profesor Matt Whiteman dari University of Exeter, ketika sel mengalami stres karena serangan kuman atau disebabkan oleh satu penyakit, tubuh akan membina satu enzim untuk menghasilkan hidrogen sulfida dengan jumlah yang lebih banyak dari biasa. Ini akan merawat mitokondria yang sedang mengalami kerosakan dan mempercepatkan kesembuhan mitokondria.

 

Mitokondria yang sihat akan bekerja lebih baik dan menghidupkan sel yang hampir mati.

 

Sementara itu Dr Mark Wood dari Jabatan Biosains di University of Exeter mengatakan bahawa, meskipun hidrogen sulfida dikenal gas berbau busuk boleh menyebabkan perut kembung, gas ini secara yang terhasil semulajadi dalam tubuh, dalam kuantiti yang kecil ia boleh menjadi ubat pada depan untuk berbagai jenis penyakit.

 

Kesimpulannya menahan kentut dan membiarkan sedikit gas hydrogen sulfida dalam perut adalah tidak berbahaya malah memberikan manfaat.

 

Kajian itu diterbitkan di jurnal Medicinal Chemistry Communications. Boleh baca laporan penuh di http://www.exeter.ac.uk/news/research/title_393168_en.html

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: