Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Bagaimana berlaku Alahan atau Allergy?

Bagaimana berlaku Alahan atau Allergy?

 

 

Allergic Hypersensitivity secara mudah diterangkan sebagai ‘tindakbalas daya tahan(immune reaction) yang memudaratkan terhadap protein pada allergen (penyebab alahan) dalam persekitaran kita, yang biasanya tidak memberikan mudaratan kepada orang biasa yang tidak mempunyai alahan.

 

Maknanya orang yang alergik ini mempunyai daya tahan atau antibody yang lemah kah?

 

Sebenarnya orang yang alergik akan mempunyai daya tahan yang sensitif. Maknanya jika pada orang biasa, ‘sepuluh kekuatan’ allergen akan menyebabkan tindakbalas alahan(alergik), tetapi bagi orang yang alergik, hanya ‘satu kekuatan alergen’ boleh menyebabkan tindak balas alahan ini.

 

Sebab itu bagi orang biasa, keadaan berhabuk dan makan makanan laut tidak memudaratkan mereka, tetapi bagi orang yang mengalami alergik, habuk dan makanan laut boleh menyebabkan mereka mengalami alahan.

 

Tindakbalas alahan ini yang biasanya dialami ialah bersin yang melampau, rasa gatal pada kulit dan ruam/radang. Dalam keadaan tertentu mereka boleh mengalami serangan asthma, sukar bernafas, anaphylaxis shock dan kematian.

 

Terdapat juga alahan yang memberikan kemudaratan tetapi tidak melibatkan daya tahan.

 

Sebagai contoh, ialah ceret-beret (diarrhea) disebabkan minum susu lembu akibat kekurangan enzim lactose. Ia sebahagian dari alahan makanan yang tidak melibatkan system daya tahan seseorang.

 

Doktor, kalau betul doctor kata saya ada alahan, mengapa dulu saya tak ada masalah dengan makanan laut, tetapi sekarang doctor kata saya mengalami alahan pula”

 

Alahan berlaku apabila seseorang terdedah dengan alagen penyebab alahan beberapa kali. Ini bermakna jika jika dia mempunyai genetic alahan, apabila memakan makanan laut buat pertama kali, dia tidak akan mengalami apa-apa masalah.

 

Tiada tindakbalas alahan seperti gatal dan ruam berlaku, tetapi proses pembentukan alahan mula berlaku. Proses ini tidak berlaku serta merta dan ada kalanya mengambil masa sehingga enam minggu untuk berlaku.

 

Setelah proses pembentukan alahan telah lengkap berlaku, tindakbalas alahan ini boleh berlaku pada bila-bila masa saja.

 

Pada masa itu, apabila selesai memakan makanan laut, secara tiba-tiba orang ini  akan mula merasa gatal dan membentuk ruam.

 

Ketika proses pembentukan alahan ini, antibodi Immunoglobulin E (IgE) akan dikeluarkan oleh sel putih. Antibodi ini akan sentiasa berada dalam darah. Apabila alergen penyebab alahan masuk ke dalam darah, IgE akan melekat kepada alergen dan  gabungan IgE-alergen ini akan melekat pada sel Mast, yang kemudiannya akan mengeluarkan Histamine.

 

Pengeluaran Histamine dalam kadar yang sedikit dapat dikawal oleh tubuh dengan baik, dan menyebabkan tindak balas alahan yang sederhana.

 

Manakala pengeluaran Histamine yang banyak (bagi orang yang alergik) akan menyebabkan tindak balas alahan yang kuat dan melampau sehing menyebabkan anaphylaxis dan kematian.

 

Ada juga orang yang telah mengalami proses pembentukan alahan, dan apabila diperiksa menggunakan ujian kulit (allergy test) akan menunjukkan tanda positif, tetapi tidak mengalami alahan jika terdedah kepada allergen.

 

Keadaan ini dikenali sebagai “Latent Allergy” dan orang yang mengalaminya tidak mempunyai masalah kesihatan. Mereka meneruskan hidup tanpa menyedari mereka telah pun membentuk proses alahan dalam diri mereka. Bila-bila masa saja mereka boleh mengalami tindak balasa lahan.

 

Alahan yang biasa selalunya berlaku sebagai serangan Asthma, Allergic Rhinitis (resdung), Atopic Eczema, Contact Dermatitis, Urticaria (gegata), Allergic Conjunctivitis, dan alahan kepada ubat-ubatan seperti Penicillin.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!