Advertorial

Adakah Penyakit Jantung Berlubang Perlu Dibedah ?

Baru-baru ini saya bertandang ke rumah rakan sempena sambutan Hari Raya Puasa. Di samping mengucapkan selamat hari raya, saya juga mengucapkan ”tahniah dan selamat menjadi ibubapa” kerana mereka baru saja dikurniakan seorang cahayamata lelaki.

Dalam masa berbual-bual, beliau menceritakan tentang anaknya yang baru saja dikeluarkan dari NICU kerana dilahirkan dalam usia kandungan yang tidak matang.

Namun apa yang merunsingkan mereka ialah apabila diberitahu oleh doktor pakar bahawa anak mereka mengalami penyakit jantung berlubang. Berita yang sebegini tentu saja merunsingkan hati ibubapa, lebih-lebih lagi mengingatkan nasib anak saudara mereka yang meninggal dunia ketika berumur 6 tahun akibat penyakit yang sama.

Saya cuba menenangkan mereka dengan bertanyakan sama ada penyakit itu telah dipastikan atau masih lagi dalam kategori ”suspected”.

Namun maklumat yang saya dapati amat mengecewakan, kerana mereka tidak pasti apa yang berlaku dan hanya diberitahu bahawa anak mereka menghidap penyakit jantung berlubang setelah doktor mendengar degupan jantung anak mereka dan mendapati terdapat bunyi ”murmur” yang selalu dikaitkan dengan masalah kebocoran jantung.

Anak yang hanya berumur 2 bulan itu telah didiagnosakan sebagai menghidap penyakit jantung berlubang hanya dengan ausculation, iaitu mendengar degupan jantung menggunakan stethoscope.

Ini menimbulkan banyak tandatanya pada saya dan saya merasakan tentu ada ”communication breakdown” di antara mereka dan doktor yang membantu kelahiran anak mereka. Yang pastinya mendiagnosa penyakit jantung berlubang bukanlah semudah itu.

 

”(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali” (al Baqarah 156)

 

Memahami Penyakit Jantung Berlubang

Penyakit jantung berlubang sebenarnya adalah penyakit congenital iaitu penyakit dialami sejak dari lahir, yang melibatkan kebocoran pada septum jantung yang menggganggu peredaran darah dalam jantung.

Jantung kita mempunyai dua bahagian iaitu sebelah kanan dan kiri dan di antara keduanya dibahagikan lagi menjadi empat bilik. Jantung sebelah kanan dan kiri dipisahkan oleh dinding yang dipanggil septum. Septum ini akan menghalang percampuran darah yang mengandung banyak oksigen di sebelah kiri dan darah yang mengandungi kurang oksigen di sebelah kanan jantung.

Namun begitu atas sebab tertentu ada bayi yang dilahirkan mempunyai lubang pada dinding septum ini.

Jika lubang itu berada di bahagian atas dinding septum ia dikenali sebagai atrial septal defect (ASD). Jika lubang itu berada di bahagian bawah septum ia dinamakan sebagai ventricular septal defect (VSD).

ASD dan VSD menyebabkan darah akan bergerak dari kiri kanan. Ini bermakna darah yang mempunyai kandungan oksigen yang tinggi tidak akan memasuki aorta dengan kadar yang banyak. Darah yang mengandungi oksigen yang banyak itu tidak dihantar dengan kuantiti yang secukupnya keseluruh tubuh. Ini menyebabkan jantung akan menunjukkan simptom-simptom bagi kegagalan jantung (heart failure).

 

Simptom kegagalan jantung

Kebanyakan bayi yang menghidap atrial septal defects (ASDs) tidak mempunyai tanda atau simptoms yang tertentu. Biasanya hanya kedengaran bunyi degupan jantung murmur yang dikesan melalui pemeriksaan jantung melalui stethoscope.

Namun begitu tidak semua degupan jantung murmur menandakan seorang bayi mengalami masalah kecacatan jantung. Ramai juga kanak-kanak yang sihat mempunyai bunyi sebegini.

Apabila kebocoran itu serius akibat lubang pada dinding septum jantung itu membesar, maka tanda-tanda kegagalan jantung akan bermula. Antaranya mudah penat dan susah bernafas terutama selepas aktiviti fizikal, selain itu air akan berkumpul di paru-paru dan pergelangan kaki akan bengkak.Ia selalunya bermula selepas bayi meningkat umur dan mula melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan dan berlari.

Jika bayi yang belum boleh berjalan dan berlari, masalah utama yang biasa dihadapi ialah kesukaran  untuk memberikan makanan dan menyusukan pada bayi itu, seterusnya menyebabkan pertumbuhan fizikalnya menjadi agak terbantut.

Inilah yang menjadi kebimbangan para ibubapa dan doktor apabila bayi itu tidak dapat membesar dan mencapai berat badan secukupnya. Keadaan ini biasanya berlaku pada bayi yang mempunyai lubang besar VSD, lahir tidak matang dan menunjukkan tanda sukar bernafas apabila sedang disusukan.

Ini dapat diatasi dengan pemberian nutrisi yang lebih baik atau penyusuan dengan susu formula yang mempunyai kandungan kalori yang tinggi.

 

Mendiagnosa dengan echocardiogram

Cara terbaik untuk mendiagnosa kebocoran pada jantung ialah menggunakan teknik echocardiogram, sama seperti teknik ultrasound bezanya ianya digunakan untuk melihat aktiviti pergerakan jantung.

Pakar akan segera mengetahui kecacatan/kebocoran yang berlaku pada dinding septum dan tahap kritikal jantung itu. Ini membantu doktor membuat keputusan sama ada pesakit hanya perlu diberikan rawatan dengan ubat-ubatan atau melakukan pembedahan dengan segera.

Kebanyakan pesakit jantung berlubang tidak perlu dibedah. Ini disebabkan kebocoran itu dibaiki secara semulajadi. Ini bermakna walaupun tanpa pembedahan, kebocoran pada dinding septum itu akan dibaiki dan ’tertampal’ semula.

Namun ada beberapa pesakit yang memerlukan rawatan.  Ini bergantung kepada jenis lubang dan saiz lubang pada dinding septum itu.

Oleh itu, pemeriksaan berkala perlu dilakukan bagi pesakit ASD untuk mengetahui lubang pada septum itu sudah tertutup dengan sendirinya. Namun begitu pemeriksaan berkala yang kerap tidak diperlukan, memadai dengan pemeriksaan setahun sekali. Lima puluh peratus dari pesakit ASD tertutup dengan sendirinya  dan dua puluh peratus daripadanya berlaku pada usia setahun.

Jika kebocoran itu didapati serius akibat lubang di septum besar, maka pembedahan akan dianggap sebagai langkah terakhir apabila bayi itu berumur antara 2 hingga 5 tahun.

Doktor selalu mengadakan pemeriksaan berkala dengan lebih kerap pada pesakit VSD. Selalunya antara sebulan sekali hingga setiap enam bulan. Ini disebabkan VSD lebih kritikal berbanding dengan ASD dan mudah mendapat simptom kegagalan jantung.

Namun begitu terdapat juga pesakit VSD, terutama lubang yang kecil tidak memerlukan rawatan jika tidak mempunyai simptom kegagalan jantung dan akan tutup sendiri pada usia sebelum memasuki sekolah rendah (berusia enam tahun).

Jadi ibubapa yang mempunyai anak yang didiagnosa sebagai jantung berlubang sama ada ASD atau VSD, tidak perlu bimbang. Saya berpendapat eloklah ibubapa mengekalkan temujanji untuk pemeriksaan berkala.

Pembedahan hanya disarankan jika lubang pada septum itu besar hingga menyebabkan wujudnya simptom kegagalan jantung dan bayi itu gagal mencapai berat yang sepatutnya atau ubat-ubat yang diberikan gagal memberikan kesan.  

Wallahu a’lam.

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (270910)

http://www.facebook.com/drzubaidi

http://drzubaidi.com/blog/

 

31 comments

  1. Salam,
    Abang saya mengidap VSD dan rupture sinus valsalva. telah menjalani rawatan pertukaran injap (pembedahan pertama). Setelah hampir sebulan, kini beliau mangalami jantung berair dan sedang menjalani rawatan(pembedahan memasukkan salur).

    Harap Dr tolong jelaskan apakah jantung berair.
    Adakah air itu di dalam jantung atau luar dinding jantung atau dalam ruang dada?
    Apakah punca dan risiko kepada masalah jantung berair dan adakah kemungkinan ia berulang?
    Apakah factor aktiviti atau pemakanan dsb. boleh menyebabkan ia berulang?

    Sekian, terima kasih.

    • Wsalam, . Ada beberapa komplikasi pembedahan jantung, tetapi saya masih keliru istilah jantung berair yang saudara gunakan. Adakah ianya pericarditis?

  2. Anak ke-2 saya meninggal ketika usia 53 hari kerana mengidap Ebstein’s Anomaly. Boleh sekiranya doc memberi penerangan ttg punca penyakit ini dan adakan penyakit ini boleh berulang pd kelahiran akan datang. terima kasih.

  3. anak saya berumur 70 hari.. telah membuat pemeriksaan jantung di IJN pd beberapa hari yang lepas. Doc kata ada dua lubang ASD dan VSD… Sekarang dalam proses mendapatkan tarikh pembedahan.. Minta Doc jelaskan resiko pembedahan tersebut…

  4. Assalamualaikum dr.

    Terima kasih atas artikel yg sgt bermanfaat. Saya mempunyai ASD sejak lahir. Namun apabila umur 15 tahun baru dapat dikesan oleh doktor. Saya melakukan pembedahan utk menutup 3 lubang dan MVR (repair) kerana ada kebocoran di injap. Skrg usia saya sudah 25 tahun dan masih follow up setahun sekali di GH. Alhamdulillah tiada masalah sehingga skrg, soalan saya, bolehkah saya mengandung dan melahirkan dgn selamat? krn apa yg dimaklumkan pd saya, pesakit jantung berisiko utk hamil. Adakah masih berisiko walaupun saya telah pulih? utk makluman dr saya pernah keguguran sblm ini. Harap dr dapat membantu. Terima Kasih..

  5. Assalam…..
    sy mempunyai ank sulung yg berumur 4 thn skang..dia mengalami ASD saiz nyer adalah 13.2mm dn berat bdn 14kg…doc bgtau yg akn membuat pemedahan…sbb pkai tiub xpdn dgn saiz jantung nyer…apakah kesan pemedahan itu nnt?atau klu pkai tiub boleh ker dia aktif seperti knk2 normal?harap dpt doc perjelaskan…terima kasih….

  6. Sy mempunyai anak pertama,skr sdh berumur 9bln.wkt lahir anak sy di vonis abstein annomaly sm dokter.dan bln dpn hrs cek lagi.yg mau sy tanyakan,apakah abstein annomaly sangat berbahaya?apakah hrs di operasi?soalnya anak sy tdk ada keluhan.cuma wkt lahir aja ujung kuku membiru.stlh itu skr tdk kelihatan biru lg.makan dan menyusu jg kuat.terima kasih

  7. salam..sy sejak kecil d sahkan mengalami penyakit jantg berlubang namum sejak ting 4 sy x lg berjumpa doktor krn doktor mgesahkan sy sudah pulih da lubang pd jntg sdh x kelihtn cuma da sdikit bunya tp apbl meningkt usia lubang trsbt akn trtutp sndri..baru2 ini sy p medical chek up utk urusn jwtn, agak tkjt doktor tersbut mmbritahu ada bunyi ganjil pd jntg sy..jd sy beritahu sy da mgalami pnyakit jtg berlubang tp suda berhenti mmbt pemeriksaan..adakah sy masih berisiko menghidap penyakit tersbt lg?…

  8. mohdyatim bin paiman

    salam.. anak sy baru berusia 2 hari, doktor telah meletakan bayi sy di wad NICU kerana degupan jantung bayi sy rendah semasa tidur iaitu hanya 70-80, tetapi kembali meningkat bila berjaga iaitu 120-130. doktor masih belum dapat mengesan punca. doktor juga memberitahu ia hanya terjadi kepada 3 daripada 100 ribu kelahiran. adakah ini fakta? bayi saya juga mengalami kecederaan luaran yg kecil pada bahagian kepala semasa proses kelahiran. tetapi sy diberitahu doktor bayi sya tiada mslh jantung dan darah semua normal. adakah ia disebab kan bayi sy mengalami kelemasan sebentar kerana proses kelahiran agak lama? atau ada sebab lain yg boleh memungkin kan perkara sama terjadi?

  9. Assalamualaikum Dr,
    Isteri sy mengandung 26minggu.3hari lepas sy bawak isteri buat scan 4d.hasilnya fizikal bayi ok,berat sudah mencecah 1015g,degupan jntung 146bpm.ape yg merisaukan sy ialah doktor tersebut bgtahu bayi ada masalah VSD.melalui scan tersebut dapat lihat lubangnya agak besar.apakah yg patut sy lakukan terhadap bayi dalam kandungan tersebut dan selepas bayi dilahirkan.harap doktor dapat perjelaskan..
    Terima kasih..

  10. slm, sy seorang kakitangan kerajaan berumur 29 thn mengalami jantung berlubang ASD bersaiz 1.3 cm, kaedah apakah yg sesuai utk sy menutup jantung saya? yg mana lebih berisiko.. dalam dilema..

  11. Sy disahkan mengalami jntung berlubang VSD sejak berumur 2bln. Masa sy berumur 2tahun, sy di bawa ke IJN utk operation. Tp operation tak dilakukan sbb dktr kata saluran darah bercampur (yg bwa oksigen dan tak bwa oksigen). Masa sy dh berumur 19thun, bila bt check up, dktr tnya kenapa sy tak buat operation masa kecil? Sy pun bgtau sebabnya seperti sy nyatakan sebelum tu. Dktr tu kata, sepatutnya sy dibedah dulu, skg susah nak dibedah sbb umur sy dah meningkat. Jadi sampai skg (26thun) sy hanya begini tanpa sebarang rwtn lg.
    Sy pernah baca tentang sakit jantung susah nak mengandung. Kalau pun mengandung, risiko tinggi. Betulkah begitu?

  12. saya melahirkan anak normal lepas 2 hari saya dicharge di hospital. dan selepas itu anak saya tidak mahu minum susu kemudian saya bawa ke hospital dan mengatakan anak saya sihat ok.tetapi saya suruh memeriksa betul-betul lepas sehari baru mengatakan jantung anak saya banyak berlubang dan saluran darah mengalir silang. kenapa anak saya mengidap penyakit ini. adakah ia menyebabkan atas kesilapan makanan atau minuman ais masa dalam kandungan. tolong terangkan saya sebab anak sudah meningal dunia.

  13. anak saya berusia 2 thn. bibir dia akan biru bila dia menangis, bila saya letak tangan kat dada dia rasa denyutan yang kuat. kuku dia juga agak pelik takdak lekuk, adakah ini tanda jantung belubang.

  14. Assalamualaikum . Saya ada seorg adik ipar yg bakal menjalani pembedahan akibat jantung berlubang minggu hadapan. Umur adik ipar saya dalam 28 tahun. Apakah risiko pembedahan dan kaedah penjagaan yang amat sesuai utk nya?

    • salam doc…

      saya mengindap jantung berlubang dan telah dibedah pada tahun 2008. Bolehkah saya mengandung atau berbahaya kepada kesihatan saya..

      harap doc dapat memberi penjelasan

  15. slam doc.???
    saya mngidap ASD,, sya bru buat msukkan wyar di paha untuk mengetahui saiz lubang jntung sya, adakah bhaya slapas menjalani pemeriksaan ini?? ,saiz jntung sya sebesar 3.5cm… ,bg pendapat doc di hsptal untuk pmbedahan tdak boleh msukan payung ,saiz lubangnya terlalu besar , apakah pendapat doc?? ,haruskah sya menjalani pembedahan untuk jntung sya??

  16. Salam,saya berumur13 tahun,,saye selalu sukar untuk bernafas,..
    Setiap Kali Saya mahu bernafas,dada Saya Akan berasa sakit,..

  17. assalamualaikum..masa umur 4 sy mengalami sakit jntung brlubang ASD dan melakukan pembedahan pd umur 8 thun..dn slps sbuln doktor kate sy sudah sihat sepenuh nye dan xperlu ambil ubat serta xperlu buat apa2 rawatan lg..sy nak tanya..ada kemungkinan tak yg penyakit sy akn kembali dn ada effect ker bile sy berumah tangga dan pregnant..terima kasih

  18. doc…sy ad masalah jntung berlubang sjak kecil lg…kini sy sudah b’kahwin…klu sy d’sahkan hamil akn m’dtgkan risiko pada sy or bby????

  19. slm, saya berusia 24 tahun dan baru sahaja menjalani proses penampalan jantung berlumbang (ASD) pada 23/4/2012 lepas,
    saya masih mengalami deman pd waktu pagi, sy ingin meminta pendpt atau nasihat dr. untuk penjagaan diri, selepas proses tersebut.
    tqvm

  20. slm<anak saya berusia 3thn,mempunyai masalah jantung berlubang<waktu pertama diberitahu anak saya mengalami keringetan yg terlalu dan sampai skrg sudah tidak keringetan lg,tp terakhir ketemu doc usianya 1thn,sampe skrg ga ada keluhan…..

  21. assalamualaikum.. anak pertama saya mngalami jantung brlubang… doktr yg mnjaganya mngatakan bahawa jika lubang itu masih trbuka jika dia berumur setahun perlu mmbuat pmbedahan… adakah saya perlu membuat pembedahan atau tidak?? dan boleh saya tahu bagaimana cara penjagaan bayi ini dalam keadaan sebegini…dan jenis ubat yg di perlukan… trima kasih…

  22. asalammualaikum…anak saya jantung berlubang VSD..kami dah tengok jantung nya lubang 1cm…hanya menunggu panggilan dari ijn..tetepi kenapa hampir 2bln anak saya masih ada hinggus hingga skrg…adakah paru2 anak saya ada masalah..umur anak saya 1thn 2bln..

  23. salam doktor. masa lahir sy disuspected sakit jantung berlubang. sy tidak tahu sama ada ASD atau VSD.skrg umur sy 27 tahun. sy tidak pernah sakit teruk @ msk hospital.doktor hny mendapati ada bunyi murmur pd jantung sy.sy pernah membuat pemeriksaan echocardiology semasa umur 12 tahun dan 22 tahun. doktor gagal menemui lubang pd jantung sy. cuma kadang-kadang dada sebelah kiri sy sakit. dan sejak kebelakangan ini apabila tidur mlm, sy t’bgn dengan tiba-tiba disebabkan sesak nafas. rasa macam oksigen tidak cukup. sy nk tanya doktor..adalah keadaan seperti ini membahayakan kesihatan sy? dan perlukah sy membuat pembedahan?

    • Wa alaikum mus salam. salam doktor. masa lahir sy disuspected sakit jantung berlubang. sy tidak tahu sama ada ASD atau VSD.skrg umur sy 27 tahun. sy tidak pernah sakit teruk @ msk hospital.doktor hny mendapati ada bunyi murmur pd jantung sy.sy pernah membuat pemeriksaan echocardiology semasa umur 12 tahun dan 22 tahun. doktor gagal menemui lubang pd jantung sy. cuma kadang-kadang dada sebelah kiri sy sakit. dan sejak kebelakangan ini apabila tidur mlm, sy t’bgn dengan tiba-tiba disebabkan sesak nafas. rasa macam oksigen tidak cukup. sy nk tanya doktor..adalah keadaan seperti ini membahayakan kesihatan sy? dan perlukah sy membuat pembedahan?

      Dr Zubaidi: Saya telah membaca e-mail puan dan bersimpati. Say mencadangkan puan memeriksa semula masalah jantung puan dengan doktor yang pernah merawat. Berkemungkinan ia adalah komplikasi masalah jantung puan sebelum ini.

  24. Assalamualaikum doc, baru2 ni saya pergi buat medical check up di hosptl pantai sblm ingn mendpt pekerjaan.
    sy amat2 Terkejut apbila keputsan x-ray sy mengatakan sy mempunyai mslh jantong tdak sama besar. dan doktor jga bgtau kemungkinan sy mempunyai mslh jntung berlubang dri kecil lg? sedangkan sy xpernah rasa sakit,penat ataw ape2 tanda laen. .
    sy btl2 keliru,tertekan dan sedih. . SAYA HARAP DOKTOR BOLEH BERITAHU SY TANDA2 YG MEMUNGKINKN SY MEMPUNYAI PENYAKIT JANTUNG BERLUBANG. . . SEMOGA ALLAH MEMBALAS BUDI BAIK DOKTOR. AMIN. . . ;’(

    Dr Zubaidi: Saya berharap puan/saudari jangan bimbang, kerana pemeriksaan xray tidak dapat mengesahkan penyakit berlubang. Saya mencadangkan puan/saudari menjalani pemeriksaan echocardiology di hospital yang berdekatan.

    Jika masih ada pertanyaan boleh email saya di drzubaidiahmad@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top