HUKUM MENGGUNAKAN ETHYL ALKOHOL @ETHANOL SEBAGAI BAHAN ANTISEPTIK Semasa saya bekerja sebagai houseman di sebuah hospital awam di selatan tanahair air, tugas yang agak mencabar ialah melakukan rutin mengambil darah setiap pesakit sebelum kami melakukan ward-round setiap pagi. Tujuan pengambilan darah di waktu pagi ialah agar keputusan darah akan dapat diketahui dan dibincangkan ketika melakukan ward-round di waktu petang. Pada satu pagi seorang pakcik telah dimasukkan ke wad kerana disyaki mengalami demam denggi. Saya memberi salam dan memberitahu beliau hasrat saya untuk mengambil darah. Beliau enggan. Ini kerana cecair sapuan yang saya lakukan sebelum saya …
Read More »Tag Archives: fiqh perubatan
Memahami konsep Istihalah (Pembahagian dan Model Istihalah dalam Proses Pembuatan Makanan)
PEMBAHAGIAN DAN MODEL ISTIHALAH DALAM PROSES PEMBUATAN MAKANAN Kerancakan perkembangan sains dan teknologi secara tidak langsung menyebabkan para fuqaha lebih bersikap progresif dan peka dengan perkembangan yang ada. Ini kerana sains diambil kira sebagai nilai semasa dalam menetapkan sesuatu ketetapan hukum yang lebih tepat. Ia selaras dengan dinamisme fiqh yang merentasi masa dan tempat terhadap penentuan persoalan-persoalan baru. Pengaplikasian teori istihalah sebagai instrumen purifikasi alternatif dapat membantu dalam menyelesaikan beberapa polemik baru yang dikembangkan oleh kemajuan sains dan teknologi khususnya terhadap penghasilan dan pemprosesan makanan secara moden di Malaysia. Walaupun begitu, ia memerlukan penelitian serta kajian …
Read More »Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Ulat Bagi Pesakit Luka Kronik
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) Bagi Pesakit Luka Kronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang bahkan menggalakkan umat Islam mencari penawar kepada penyakit yang dialami sepertimana sabda Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat: فَقَالُوْا: “يَا رَسُوْلَ اللهِ! هَلْ عَلَيْنَا جُنَاحٌ أَنْ لاَ نَتَدَاوَى؟” قَالَ: “تَدَاوَوْا، عِبَادَ اللهِ! فَإِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ مَعَهُ شِفَاءً. …
Read More »Pemindahan rahem dari ibu kepada anak
Pada 14 Jun, 2011 dunia perubatan dikejutkan dengan berita dari Sweden di mana seorang bernama Sara Ottoson berumur 25 tahun bersedia untuk menerima rahem ibunya, Eva Ottoson yang berumur 56 tahun. Pembedahan pemindahan itu dijadualkan dilakukan pada hujung tahun 2012. Pemindahan ini dicadangkan oleh sekumpulan pakar bedah dari Sweden kerana Sara dilahirkan dengan masalah penyakit genetic yang jarang berlaku iaitu Mayer Rokitanksy Kuster Hauser Syndrome, yang menyebabkan pesakit tidak mempunyai faraj (vagina) yang normal atau tiada vagina langsung bersama dengan masalah tiada rahem (uterus) langsung. Selalunya penyakit ini dapat didiagnosakan apabila remaja wanita berumur 16 tahun …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
