Tag Archives: betis

Mahu buang besi dalam tulang

    “Salam doctor. Saya pernah mengalami kemalangan jalanraya kira-kira 10 tahun lalu. Tulang betis dan peha saya sebelah kiri telah patah dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi. Saya boleh berjalan dengan sempurna selepas setahun dan selepas itu tiada lagi rawatan susulan. Masalah saya sekarang saya rasa kebas dan ada kalanya rasa sejuk pada kaki sebelah kiri terutama waktu hujan. Rakan-rakan menasihatkan saya mengeluarkan semula besi dalam tulang saya. Bolehkah doctor di hospital melakukan hal itu? Mohon pencerahan. Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pembedahn semula mengeluarkan besi yang telah ditanam pada tulang setelah 10 tahun bukanlah …

Read More »

Rasa Kebas pada Kaki dan Masalah Kencing

“As salamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya satu soalan. Kebelakangan ini saya merasa kebas, bermula dari bahagian tapak kaki dan semakin lama naik sehingga ke bahagian bawah pinggang. saya tidak merasa sakit. Tetapi apabila saya pakai seluar, saya boleh merasa kebas apabila seluar yang saya pakai bergesel dengan bulu kaki saya khususnya. Saya juga kebelakangan ini merasa agak sukar untuk membuang air kecil. untuk pengetahuan dr, saya masih belum ke klinik untuk membuat sebarang pemeriksaan. saya mengesyaki antara sebabnya adalah motorsikal saya yang tempat duduknya sangat keras. adakah perkara ini biasa ataupun apa nasihat dr untuk saya. terima kasih”   …

Read More »
error: Content is protected !!