
PUNCA EYEBAG
‘Eye bag’, atau turut dikenali sebagai kantung mata, merupakan masalah mata yang mengalami sembab, bengkak ringan atau bengkak pada bahagian kelopak bawah mata dan perkara ini adalah satu isu biasa apabila anda semakin meningkat usia.
Ia terjadi apabila usia kita semakin meningkat, struktur tisu dan otot yang menyokong kelopak mata akan menjadi lemah.
Kulit cenderung untuk menjadi kendur dan lemak di sekitar mata akan bergerak ke bahagian bawah mata.
Selain itu, ruang bawah mata juga boleh mengumpulkan cecair, menjadikan ia nampak bengkak.
Antara beberapa faktor yang boleh menjadi punca kepada masalah ‘eye bag’ ini adalah seperti:
1. Punca utama eyebag ialah tidak cukup tidur
Apabila tidak mendapat tidur atau rehat yang mencukupi, mata seseorang wanita itu boleh ada eyebag. Sudah tentu jika tidak mendapat tidur yang cukup, ia akan mengganggu keadaan mata.
2. Punca eyebag ialah alahan (allergic)
Seseorang itu memang boleh kena eyebag jika ada alahan. Walau bagaimanapun, eyebag di bawah mata adalah satu kebimbangan kosmetik dan tidak memerlukan rawatan khusus. Rawatan di rumah dan tukar sahaja gaya hidup boleh membantu mengurangkan atau menghapuskan mata bengkak.
Lain-lain punca ialah:
3. Merokok
4. Faktor genetik atau keturunan
5. Pengumpulan cecair, terutama apabila bangun atau menikmati makanan masin
Terdapat kemungkinan selain mengalami ‘eyebag’, anda juga akan cenderung untuk mengalami lingkaran gelap bawah mata.
Ia tidak mendatangkan bahaya, cuma mungkin akan menyebabkan anda kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar.
Tetapi jika bengkak pada kawasan mata menimbulkan kesakitan, rasa gatal, kemerahan atau tidak hilang dalam masa beberapa hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
#HealthDrZubaidi