Mudahkah Untuk Hamil?

MUDAHKAH UNTUK HAMIL?

 

“Salam doctor. Saya berumur 28 tahun dan sudah 3 tahun berkahwin. Masalah saya ialah saya belum lagi mempunyai zuriat. Saya juga perhatikan bahawa beberapa orang rakan saya juga mempunyai masalah yang sama walaupun telah berkahwin beberapa tahun. Adakah pada masa sekarang seorang wanita memang sukar untuk hamil? Mohon penjelasan. Terima kasih”.

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya tidak menafikan bahawa pada masa sekarang ramai pasangan yang mempunyai masalah kesuburan. Dalam erti kata yang lain, mereka mengalami masalah untuk mendapat zuriat.

 

Ramai wanita muda yang baru berkahwin menyangka bahawa mereka akan hamil sebaik saja bernikah dan melakukan hubungan intim bersama suami.

 

Hakikatnya kehamilan bukanlah suatu yang mudah. Bagi mereka yang mudah hamil sebaik saja berkahwin, ia adalah suatu nikmat ALLAH yang kepada hambaNYA yang harus disyukuri.

 

Ramai yang terpaksa berusaha lebih kuat untuk hamil. Statistik menunjukkan 1 dalam 6 pasangan suami isteri mengalami masalah kesuburan dan sukar untuk hamil. Malangnya, kajian juga mendapati hanya 50% dari pasangan ini yang cuba mendapatkan rawatan.

 

Dalam kajian itu juga mendapati kebanyakan wanita mengambil masa antara 6 hingga 12 bulan untuk mencuba sebelum disahkan hamil. Ini kerana kebarangkalian untuk hamil dalam setiap kitaran haid hanya 10-20%.

 

Wanita yang berumur 30an, pula mempunyai kebarangkalian untuk hamil semakin menurun.

Rujuk: Makar RS, Toth TL (2002). “The evaluation of infertility“. Am J Clin Pathol. 117

 

Jadi apabila seorang wanita yang berumur kurang dari 35 tahun belum hamil setelah setahun mencuba, mereka haruslah mendapatka rawatan yang sempurna dari doctor.

 

Sementara wanita yang berumur 35 tahun ke atas pula haruslah segera berjumpa doctor setelah enam bulan mencuba untuk hamil.

 

Ini kerana apabila seorang wanita semakin berumur, semakin sukar beliau untuk hamil.

 

Bagi lelaki yang telah menjalani pemeriksaan dan mendapati air mani mereka berkualiti rendah, saya mencadangkan menggunakan suplemen Proxeed Plus untuk meningkatkan kualiti sperma.

 

Wallahu a’lam.

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!