Mengapa Lelaki Tidak Ingat Tarikh Perkahwinan?

“Doktor ingat tarikh perkahwinan?” saya ditanya oleh petugas di kaunter pendaftaran sarjana di UTM beberapa minggu lepas.

Saya diam. Rasa malu. Tersengih.

“Errr… boleh saya minta talian hayat. Saya nak call isteri saya”

Saya bukan lelaki yang tidak peduli pada perkahwinan.  Cuma saya tidak dapat mengingati tarikhnya.

Di waktu yang lain, ketika saya memeriksa seorang kanak-kanak yang demam kuat. Saya mahu memberikan ubat. Dosnya harus diberikan mengikut umur dan berat badan kanak-kanak itu.

“Berapa umur anak encik  ni. Ingat tarikh lahirnya?” saya menyoal bapa yang membawa kanak-kanak ini.

“Nanti saya tanyakan isteri saya..” jawapan yang serupa saya berikan dahulu.

Kaum bapa bukan tidak sayang anak. Tetapi nombor pada tarikh-tarikh itu agak sukar diingat. Entah mengapa.

“Mengapalah suami saya sukar mengingati tarikh lahir anak, tarikh perkahwinan dan tarikh-tarikh penting..” keluh seorang isteri.

Saya termenung panjang. Walaupun wanita ini mengeluh tentang sikap suaminya, namun ia terkena batang hidung saya. Apakah juga saya juga jenis suami yang tidak peduli?

 

Memahami lelaki dan wanita

Lelaki adalah makhluk Allah yang diciptakan dengan perasaan tanggungjawab untuk mencari rezeki, melindungi keluarga dan menyelesaikan masalah mereka. Untuk tujuan itu mereka dikurniakan kekuatan fizikal.

Fikiran mereka lebih fokus memastikan isteri dan anak-anak tidak kelaparan di rumah. Mereka memikirkan bagaimana isteri dan anak-anak dapat tinggal di rumah yang selamat.  Mereka bertanggungjawab terhadap masalah yang diadukan dan sentiasa berfikiran ‘mahu menyelesaikan masalah’.

Mereka akan memastikan stok makanan mesti mencukupi di rumah, atau sekurang-kurangnya telah memberikan wang secukupnya untuk perbelanjaan rumah pada isteri. Namun mereka tidak bersedia untuk memikirkan bagaimana makanan itu akan dihidangkan di meja makan.

Oleh itu, jangan tanyakan perkara yang terperinci hal di dalam rumah. Jangan kecil hati jika mereka tidak mengetahuinya, termasuk menu masakan pada hari ini.

“Abang nak makan apa hari ini?”

“Masaklah apa-apa…”

Otak lelaki tidak mampu memikir secara terperinci hal-hal di dalam rumah. Fokus mereka hanya untuk memastikan hal di dalam rumah dalam keadaan selamat dan anak isteri mereka tidak kelaparan.

Sementara itu, wanita atau isteri pula, Allah jadikan dengan strukrur fizikal dan emosi yang berbeza. Mereka berfungsi sebagai pengasuh anak dan menjaga hal-hal di dalam rumah tangga. Fokus mereka memastikan rumah sentiasa bersih dan kebajikan anak-anak terbela.

Mereka akan memastikan setiap perkara dalam rumah disimpan dan dijaga dengan selamat. Wanita akan tahu di mana diletakkan stokin suami yang dicampak oleh suami ketika sampai di rumah semalam. Wanita boleh menghidu bau rokok pada baju suami, hanya kerana suami duduk bersembang bersama-sama teman yang merokok.

Setiap perincian diingati. Tarikh bila anak harus menaghadiri appoinment doktor, tarikh bila anak harus mendaftarkan diri ke sekolah dan pelbagai tarikh lagi. Ini kelebihan yang Allah berikan, agar wanita dapat menjaga kebajikan rumah tangga dengan baik.

Sayangnya perbezaan sifat antara lelaki dan wanita, suami dan isteri tidak dapat difahami dengan baik. Oleh itu wujudlah salah faham di antara suami dan isteri. Di sinilah bermulanya masalah salah faham dalam perkahwinan.

“Doktor, semasa suami mengurat saya dulu, semua yang saya suka diingat. Sampai nombor kad pengenalan saya dia ingat. Cuba tanya dia sekarang. Tarikh lahir saya pun dia sudah lupa..”

Lelaki mungkin tidak dapat mengingati tarikh lahir isterinya, tidak bermakna dia sudah tidak menyayangi isterinya. Lelaki harus memberikan fokus kepada perkara yang ‘lebih penting’ dan ‘lebih besar’.

Apabila lelaki sedang memikat seorang wanita, dia semestinya cuba membuktikan bahawa dia adalah lelaki yang boleh diharapkan menjadi ketua keluarga.

Oleh itu, apa sahaja prasyarat bagi sebuah perkenalan akan ditunaikan bagi membuktikan bahawa dia adalah lelaki yang mampu membuatkan wanita itu bahagia. Lelaki akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada wanita yang dihajati. Fokus diberikan kepada usaha untuk memiliki.

Namun setelah bernikah, lelaki yang telah bergelar suami mempunyai set pemikiran yang berlainan. Dia harus memastikan isteri dan keluarga yang telah dibina berada dalam keadaan selamat dan bahagia.

Lelaki bergelar suami akan memberikan fokus bagaimana isterinya tidak kelaparan di rumah, berada dalam rumah yang selamat dan terus berfikir bagaimana memberikan kebahagian fizikal dan material pada isterinya.

Lelaki yang tidak mendapat tauladan dari ibubapanya, tentu sahaja menganggap bahawa memberikan kebahagian fizikal dan material telah mencukupi bagi sebuah keluarga. Mereka tidak terfikir bahawa  sebuah keluarga harus juga diberikan nilai emosi dan spiritual.

“Apa yang awak mahu lagi? Tak cukup ke saya berikan duit setiap bulan?” itu adalah dialog yang sering diberikan.

Itulah naluri seorang lelaki. Ramai suami yang beranggapan bahawa tugas mereka hanya di luar rumah dan akan berakhir apabila mereka memasuki pintu rumah. Di rumah, segalanya diserahkan kepada isteri.

“Doktor, saya bukan tak suka menyambut hari harijadi isteri saya. Ini bukan ulang tahun yang ke sepuluh, tapi dah masuk ke 50. Saya rasa kalau saya bekerja lagi berfaedah” alasan seorang suami yang lupa tarikh lahir isterinya.

Ramai isteri yang kecewa dan memendam rasa. Bukan kerana suami tidak hadir jamuan pada tarikh yang bersejarah, tapi mereka kesal dan kecewa dengan sikap suami yang seolah-olah tidak memperdulikan mereka lagi.

Jadi di mana penyelesaiannya? Perlukan isteri bersabar dan memendam rasa sehingga suatu hari ada seorang lelaki lain yang mengambil berat terhadap dirinya lalu jatuh hati?

Sekali lagi jika kita memeriksa sikap lelaki yang bergelar suami, kebanyakannya ‘terlepas pandang’ terhadap perkara-perkara yang mereka anggap kecil, tetapi ia adalah suatu isu yang besar bagi isteri.

Mereka bukan tidak peduli pada keluarga tetapi mereka lebih fokus kepada perkara yang mereka anggap lebih penting. Jadi jika ada perkara-perkara yang ’kecil tetapi penting’ harus diberi perhatian, beritahulah suami berulang-ulang kali.

Jangan rasa jemu memberitahu suami kerana mempunyai masalah sikap yang sama. Jika perlu, letakkan notis di papan kenyataan, kirimkan sms atau mengingatkan beliau setiap kali mahu ke tempat kerja.

Beritahu suami bahawa perkara itu penting dan sebagai isteri mahu perkara itu diingati.

Jadi jangan memendam rasa dan merasakan suami tdak menyayangi. Bantu para suami mengingati hal-hal itu. Ia lebih baik berbanding memendam rasa dan berburuk sangka pada suami.

Wallahu a’lam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (080312)

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

4 comments

  1. Hehehe, memang betul yang dikatakan doktor. Betapa besarnya kuasa Allah menjadikan pasangan saling lengkap melengkapi.
    Semoga saya tak merajuk satu hari nanti bila suami dah lupa tarikh2 penting(sebab dah baca artikel ni)

    Thanx Doc ;-)

  2. alhamdulillah suda 12thn bersama suami masi ingat smua tarikh2 penting trmasuk tarikh dan hari pertama dia meluahkan perasaan dulu yg saya sendiri lupa.saya kerap lupa tarikh2 pntg termasuk jadual meeting saya,temujanji doktor anak,tarikh register skul anak,tarikh hntr report,lupa letak nametag sndiri n anak2 dan suami.tapi suami selalu buat ckecklist ingatkan semua benda walaupun ia selalu outstation berjauhan dgn kami.kadangkala tmpt suami outstation pun selalu trlupa walaupun berulangkali diulang suami…hehee

  3. memang betul doktor.. lelaki mmg dikurniakan sifat begitu..
    janji mkn pakai anak isteri cukup.. yg kecil remeh temeh mmg kerja isteri.. :-)

  4. tarikh lahir saya 29/feb, tarikh kawin sama ngan tarikh lahir anak no. 2, sume tu langsung suami tak ingat…sabor je la da 15th kawin so da masak! hehehehe

Leave a Reply to rosmizaCancel reply

error: Content is protected !!