Para saintis telah maklum bahawa ikan jerung juga boleh mendapat ketumbuhan, malah kanser.
Pengkaji di Australia baru-baru ini dapat merakam dan mengkaji satu ketumbuhan besar pada mulut seekor ikan jerung. Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Fish Diseases pada Nov 2013.
Malangnya ramai yang mendakwa bahawa sup ikan jerung dapat mengelakkan seseorang yang memakannya dari penyakit kanser.
Salah faham ini dikelirukan oleh dakwaan penjual suplemen dan makanan kesihatan yang mendakwa tulang rawan ikan jerung dapat merawat penyakit kanser.
Sehinggakan di beberapa buah negara berjuta-juta ekor ikan jerung yang dibunuh setiap tahun untuk mendapatkan tulangnya.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini
MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER
Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi