Komplikasi Pembedahan Cesarean

Mahukah anak anda lahir pada 1 Jan 2011, supaya tertera di kad pengenalannya sebagai 1.1.11 ?

Caranya mudah, lakukan pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak. Malah waktu kelahiran pada 11 pagi atau 11 malam juga boleh dirancang.

Begitukah tahap kegilaan ibubapa yang kononnya menyayangi anaknya dan cuba memberikan terbaik untuk anaknya?

Kelahiran bayi melalui pembedahan Cesarean secara elektif sudah menjadi popular walaupun ianya bukanlah pilihan yang baik.

“Elektif” bermaksud tiada keperluan dari segi perubatan. Ianya bukannya prosedur emergency untuk menyelamatkan nyawa ibu atau anak.

Maka jika seseorang wanita berhasrat untuk melakukan pembedahan Cesarean, haruslah berbincang dengan doktor untuk mengimbangi antara kebaikan dan komplikasi pembedahan itu. Berbincang bermaksud, mengetahui buruk dan baiknya dan bukannya hanya mengikut arahan doktor.

Satu kajian terbaru menunjukkan kadar kematian di sebabkan oleh pembedahan Cesareans adalah tiga kali daripada wanita yang melahir anak secara biasa. Ini meliputi pembedahan yang dilakukan secara elektif dan emergency.

Apa yang membimbangkan ialah kematian itu bukan disebabkan oleh penyakit yang sedia ada, tetapi kebanyakannya jangkitan kuman, darah beku dan komplikasi yang disebabkan oleh anesthesia.

Walapupun secara keseluruhan kematian ketika melahirkan adalah rendah di Malaysia, namun secara peratusannya kematian berkaitan dengan pembedahan cesareans adalah meningkat dan membimbangkan.

Persoalan yang sering ditanya adalah pembedahan cesareans secara elektif adalah suatu alternatif yang selamat menggantikan kelahiran biasa vaginal delivery?

Kelahiran Cesarean semakin meningkat secara mendadak sepanjang sedekad yang lepas, berikutan dengan pertumbuhan banyak Pusat Perubatan swasta.

Dianggarkan telah berlaku pertambahan sebanyak 30% walaupun pembedahan cesareans itu bukanlah suatu pembedahan yang perlu untuk menyelamatkan nyawa ibu atau anaknya.

Pilihan ini dibuat hanya kerana kebimbangan ibu yang melahirkan tidak dapat menahan kesakit ketika melahirkan, bimbang akan mendapat masalah pelvic yang rumit di kemudian hari seperti pelvic organ prolapse. Malah ada yang membuat pilihan ini kerana mahukan tarikh lahir yang cantik dan  pelbagai lagi alasan yang tidak munasabah.

Di  Kanada, kadar kelahiran melalui pembedahan cesarean meningkat dari 5.2% pada tahun 1969 kepada 25.6% pada tahun 2003. (Nair C. Trends in cesarean deliveries in Canada. Health Rep 1991;3:203-19)

Satu kajian juga telah diterbitkan di Canada Medical Association Journal yang mengkaji wanita yang melahirkan bayi antara April 1991 dan Mac 2005. (Liu S, Liston RM, Joseph KS, et al. Maternal mortality and severe morbidity associated with low-risk planned cesarean delivery versus planned vaginal delivery at term. CMAJ 2007;176(4):455-60)

Kajian ini menunjukkan kelahiran yang berkaitan pembedahan Cesarean mempunyi risiko komplikasi yang serius sebanyak 3.1 kali berbandingan kelahiran biasa termasuk major puerperal infection, komplikasi anesthesia, venous thromboembolism and pendarahan sehingga memerlukan pembuangan rahem (hysterectomy).

Walaupun komplikasi yang berkaitan secara langsung dengan pembedahan Cesarean adalah kecil, wanita yang melahirkan secara biasa (vaginal delivery) atau menggunakan teknik bantuan (instrumental vaginal delivery) kurang mengalami kematian atau komplikasi serius berbanding dengan pembedahan Cesarean secara emergency.

Pembedahan Cesarean secara emergency berkait rapat dengan kematian di hospital dan kadar komplikasi yang tinggi.

Wanita yang bercadang untuk melakukan pembedahan Caeserean secara elektif haruslah mengetahui risiko prosedur itu dan juga risiko pada bayinya setelah dilahirkan nanti.

Pada kes-kes kehamilan yang rumit disebabkan oleh kedudukan bayi yang songsang yang teruk, badan bayi yang besar , kembar, kecacatan bayi, cord prolapse, pendarahan pada uri chorioamnionitis, bayi berada dlam keadaan stress dan ketika ibu dijangkiti virus (eg HIV dan herpes), pembedahan Cesarean mungkin akan menyelamatkan nyawa bayi.

Bagaimana pun pembedahan Cesarean secara elektif juga memberi risiko yang tinggi pada bayi berbandingan dengan kelahiran bayi secara biasa.

Kajian ini diterbitkan di US pada tahun 2006. MacDorman MF, Declercq E, Menacker F, et al. Infant and neonatal mortality for primary cesarean and vaginal births to women with “no indicated risk,” United States, 1998–2001 birth cohorts. Birth 2006;33:175-82.

Dalam kajian lain, terdapat komplikasi pada bayi seperti kesukaran bernafas,  persistent pulmonary hypertension, asphyxia, perkembangan saraf yang lambat dan dimasukkan ke dalam  intensive care unit.

Luka pada bayi ketika pembedahan dan lambat memberikan susu ibu juga antara yang mahu dielakkan (Fogelson NS, Menard KM, Hulsey T, et al. Neonatal impact of elective repeat cesarean delivery at term: a comment on patient choice cesarean delivery. Am J Obstet Gynecol 2005;192:1433-6)

Selain memberikan kesan fizikal dan emosi pada ibu-ibu dan keluarga mereka, ianya juga memberikan kesan yang besar pada kos perubatan, dan yang penting persoalan mengenai keselamatan ibu bayi yang dilahirkan secara pembedahan Cesarean.

Mereka terpaksa membayar kos pembedahan dan peralatannya, tinggal lebih lama di hospital, memakan antibiotik dan terpaksa menjaga luka pembedahan dengan lebih teliti.

Saya tidak menentang atau menghalang pembedahan Cesarean yang bakal dilakukan, namun biarlah berbaloi dengan hasilnya.

Walaupun kebanyakan kajian yang dibuat melibat pembedahan Cesarean secara emergency, namun komplikasinya juga boleh terjadi pada pembedahan Cesarean secara elektif.

Jadi berhati-hatilah. Kita bernasib baik kerana Malaysia mempunyai kadar kematian dan komplikasi ibu dan bayi yang rendah.

Wallahu a’lam.

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

29 comments

  1. hi doktor.. sy ibu kepada 3 anak.. yg juga melahirkan anak secara kaedah ceaserean..ananak yg kecil berusia 10 bulan.. masalah sy skrg ialah., mengalami pendarahan selepas mengadakan hubungan sex bersama ,paling lama ke3-4 hari..abdomen pain ..dan mengalami pening yg agak kuat..adakah ini memang kesan dr 3 kali ceaserean / kesan dr tumpah darah sewaktu melahirkan anak?tq :(

    • Pendarahan semasa jima’ disebabkan beberapa perkara. Jika puan berumur 35 tahun ke atas, ada pelbagai kemungkinan. Antaranya kanser pangkal rahem atau mungkin hanya jangkitan kuman. Cara terbaik ialah melakukan pemeriksaan PAPS smear. Pemeriksaan tekanan darah dan ujian darah dan air kencing juga membantu. Jika puan telah melakukannya bolehlah ‘forwad’ kepada saya melalui email drzubaidiahmad@gmail.com

  2. doktor,
    7 thn yg lps sy telah melahirkn ank scr emergency c-sec. Sy juga ada mengambil epidural (atas nasihat doc). Namun, hingga kini sy mengalami sakit pinggang & bahagian belakang badan lebih2 lagi jika duduk terlalu lama. Adakah ini kesan langsung dr proses pengambilan epidural / pembedahan tersebut?

    TQ

  3. Assalamualaikum Doktor,
    Saya berusia 32 tahun, ibu kepada sepasang cahayamata berusia 6 dan 3 tahun. Kedua-dua anak saya lahir melalui kaedah ceaserean. Anak pertama kerana melintang serta air ketuban yang semakin berkurangan dan anak kedua kerana bayi tidak turun ke bawah walaupun kedudukannya elok. Mengikut doktor pada masa itu, tali pusat melilit leher serta bahu bayi. Ketika itu usia kandungan telah lebih dari tarikh sepatutnya bersalin.Sebelum itu saya telah penjalankan x-ray bagi melihat saiz pelvik dan tiada apa2 masalah untuk saya melalui kaedah normal. Adakah saya masih berpeluang melalui kaedah kelahiran normal bagi anak yang ke 3?

  4. Assalamualaikum Doktor,
    Utk makluman, anak saya baru saja meninggal. Ceritanya begini, pada usia kandungan 37 minggu 5 hari, isteri saya di tahan di hospital kerajaan kerana tekanan darah tinggi. Justeru, doktor menyarankan agar isteri saya ‘dipaksa’ utk bersalin. Isteri saya tiada sebarang rasa pening mahupun sakit. Cuma tekanan darah tinggi. Air ketuban dipecahkan oleh doktor bukan secara natural. Tetapi bukaan hanya 1.5 cm. Justeru, doktor menyarankan utk membuat pmbedahan ceaserean. Selesai pembedahan, bayi selamat dilahirkan dengan normal dan aktif pada 10.04 mlm. Cuma pada keesokkannya, pada 9.30 mlm, tiba2 darah keluar dr mulut bayi. Doktor mengatakan bhw keadaan ini dsebabkan jangkitan kuman. Pada esoknya lagi, 11 am bayi kami meninggal dunia. Sehingga kini doktor belum mengetahui punca jangkitan kuman, jenis kuman yg menjangkiti walaupun sampel darah, sumsum tulang dan vaginal swab telah diambil. Apakah pandangan doktor?

  5. sharifah weedad

    doktor, saya telah melalui c-section sebanyak 4 kali. Kesemua anak yang dilahirkan cara ini…alhamdullillah. sekiranya, saya ingin mengandung lagi, sudah tentu saya akan melalui c-setion untuk kali ke – 5. boleh kah?..saya tidak mengalami apa-apa penyakit kronik semasa mengandung dan melahirkan. pada c-section saya yang terakhir itu, saya tidak mengalami apa-apa komplikasi yang serious dan alhamdullilah ketika itu, saya tidak berasa sakit sama sekali selepas 4th c-section itu. apa pandangan doctor sekiranya saya ingin mengandung lagi?..

    • bgusnye puan bersalin czer di hospital mana yek blh tau…coz sy pub bersalin czer tp doc tu operte mcm x cntk jer kt tmpt czer tu….. sy deliver kt annur specialist, bangi…………….. tolong email sy ye puan :)

  6. salam doktor…saya sudah lepas 4 bulan menjalani pembedahan casserean… mslh saya disini…luka pada pembedahan masih sakit..kadang-kadang rasa seperti dihiris…adakah normal atau komplikasi diatas mengangkat barangan berat?

  7. salam d0c,

    saya bru saja m;jalani c-sec…masalah saya s’lepas 2mggu saya m’galami air kuning yg kuar dr lubang jahitan saya…masalah jahitan saya tidak b0c0r…saya pergi ke klinik dan d0c m’gatakn ia adalah air lemak perut saya di sbb kn saya gemuk…saya tdk m’galami sakit atau pn apa2 pd perut saya…cuma doc advise saya supaya picit air tu sampai kering…apa p’dapat d0c…skung saya hampir 2mggu kuar air kuning dn ia hanya kuar s’titik dua sahaja…

    • saya pernah alami macam tu..tak ada apa. saya cuma sapu ubat yang kuning tu dan ia akan sembuh. jgn risau.

      • “saya pernah alami macam tu..tak ada apa. saya cuma sapu ubat yang kuning tu dan ia akan sembuh. jgn risau.”

        Dr Zubaidi: Terima kasih atas perkongsian pengalaman.

  8. norhashimah noh

    askum DR.saya nak tanya,adakah selamat sekiranya sy merancang untuk hamil pada masa sekarang sedangkan saya baru saja 2 tahun melahirkan anak pertama saya secara cesarean delivery.tolong DR jelaskan….

  9. assalamualaikum..pae juga melahirkan anak secara c-sec..tapi sampai sekarang pae masih tak berapa nak faham kenapa pae di c-sec kan sedangkan ketika itu bukaan pae dah 10 cm….alasan yang MO pae cakap sbb takut bby besar..cg baby dah menurun..dan ketika push..kepala baby tiada (erti kata lain kepala baby dah terlari dr salur)
    kalau tak rasanya sepatutnya pae dah boleh bersalin secara normal….aduhai terasa ke2-2 nikmat bersalin….normal & csec :)

  10. salam…doc,5 bulan lepas sy telah melahirkan anak secara pembedahan cesarean pada usia kandungan 40 minggu…ini kerana pada last check up doktor yang scan kandungan mengatakan berat baby telah mencapai 4kg..doktor menerangkan risiko kepada baby jika sy bersalin secara normal..tetapi anak yang dilahirkan cuma 3.32 kg sahaja..apa pendapat doktor?berat saya ketika itu 65kg dengan ketinggian 158cm…sy juga ingin bertanya bila sy boleh melakukan aktiviti luar seperti jungle tracking n sebagainya kerana pada minggu hadapan sy tempat sy bekerja akan membuat team building dengan semua aktiviti yang sangat mencabar..sy memang sukakan aktiviti lasak dan adakah selepas 5 bulan pembedahan sy dibolehkan melakukan semua aktiviti ini?diharap doktor dapat menjawab pertanyaan sy..tqvm doc

  11. Assalamualaikum Dr,

    Sy ada 3 anak yg lahir melalui C-section & sekarang nie tgh mengandung anak ke4. Skrg nie saya selalu sakit disebelah kiri perut & kadang2 sudah nak jalan.. adakah disebabkan C-section yg lalu atau sy ada masalah lain? Apa yg perlu saya buat utk C-section yg ke4 ini?

  12. betrice zuras

    Salam sejahtera, doc, anak pertama saya baru berusia 1 thn 5 bulan dan lahir melalui c-section..dan skarang saya disahkan mengandung anak ke 2….saya berjumpa dengan doctor pakar dan mengatakan adalah selamat untuk saya meneruskan kandungan..apa pandangan doktor??

  13. Salam Doc,June 2011,sy telah melahirkan seorg bayi perempuan melalui kaedah czer…(emergancy czer)..ini di sebabkan masalah “baby distress”..setahun telah berlalu,syukur sy langsung tidak mengalami ape2 masalah……namun sejak 2 minggu kebelakangan ini,sy selalu merase sakit, perit2 & pedih di kawasan yg “di czer” tu…adakalanya sy berasa sgt2 sakit bile terbersin & batuk…sy telah ke klinik & doc menyatakan itu adalah sesuatu yg normal terjadi kepada mereka2 yg czer,sy cume dibekalkan dgn “ARCOXIA 90MG” sebanyak 5 biji..plz doc giv me some adv,adakah ini normal & ape yg harus sy lakukan?

  14. assalammualaikum doctor, 6 tahun yg lalu saya ,melahirkan 3 cahaya mata hasil perkongsian saya dan bekas suami melalui cesaerean. Dalam tahun 2004, 2005 dan 2006. Dan doctor telah mngikat tali rahim saya supaya tidak hamil begitu dekat. Apakah saya mempunyai harapan untuk mengandung lagi? Ini kerna umur saya masih muda dalam lingkungan 30. Saya berhasrat untuk mngandung 2 cahaya mata lagi untuk bakal suami baru saya? Biarpun saya tahu risikonya tinggi.

  15. heiryati kesuma

    Sy berumur 33 tahun dan mempunyai 2 anak yg dilahirkan secara caesarean. Yg pertama bulan 8 2002 krn fetal distress dan yg kedua bulan 6 2005 poor progress. suntikan TBL yg pertama dan utk yg kedua sy diberi suntikan sintometrin.

    saya diberitahu utk menjarakan kelahiran sekurangnya 8 tahun krn takut perut pecah dan tidak boleh bersalin normal. saya juga masih merasa pedih dan sakit di tempat pembedahan kerana kedua pembedahan di tempat yg sama (lscs)…selain itu saya sentiasa merasa sejuk di bahagian tapak kaki dan kadang kali kejang.

    bolehkan saya mengandung skrg dan apa kesannya.

  16. askm.Doc,saya baru saja melahirkn bayi melalui kaedah ceaserean.Saya mengalami pedih ketika membuang air kecil dan mengandungi darah?Apakah sebabnya.Apa yg perlu saya lakukan utk mengurangkan kepedihan tersebut.

    • “askm.Doc,saya baru saja melahirkn bayi melalui kaedah ceaserean.Saya mengalami pedih ketika membuang air kecil dan mengandungi darah?Apakah sebabnya.Apa yg perlu saya lakukan utk mengurangkan kepedihan tersebut.”

      Dr Zubaidi: Ia mungkin disebabkan oleh CBD (kantung air kencing yang dimasukkan ke kemaluan puan) telah menyebabkan jangkitan kuman. banyakkan minum air, jika bertambah teruk boleh berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

  17. Hi doc,sy ibu kepada 3 org anak dan ketiga2 melalui kaedah c’section atas sebab2 tertentu d mana 1st baby beratnya 4.7kg,2nd baby unstable lie n 3rd baby pula due to previous scars. And now peranakan sy suda pun d ikat atas desakan doctor walaupun sy tidak rela nak d ikat..:) So pertanyaan sy skrg, apa ka kesan2 drpada ‘ikat peranakan’ itu akan buat sy cepat monopos atau hilang perasaan nak bermesra dgn suami? Atau mudah mendapat jangkitan penyakit seperti kanser pangkal rahim..? Thks doctor.

    • “Hi doc,sy ibu kepada 3 org anak dan ketiga2 melalui kaedah c’section atas sebab2 tertentu d mana 1st baby beratnya 4.7kg,2nd baby unstable lie n 3rd baby pula due to previous scars. And now peranakan sy suda pun d ikat atas desakan doctor walaupun sy tidak rela nak d ikat..:) So pertanyaan sy skrg, apa ka kesan2 drpada ‘ikat peranakan’ itu akan buat sy cepat monopos atau hilang perasaan nak bermesra dgn suami? Atau mudah mendapat jangkitan penyakit seperti kanser pangkal rahim..? Thks doctor.”

      Dr Zubaidi: Ikat peranakan sebenarnya bermakna mengikat mati dan memutuskan saluran fallopian di kedua-dua belah. Ini akan menyebabkan telur ovum tidak dapat disenyawakan oleh sperma, dan menyebabkan tidak hamil.

      Ia tiada kaitan dengan hormone dalam tubuh badan. Oleh itu ia tidak akan menyebabkan ‘hilang rasa nak bermesra dengan suami’ dan mendapat menopause dengan cepat. Ia jugat tidak menyebabkan kanser pangkal rahem.

      Untuk masalah ini saya cadangkan puan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah bagi meningkatkan syahwat puan terhadap suami dan mengurangkan perasaan yang dialami oleh wanita yang mengalami menopause.

  18. Thks for the reply doctor:)

  19. salam, Dr. sy berusia 27 thn. ibu kepada seorang anak yg dilahirkan secara czer. sy ingin bertanya, Perut sy dibedah secara menegak kerana masalah ovarian cyst. sekarang jahitan Perut sy mempunyai “kiloid” yg Sgt tebal Dan agak pnjg berbnding mereka yg menjalani pembedahan secara melintang. apakah sy berpeluang melahirkan anak kedua secara normal Dan apakah komplikasi yg akan berlaku kesan dari pembedahan secara menegak memandangkan pembedahan untuk mengeluarkan bayi pada hari Ini kebanyakkanya dilakukan secara melintang di garisan”bikini line”. Terima kasih Dr..

  20. Hi doc,bole kah ambil supplemen berlebihan? Sebab setiap hari sy akan memakan vit c 1000mg – 1 biji, EPO 1000mg – 1 biji, calcium 500mg – 2 biji di samping minum2 yg bercollagen d sebelah pagi dan mlm. Pls advise me doc. Thks.

  21. hye doc… Sekarang ni sy tgh hamil 13 minggu., utk pngetahuan doc sy sudah ada 2 anak yg mana yg sulung d lahirkan secara normal dan yg kedua secara c-section.. Kdua2 nya d lahirkan pramatang(31 mggu )…skrg sy mngndung anak ke 3 stlah 5 tahun sy tdk mgandung. Jd, adakah kelahiran ini nanti bakal d lahirkan secara caeseran lg ataupun sy bpeluang utk mlahirkan secara normal? Buat pngetahuan doc juga sy ada heart disease( jantung blubang ). Slps bc artijel ni sy jd takut akan blaku nya komplikasi kmatian,spt mana kdua bayi sy yg dulu mninggal dunia. Anak yg ptama d sahkn chronic lung disease umur 1years 1 month, dan yg kdua sudden death infant pd umur baru 1month.. Sy takut adakah kelahiran pramtang ini akan berulang dan akan bhadapan dgn kmatian sekali lg? Tolng sy doc.. Sy mjadi bimbang dan gusar…. Umur sy skrn 23 tahun.,dan masa sy mngandung yg dulu umur sy d bwh 20tahun..

    • hye doc… Sekarang ni sy tgh hamil 13 minggu., utk pngetahuan doc sy sudah ada 2 anak yg mana yg sulung d lahirkan secara normal dan yg kedua secara c-section.. Kdua2 nya d lahirkan pramatang(31 mggu )…skrg sy mngndung anak ke 3 stlah 5 tahun sy tdk mgandung. Jd, adakah kelahiran ini nanti bakal d lahirkan secara caeseran lg ataupun sy bpeluang utk mlahirkan secara normal? Buat pngetahuan doc juga sy ada heart disease( jantung blubang ). Slps bc artikel ni sy jd takut akan blaku nya komplikasi kmatian,spt mana kdua bayi sy yg dulu mninggal dunia. Anak yg ptama d sahkn chronic lung disease umur 1years 1 month, dan yg kdua sudden death infant pd umur baru 1month.. Sy takut adakah kelahiran pramtang ini akan berulang dan akan bhadapan dgn kmatian sekali lg? Tolng sy doc.. Sy mjadi bimbang dan gusar…. Umur sy skrn 23 tahun.,dan masa sy mngandung yg dulu umur sy d bwh 20tahun..

      Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa puan. Puan sedang hamil 13 minggu setelah kedua-dua anak puan sebelum ini tidak dapat hidup lama akibat pelbagai jenis penyakit. Bagi pesakit jantung berlubang, selalunya doctor menganggarkan bahawa pesakit akan mengalami masalah pernafasan ketika proses kelahiran. Oleh doctor tidak akan membenarkan puan melahirkan anak secara normal dan harus melalui proses kelahiran secara Ceserean Section. Kelahiran pramatang berpunca dari pelbagai sebab, dan seharusnya pada masa ini doctor telah mendapat gambaran punca masalah puan ini. Saya mencadangkan puan menjalani pemeriksaan antenatal berkala secara konsisten dan berterusan kerana puan mempunyai risiko untuk kelahiran pramatang lagi. Pastikan cukup rihat dan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Jangan lupa berdoa.

  22. As’kum doktor.sy br sj menjalani pembedahan ceaserean pd 23 april lalu + ikat.sblm ini doktor mmg naasihatkn sy ijat sbb ceaser yg ke 3..tp slps sy bc artikel doktor..sy request conditional btl..means..kalo keadaan perot sy ok lg..x perlu ikt …tp kalo doktor yg buat pembedahan tuh tgk dah terok..byk lekatan..rahim nipis…sy redha kene ikat..buat pengetahuan doktor umo sy 31 thn.dan sms pmbdhn..doktor pakar dipanggil utk justify keadaan perot sy..dan doktor tuh mmg ckp kene ikat..risk tinggi sbb rahim terlalu nipis dan byk lekatan.
    Sekarang sudah nk msk minggu ke 3…saya demam dan sakit2 bdan dia belakang badan.sblm tuh saya rase sakit perut yg amat sngt…bkn skt perut di tempat bersalin…adakah demam sy dan sakit perut sy ini ade kaitan dgn komplikasi pembedahan tersebut? Juga sakit di tulang belakanh..adakah kesan ubat bius atau ubat thn sakit yg di masukkn sms pembedahan?atau mungkin kah disebabkan sy lakukan byk pergerakab dan x ckp rehat?buat pengetahuan doktor..sy hnye berpantang 2 minggu shj di kg dan slps 2 minggu sy berpantang sendiri dirumah.

Leave a Reply to Pn AinCancel reply

error: Content is protected !!